Wednesday, February 08, 2017

Rayu Pemimpin Pembangkang Pergi Ke Rumah Abd Hadi.. Baru Tahu.

Rayu pemimpin pembangkang pergi ke rumah Hadi
Ketua Armada Parti Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Abdul Rahman ketika Persidangan Meja Bulat "Selamatkan Malaysia" di The Club @ Bukit Utama, Persiaran Surian, Bandar Utama, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM 

PETALING JAYA - Ketua Armada Bersatu, Syed Abdul Rahman hari ini menyarankan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan melakukan kunjungan hormat ke rumah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Syed Saddiq berkata, perkara itu penting bagi memastikan hubungan personal terjalin antara pemimpin-pemimpin berkenaan.

"Saya rayu terutama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang bukan hanya keluar kenyataan untuk ajak mereka datang bersidang tetapi pergi ke rumah Hadi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin Pas yang lain lain dan cuba dekati mereka secara peribadi," katanya pada sidang meja bulat Selamatkan Malaysia di The Club, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, sekiranya pemimpin tertinggi Pakatan Harapan tidak bersedia untuk berbuat demikian, beliau sendiri akan melakukannya.

"Saya akan pergi sendiri kalau mereka tak nak," katanya.

Ujar Syed Saddiq, cadangannya itu mengambil contoh pendekatan yang digunakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya mendekati Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan cara tersebut.

"Anwar bukan senang hendak dekati Tok Guru tetapi dia hampir setiap minggu mengunjungi rumah Tok Guru," katanya lagi. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekarang baru tahu hebatnya politik matang PAS. Yang meludah, menghina dulu, terpaksa jilat balik. Yang menolak PAS dulu terpaksa cari balik. Bolehkah main 'politik dedak' terhadap PAS macam kelakuan DAP sekarang?


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

31 comments:

Anonymous said...

PAN kira apa, taiko penang suruh truss bikin
Taiko Penang tak habis cakap, trus kata yes yes yea

Bagi PAN, semua suruhan Taiko Penang adalah halal dan Toyibbah

Anonymous said...

Seperti mana biasa ulangan pesanan dari website ISMA dikepilkan untuk macai2 PAN sedar diri dan bertaubat.

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

Anonymous said...

apa nak jadi kat PAN, DAP mahupun Bersatu pergi jahanam lah dengan diorang. Cuma satu yang pasti ketiga-tiga 'kangkung' (tak dapat nak cari nama yang sesuai untuk diorang) ni dah terpinga-pinga segala usaha 'jahat' diorang tak menjadi untuk memburuk-burukkan orang yang tak dapat menerima cara diornag berpolitik. Kan beberapa hari dulu Mahathir kata Pakatan Harapan tetap KUKUH tanpa PAS dan ada pengikut Bersatu kata PAS akan menyebabkan perpecahan undi. Tak kanlah dah sempit sangat pemikiran memang lah akan pecah undi sebab tak kanlah PAS tak nak meletakkan calon mereka di tempat yang diketahui mereka mempunyai ramai penyokong disitu. Kalau Pakatan Harapan tetap KUKUH tanpa PAS kenapa masih lagi nak merayu kat PAS. Rasanya semakin hari semakin ramai yang pening ngan pendirian Bekas Pedana Menteri Malaysia ke 4 ni

Anonymous said...

Keh3
Ada yg perasan
Sudah lah Pas..pis..pus.
Matang kepala lobai kau
Itu namanya politik bangang.
Yg dipelopori oleh lobai hadi.

Anonymous said...

PAN itu KHADAM DAP.......FULLSTOP!!!

Anonymous said...

PAS sebenarnya takut kalah dengan UMNO terutamanya di Kelantan,sebabtu pemimpin PAS terutamanya Haji Hadi dan Nik Abduh bukan main lagi berkapit dengan UMNO.Kalau PAS kalah di Kelantan masa depan polotik mereka akan hancur dan parti PAS akan hanya tinggal nama sahaja.

Anonymous said...

Wahai orang pas berhentilah dari mengamalkan budaya takfir.. suka menyalahkan orang lain.. dulu Umno dituduh kafir sehingga terjadi 2imam tak makan sembelihan orang umno suami isteri bercerai berai.. sekatrang dah terbalik jadi khadam umno.. teruk teruk..

Anonymous said...

PAS dah banyak kali kalah...xpernah pun memerintah malaysia......yg kelam kabut nk menang ni Anwar Ibrahim..langkah kajang lah...akhirnya Khalid Ibrahim tak bersalah pun...tak pasal2 TSKI kene letak jawatan...ini lah punca segala2 nya...pastu yg xboleh kalah ni PAN..kalah terus buat parti lain....tuduh PAS xmacam dulu..dari dulu PAS PERJUANGKAN ISLAM...bak kata nik aziz..kalau UMNO buat islam..PAS Boleh tutup kedai...so, perosak malaysia sebenarnya pembangkang yg nk sgt menang Putrajaya...kononnya nk ganti Najib yg bnyak rompak duit rakyat..tanpa disedari..pembangkang pulak berkawan dgn tokguru najib yg lagi hebat merompak duit rakyat masa dulu..iaitu Mahathir.sejahat2 najib..dia tak tangkap ustaz2 ceramah...tak kacau sekolah agama..mahathir yg jelas hina Nabi Kita Muhammad SAW pulak dijadikan pemimpin...aduhh...please..wake up...so..conclusion nye..PAN itu KHADAM DAP...masuk web blog org..tabur fitnah terhadap PAS...baik lah serang najib..cepat sikit UMNO mampus...nampak tak??..siapa sebenrnya yg memberi nyawa pada UMNO..PAN LAH....masa xda PAN..pembangkang kuat.kalau pemimpin mereka yg kalah masa pemilihan PAS dulu besar jiwanya..mereka xkan melompat parti, sebab masa mereka menang,org yg kalah pada masa itu tak melompat parti pun..so,.FIkir2 kan lah..

Anonymous said...

Yg banyak dok maki hamun UMNO dulu pemimpin PAN sekarang lah...xcaya twngok lah ceramah mat sabu dulu-dulu...xcaya?? G tengok youtube sekarang...pastu tengok ceramah TGHA....bandingkan..

Anonymous said...

Jangan pandai cakap... amanat haji hadi macam mana.. 10.07 PM

Anonymous said...

PAS itu Parti Ajaran Syiah khadam ketua penyamun negara..FULLSTOP!!!

Anonymous said...

Kelantan negeri melayu paling mundur dan aktiviti maksiat paling tinggi mesti salah DAP gak..kehkehkeh

Anonymous said...

Bukan pandai cakap 10:37. Tapi awak tu yg cuma tau sebut tajuk tapi tak faham isi. Kualiti yg serupa dgn penyokong2 pan yg sebelum ni.

Nah ambik ubat

http://drmaza.com/home/?p=2255

Anonymous said...

jangan nak jadi ular.. belit.. mengaku ajelah.. kalau tidak Jakim tak keluarkan Fatwa menyanggah amanat haji hadi.. nak belit lagi.. 2.36AM

Anonymous said...

Amanat Hadi punca tragedi berdarah memali. Org melayu bergaduh. Keluarga umat Islam berantakan. Hanya walaun2 biol 1% IQ yg sokong PAS Parti Ajaran Syiah ni.

Anonymous said...

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terdiri dari mufti2 dari semua negeri muktamadkan Amanat Hadi sesat.

Hadi = Tuhan Harun.

Anonymous said...

Pas mmg sentiasa kalah lebih 65thn sbb Allah tak redha dgn lebai2 penunggang agama memperalatkan Islam. Menipu ahli2 parti, pemecahbelah ummah dan perosak keharmonian kaum berbilang bangsa agama di Msia.

Anonymous said...

Sakit otak budak ni

Anonymous said...

Betul anon 10:42. Walaun2 biol Hadi kebanyakannya sakit otak krn taksub pd manusia dan parti politik jual agama.

Anonymous said...

Pelik benor bunyi amanat punca tragedi berdarah. Kalau betul amanat tu boleh bagi kesan mcm tu sekali, sepatutnya lebih banyak tragedi yg huru hara kat trengganu dan kelantan.

Such a narrow minded anon 6:50am. Pity to pan having this kind of supporters

Anonymous said...

Betul 11:12am. Kita jangan taksub agama. Sebab tu kita perlu taksub dgn dap sebab hanya dap yg berkekuatan menentang Islam.

Buat masa ni pan belum sesuai untuk menjadi penentang Islam secara terbuka. Cukuplah dgn support dap dulu sehingga umat Islam telah betul2 sekular barulah pan boleh menentang Islam dgn hujah2 logik orientalist...

Anonymous said...

Dakwaan kucing kurap roket 12:10 AM tanpa sebarang bukti jelas menunjukkan bahawa kucing kurap roket 12:10 AM adalah pesakit mental yang kronik.

Anonymous said...

Hanya pesakit mental sahaja menyokong sifu roket menghina Islam dan menindas umat Islam. Dalam ruang komen ini terdapat sebilangan kucing kurap pemakan dedak roket yang mengidap penyakit mental yang kronik !

Anonymous said...

Sekular ni mmg pan minatlah. Tu sebab ruu355 pun dia x sokong. Undang2 mahkamah syariah pun klu boleh hendak dibubarkan oleh bos khadam iaitu dap.

Islam sekular mmg disukailah oleh orang2 pan. Sbb maksiat dosa pahala semua boleh jalan serentak. Contoh kalau nak bermaksiat dgn bini orang boleh cover dgn undang2 liberal. Nak bermaksiat dgn bukan bini orang pulak cover dgn nikah mutaah. Tapi klu jantan lain pulak buat maksiat dgn bini dia, baru sibuk nak bukak kitab balik.

Anonymous said...

Bila lebai2 jual agama nak saman SR skandal rasuah 90juta..rompakan duit rakyat terbesar di dunia?

Kalu tuduhan berat mcm ni pun Pas tak ambik berat jgn berangan nak perjuangkan Islam.

Pas perosak Islam dan menyesatkan org melayu. Pru14 Pas akan melingkup di semua negeri. Aamiin.

Anonymous said...

2:17 cth kucing kurap pesakit mental meracau2 jual agama dan perkauman yg dah tak laku.

Jadikan PAS dan UMNO sbg pembangkang, Islam dan org Melayu lebih selamat.

Anonymous said...

Wah kucing kurap meroyan lagi.....kucing-kucing kurap 7:26 PM dan 7:29 PM ternakan sifu tak basuh berak masih membuat dakwaan palsu seperti skandal rasuah 90juta dan jual agama dan perkauman TANPA SEBARANG BUKTI ! Tuduhan tanpa sebarang bukti jelas menunjukkan kucing-kucing kurap ternakan sifu tak basuh berak adalah pendusta yang amat menjijikkan !

Anonymous said...

PAS dan walaun2 biol sanggup jd kucing2 kurap melutut jd barua PKR, DAP dan AMANAH di Selangor. Sampai skrg taknak berambus.

Paku dulang paku serpih
Ngata org ko yg lebih.

kahkahkah

Takbir!

Anonymous said...

TAKBIIIRRR!!!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!!

Anonymous said...

Wah pandainya anon 9:14 berpantun.

Sultan yg jadi tuan punya negeri selangor ni pun restu pas. Awak ni saper je nak menghalau..

Jadi jgn marah la kalau saya tepek balik pantun tu ke dahi kamu ya..:-)

Anonymous said...

Bukan menghalau..tapi takde rasa malu ke melukut jd barua PKR, DAP dan Amanah di Selangor. PAS parti takde maruah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails