ADALAH menjadi satu kelaziman pasangan remaja menyewa bilik-bilik hotel murah di sekitar bandar Besut terutama pada malam minggu. Kata Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri Terengganu, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim.
Beliau merujuk dalam kejadian Khamis lalu, calon ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) itu ditahan selepas bilik hotel yang disewa bersama teman lelakinya diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 11.30 malam.
Menurut beliau, serbuan dilakukan hasil maklumat awam memberitahu menjadi satu kelaziman pasangan remaja menyewa bilik-bilik hotel murah di sekitar bandar Besut terutama pada malam minggu. Siasatan mendapati pelajar perempuan itu sebelum ini dijemput oleh teman lelakinya dari asrama sebelum sama-sama merancang untuk menyewa bilik di hotel terbabit sehingga Sabtu.
“Saya tidak tahu dia nak ajak tidur sini, sebab dia janji nak hantar balik rumah,” demikian alasan seorang pelajar tingkatan tiga selepas kantoi ditangkap berkhalwat bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun di sebuah bilik hotel murah, di bandar Besut, Kuala Terengganu.
Menurut Wan Mohd lagi, “Gadis itu memberitahu kekasihnya yang juga bersekolah di sekolah berhampiran sentiasa menjemputnya balik dari asrama setiap kali ibunya tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa ke Kuala Lumpur.
“Malah, petang tadi (hari kejadian), dia mendakwa teman lelakinya terpaksa mengambilnya di asrama kerana ibunya tiada dan pergi ke Kuala Lumpur kerana ada urusan kerja,” katanya memetik portal Sinar Harian.
Jelasnya lagi, remaja itu mengakui menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya sejak November tahun lalu selepas berkenalan di gerai kuih ibunya, bagaimanapun mendakwa langsung tidak menyangka teman lelakinya itu berani mengajak tidur di bilik hotel terbabit.
“Malah dia mendakwa lelaki itu memang tidak pernah sesekali memaklumkan kepadanya berkaitan perancangan bermalam di situ kerana sebelum ini, teman lelakinya berjanji akan menghantarnya pulang ke rumah.
“Dalam masa sama, gadis itu mengakui memang sebelum ini teman lelakinya pernah menemaninya bermalam di rumah ketika ibunya tiada di rumah,” katanya.
Wan Mohd berkata, kedua-dua remaja itu di bawa ke Pejabat Agama daerah Besut untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah. Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana berkhalwat.
Begitulah 'salahguna kebebasan' membawa pembabasan, dalam sistem tarbiah dan pendidikan yang salah.
(IH)
Begitulah 'salahguna kebebasan' membawa pembabasan, dalam sistem tarbiah dan pendidikan yang salah.
(IH)
http://semuthitam80.blogspot.my/2017/02/jadi-pemimpin-munafik-pun-berdosa.html?m=1
ReplyDeleteJADI PEMIMPIN "MUNAFIK" PUN BERDOSA MAHFUZ OII!!!
Kesian! Sejak kebelakangan ini, nama Si Mahfuz Bean ni hangat menjadi perhatian serta perbualan dikalangan rakyat. Hari - hari, ada saja berita mengenai dia tersebar dalam laman media sosial.
Memang semenjak dua menjak ni, nama Si Mahfuz Bean tu cukup 'Famous' dan menarik perhatian. Tapi MALANGnya, Si Mahfuz Bean jadi popular bukan sebab dia banyak membantu rakyat.
Sebaliknya dia menjadi bahan berita hanya kerana sifat Pengkhianatan yang ditonjolkan selama hari ini semakin menyerlah. Banyak kenyataan yang dibuat bertentangan dengan PAS.
Yang terbaru, Si Mahfuz Bean tu tampil dengan menyatakan bahawa ianya tidak dianggap sebagai satu 'Dosa Besar' sekiranya PAS menjalinkan kerjasama Politik dengan DAPigs dan PAN.
Bahkan Si Mahfuz Bean tu anggap ianya tidak menjadi satu kesalahan juga sekiranya PAS menarik balik keputusan yang telah dibuat berhubung isu kerjasama diantara parti itu dengan Pakatan.
"Tak berdosa pun kalau nak sokong atau bersama gabungan pakatan pembangkang demi untuk masa depan negara dan rakyat.
"Walaupun orang anggap Pas buat u-turn, tetapi saya percaya rakyat akan melihat inilah pengorbanan yang perlu dilakukan oleh Pas.
“Saya rayu kepada Pas dan ahli-ahli Pas, ayuh mari bersama pembangkang, tak ada masalah," katanya pada ceramah perdana Pakatan Harapan dan Parti Bersatu di Pekan Bukit Pinang, di sini kelmarin.
Namun hakikatnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu hanya dianggap sebagai satu bentuk justifikasi terhadap Pengkhianatan yang telah dilakukan terhadap PAS selama hari ini.
Walaupun dia kata dia berdiri kerana rakyat dan mewakili suara ahli parti diperingkat akar umbi, Si Mahfuz Bean tu jelas hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri je.
Dek kerana itu, ahli PAS dikawasan Parlimen dia sendiri membuat desakan secara terbuka supaya dia mengambil tindakan yang sewajarnya dan meninggalkan parti itu secara terhormat.
[BACA: AHLI PAS POKOK SENA DESAK MAHFUZ KELUAR PARTI!!!]
Tapi, orang macam Si Mahfuz Bean ni mana ada maruah yang nak dipertahankan. Maka sebab itu dia tak tau, bukan sahaja jadi Pengkhianat itu boleh dianggap bersalah, malah menjadi seorang pemimpin yang MUNAFIK itu juga merupakan satu DOSA BESAR!!!