Friday, February 03, 2017

Selingkoh Dengan Bini Orang, Muhyiddin Dipanggil JAIJ..

JAIJ Akan Panggil Muhyiddin Skandal Dengan Bini Orang

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bakal memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan terlibat dalam skandal dengan seorang wanita.

Perkara tersebut disahkan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah dan berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dipanggil dalam masa terdekat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIJ.
Ia setelah pihaknya berjaya menyerahkan semua dokumen yang lengkap melibatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkaitan dengan kes berprofil tinggi berkenaan kepada pihak jabatan tersebut di sini Khamis.
“Saya difahamkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIJ, Shaiful Najib Hassan bahawa beliau akan panggil (Muhyiddin) kerana telah pun menerima beberapa dokumen dan bukti daripada pihak JMM sendiri.
“Ia sekali gus cukup syarat untuk memanggil Muhyiddin supaya dapat hadir. Fail berkaitan kes ini juga telah dibuka dan diteliti oleh JAIJ malah pihak kami akan membantu untuk menyalurkan segala dokumen dan bukti yang ada.
“Justeru, JAIJ akan panggil Muhyiddin untuk bantu siasatan dalam masa terdekat,”katanya yang hadir memberi keterangan dan menyerahkan dokumen dan bukti mengenai kes tersebut di Bahagian Penguatkuasaan JAIJ di sini.
stanley nika
Azwanddin kelihatan tiba di pejabat bahagian tersebut pada pukul 10.45 pagi dan meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu Shaiful Najib berhubung kes skandal Muhyiddin dengan wanita bukan Muslim tersebut.
Pada 2 September tahun lalu, Azwanddin pernah menggesa Muhyiddin supaya segera tampil memfailkan saman malu terhadap seorang peguam terkenal, Stanley Clement Agustin dan bekas isterinya, Nika Gee Siew Yee.
Pasangan itu berkahwin pada 2007 sebelum Augustin memfailkan perceraian pada 2014. Beliau mempunyai tiga anak daripada perkahwinan terdahulu manakala Siew Yee pula dua anak hasil perkahwinan sebelum itu.
Kes perceraian berprofil tinggi pasangan itu menarik perhatian ramai kerana turut melibatkan dengan jelas nama Muhyiddin sebagai alasan mantan timbalan pendakwa raya berkenaan mahu berpisah daripada pasanganya.
Terdahulu pada 2 Jun tahun lalu, penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today mendakwa, seorang lelaki membuat Akuan Bersumpah berhubung skandal antara Muhyiddin dan iste­rinya.
Ahli Parlimen PPBM Pagoh itu pernah menafikan dakwaan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut isu berkenaan apatah lagi bersumpah menjunjung al-Quran bagi membersihkan namanya. – Agensi
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,000 termasuk tambang dan khidmat

7 comments:

Anonymous said...

Yang tu tak sure. Tapi yg sah sah, Mat Sabu Selfie Amoy langgar dada. Satu Malaya dah tengok. Kah kah kah

Dasat PAN ni nawaitu anggap macam anak saja!!!!!

Anonymous said...

Nawaitu orang pun tahu... terror PIS nie

Anonymous said...

PAS bersekongkol dengan Najib dan Rosmah dalam hal merompak duit rakyat dan makan duit negara,
Mereka ini pencuri dan penyamun yang tidak tahu malu dan sentiasa bersama di dunia dan selamat di akhirat hasil dari doa Tuan Guru Haji Hadi.

IrWrWs said...

Kalau setakat tuduhan rambang mcm ni buang masa org baca je la bro.

Unknown said...

Macam mana dengan kes TANGKAP BASAH DI PORT DICKSEN....???
Cuma tuduhan pelesu ke.................??????
Elok disisat juga walaupun pelesu.
Biasanya yang pelesu ni, betul!
Yang tak pelesu sengaja diada-adakan.

Anonymous said...

Seluar dalam jenama Stopa Spender untuk dijual,kepada penyokong PAS anda dapat diskaun %50.Dapatkanlah sekarang dengan segera dan kalau tak dapat jangan salahkan penyokong JibMah ya.

Anonymous said...

Kepada lebai-lebai PAS duit sedekah Najib RM90j tu janganlah lupa dibahagikan kepada ahli2 PAS secara sama rata,kalau tak dingatan nanti hang songlap semuanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails