Monday, February 13, 2017

PAS-PPBM Tidak Akan Bekerjasama Selagi... -A.Hadi


PETALING JAYA: PAS tidak akan bekerjsama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana parti itu ada hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kami mempunyai pendirian yang mudah sekali, iaitu tidak akan bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.
"Kami telah buat keputusan untuk tidak bekerjasama, juga dengan rakan mereka. Jadi tidak perlu tunggu sehingga sebulan kerana apabila mereka bersama Amanah dan DAP, jadi semuanya sudah berakhir," katanya ketika menghadiri majlis di Ampang, Ahad.
Hadi berkata demikian susulan kenyataan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamd yang memberikan tempoh sebulan untuk PAS memutuskan sama mahu bersama Pakatan Harapan, gabungan pembangkang yang diwujudkan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.
Mengenai sama ada PAS akan pertimbangkan untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin PPBM bagi membincangkan isu berkenaan, Hadi berkata, ia tidak perlu selagi PPBM masih bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
"Malah untuk PKR juga, kami akan membuat keputusan segera. Sebenarnya kami terbuka kepada semua dan hanya melibatkan politik saya tidak kisah, tetapi kedua pihak ini (DAP dan Amanah) menumpukan RUU 355 yang tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Pada Sabtu, Dr Mahathir berkata, PAS perlu membuat keputusan dalam masa sebulan sama ada mahu menyertai gabung pembangkang itu. (mStar)
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

11 comments:

Anonymous said...

Sekarang ni PAS cakap besar kerana ia berangan-angan hendak bersama2 UMNO dalam pilihanraya nanti.Dia tak sedar akan diperalatkan oleh UMNO,dah berkali kali dikencing masih tak sedar.
Sekiranya PAS mengalami banyak kekalahan dalam pilihan raya nanti barulah mereka tahu tentang kemarahan rakyat terhadap BN akibat tidak cekap dan membazir dalam menguruskan ekonomi Negara.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/haram-umat-islam-bersekongkol-dengan-dap-mufti-pahang/

Haram Umat Islam Bersekongkol Dengan DAP: Mufti Pahang

KUALA LUMPUR, Jumaat – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa adalah haram dan berdosa kepada mana-mana umat Islam yang menjalinkan kerjasama dan bersekongkol dengan parti rasis dan cauvinis DAP.

Ini kerana katanya, DAP dengan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular.

Jadi mereka dalam parti rasis itu adalah tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Beliau berkata, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama d­ngan mereka.

“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” katanya memetik Utusan.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

Haron menyifatkan tindakan Dr Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan mengundang banyak perkara negatif.

Justeru, Abdul Rahman meminta Tun Mahathir untuk segera meninggalkan DAP dan kembali ke landasan yang benar apatah lagi tindakan beliau menjurus kepada usaha untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.

“PAS dahulu buat kesilapan dengan bersekongkol dengan DAP sebelum mereka menyedari bahawa parti berkenaan memusuhi Islam. Saya harap Tun Mahathir perbanyakkan istighfar dan hentikan jalin kerjasama dengan DAP,” katanya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP Mahu Orang Islam Hormati Hak Orang Murtad Amal Agama Baharu


KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.

“Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.

“Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.

Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

“Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA

Anonymous said...

Woii walauns..sudahlah2 copy paste nak menipu org melayu dgn isu agama dan perkauman. Mcm org kecewa..cubaan memali dan 13mei dah tak laku..kesiaannn..kahkahkah

Anonymous said...

Baru aku tau...teruknya nya geng amanah ni...terima kasih kerana paste berita yg benar tentang DAP

Anonymous said...

Hari ini penyokong Pas kata haram sokong Dap.. esok lusa kalau dah baik lain pulak bunyinya.. "Kita baik kerana nak dakwah dengan mereka" walaun walaun.

Anonymous said...

Dah setahun yg aku nampak bukan dakwah tapi terus2an jadi barua dap..

Anonymous said...

Walauns biol Hadi bkn dakwah tapi terus2an jd barua ketua penyamun 1mdb, mca, muc dan gelakan.

Anonymous said...

Anon 8:36

Bila Hadi dan Pas nak saman SR atau Husam psl skandal duit haram 90juta ditabur ketua penyamun 1mdb? Yg ni walaum takmo tau cerita sebenar ka?

Anonymous said...

Golongan orang yang menggadai Agama untuk kepentingan dunia

 Rasulullah saw. bersabda maksudnya:  “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.

(Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

Wallahua'lam

Anonymous said...

Golongan orang yang menggadai Agama untuk kepentingan dunia

 Rasulullah saw. bersabda maksudnya:  “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.

(Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

Wallahua'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails