Sunday, February 26, 2017

Wanita Cina Langgar Mati 8 Remaja Melayu Diberi Perlindungan?


Persoal Kes Remaja Basikal, DAP Kecam Zulkifli

JOHOR BAHRU – DAP Johor menyelar peguam, Zulkifli Noordin kerana mempersoalkan adakah seorang wanita Cina yang melanggar mati 8 remaja Melayu berbasikal pada 18 Februari diberi perlindungan istimewa oleh pihak berkuasa.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, persoalan itu kemudian dilaporkan di laman sesawang pertubuhan Melayu-Islam (ISMA) dengan tajuk “Kes rempuh basikal: Adakah pemandu wanita Cina diberi perlindungan istimewa?”
“Kuasa-kuasa jahat cuba menjadikan semua isu sebagai isu kaum dengan niat untuk menakut-nakutkan rakyat supaya lari berselindung di sebalik tembok kaum masing-masing,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chin Tong dalam pada itu membidas tindakan pihak berkuasa menyerbu kedai alat tulis di seluruh negara semata-mata mahu merampas berus bulu babi.
Beliau mendakwa ada yang tidak kena dengan tindakan tersebut kerana kononnya ia dilakukan pada waktu sama berlaku kenaikan harga petrol di negara ini.
“Mereka sengaja berbuat demikian agar kita tidak dapat bersama menumbangkan kerajaan,” dakwanya.
Chin Tong seterusnya melahirkan keyakinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP akan menang di Pasir Gudang, Pulai, Tebrau dan Johor Bahru dalam pilihan raya umum akan datang.
Kata beliau, UMNO akan turut tumbang di Labis, Segamat, Ledang, Muar, Sekijang, Tanjong Piai dan Pagoh bagi membolehkan Johor diperintah Pakatan Harapan. –MYNEWSHUB.CC 

No comments:

Post a Comment