Sunday, February 26, 2017

Suspek Wanita Indo Diupah RM400 'Gurau' Terhadap Mangsa. Diplomat K/Utara Terlibat?


Hasil carian imej untuk kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah

PETALING JAYA: Suspek wanita Indonesia dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah mendakwa dia diupah oleh dua lelaki untuk melakukan 'gurauan' terhadap mangsa.

Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Andreano Erwin berkata, Siti Aisyah mendakwa, dua lelaki berkenaan yang dinamakan sebagai James dan Chan, memiliki paras rupa seperti rakyat Korea atau Jepun.

Andreano yang dibenarkan bertemu Siti Aisyah selama setengah jam di lokap balai polis Cyberjaya pada Sabtu, berkata, suspek dibayar sebanyak RM400 untuk melakukan aksi tersebut sebagai sebahagian program realiti di Malaysia.

Beliau berkata, Siti Aisyah mendakwa dia tidak tahu jenis cecair yang diberikan dan menyangka cecair itu merupakan minyak bayi.

Mengulas tentang hubungan Siti Aisyah dan suspek warga Vietnam, Doan Thi Huong, Andreano berkata, wanita tersebut mengakui tidak mengenalinya.

"Siti Aisyah berada dalam keadaan sihat," kata beliau sambil menambah pihak kedutaan menunggu perkembangan lanjut siasatan polis.

Jong-nam, 45, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu ketika menunggu penerbangan ke Macau.

Sementara itu, Polis Malaysia akan mengeluarkan waran tangkap untuk seorang diplomat Korea Utara yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam jika suspek enggan bekerjasama dengan polis secara sukarela.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat, tempoh yang munasabah akan diberikan kepada diplomat tersebut untuk tampil sebelum polis mengambil tindakan lanjut.

Pada Rabu, pihak berkuasa Malaysia berkata, Setiausaha Kedua di Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Hyon Kwang Song, dikehendaki untuk membantu siasatan ke pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. (IH)
Hasil carian imej untuk Guna pembesar suara sebar berita kematian Jong-nam
Hasil carian imej untuk Guna pembesar suara sebar berita kematian Jong-nam
 Korea Selatan didakwa menggunakan pembesar suara gergasi di sempadan antara negaranya dan Korea Selatan. Memetik laporan New York Post.com, penggunaan pembesar suara itu dibuat bagi memastikan butir-butir pembunuhan dramatik rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) minggu lalu disampaikan secara jelas, merentasi sempadan mereka.

Lihat sebelum ini..

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

No comments:

Post a Comment