Friday, February 10, 2017

PBB Lapor Lebih 1,000 Etnik Rohingya Dibunuh

















 REUTERS - SEBUAH keluarga pelarian Rohingya menetap di sebuah kem pelarian sementara di Cox’s Bazar, Bangladesh kelmarin.

COX’S BAZAR, Bangladesh – Lebih 1,000 etnik Islam Rohingya dipercayai terbunuh dalam satu operasi tentera di Myanmar, menurut dua pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kedua-dua pegawai itu terlibat dalam misi membantu pelarian akibat keganasan dan menyifatkan angka kematian lebih tinggi berban­ding dilaporkan sebelum ini.
Mereka yang berkhidmat dengan dua agensi PBB berasingan di sini berkata, hampir 70,000 Rohingya telah melarikan diri sejak beberapa tahun lalu berikutan keganasan yang berlaku di Myanmar.
Malah, golongan etnik berkenaan turut menjelaskan bahawa dunia luar tidak memahami mengenai krisis di negeri Rakhine itu sepenuhnya.
“Terdapat ura-ura yang kini mengatakan terdapat beratus-ratus kematian. Ini bukan angka sebenar, ke­rana hakikatnya melibatkan beribu-ribu orang,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali.
Kedua-dua pegawai itu berkata, dalam temu bual secara berasingan dengan memetik kenyataan satu testimoni yang telah dikumpul oleh agensi masing-masing daripada pelarian bahawa sejak empat bulan lalu, jumlah kematian mencecah 1,000 orang.
Sebaliknya, Jurucakap Presiden Myanmar, Aung San Suu Kyi, Zaw Htay berkata, laporan terkini daripada komander tentera bahawa hanya lebih kurang 100 orang terbunuh dalam operasi pemberontakan menentang militan Rohingya yang menyerang pos kawalan polis di sempadan sejak Oktober lalu.
Ditanya mengenai kenya­taan pegawai PBB yang menyifatkan angka kematian sebenarnya mencecah lebih 1,000 orang, beliau berkata: “Angka mereka lebih besar berbanding anggaran kami. Namun, kami perlu menye­mak perkara itu dengan le­bih terperinci.”
Kira-kira 1.1 juta etnik Islam Rohingya majoritinya menetap di barat laut Myanmar, namun malangnya, hak kewarganegaraan mereka dinafikan berikutan penduduk Myanmar yang beragama Buddha menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh.
Sementara itu, kedua-dua pegawai PBB itu turut me­nyerahkan satu laporan pada Jumaat lalu yang menunjukkan angka pembunuhan secara beramai-ramai dan kes rogol secara berkumpulan oleh tentera Myanmar di barat laut Myanmar sejak beberapa lalu.
Ia dikatakan merupakan satu jenayah kemanusiaan, namun Suu Kyi yang me­nyiasat laporan berkenaan menafikan kesemua dakwaan mengenai pembunuhan, rogol selain tindakan membakar rumah Rohingya. – Reuters
Sementara itu Di Yangon, pelayaran hampir seminggu kapal Nautical Aliya yang membawa Misi FFFM akhirnya berlabuh tepat jam 3.10 petang waktu tempatan (4.40 waktu Malaysia) di Pelabuhan Antarabangsa Thilawa (MITT), di sini. 
Misi ini disertai 184 aktivis dan sukarelawan serta 17 krew kapal bersama 2,300 tan barangan bantuan berupa makanan dan keperluan diri serta perubatan.

Ketika ini sukarelawan dan krew kapal sedang bersiap untuk menurunkan barangan bantuan sebanyak 200 tan beras bersama 10,000 kit kebersihan dan mi segera.

Bantuan itu disalurkan melalui Kerajaan Myanmar yang diwakili Menterinya, Dr Winmyat Aye dan akan dipantau Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Mohd Haniff Abdul Rahman.

Hadir sama Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican dan Ahli Pas Parlimen Bachok, Ustaz Ahmad Marzuky Shaari. 

(IH)


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails