Tuesday, February 07, 2017

Warga China Juga Mahu Bantu Rohingya.





PENINDASAN ke atas minoriti Muslim Rohingya di Arakan, Myanmar turut mendapat perhatian daripada rakyat Republik Negara China yang bersama menggerakkan bantuan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh dua sukarelawan dari Negara Tembok Besar itu yang menyertai Misi Kemanusiaan Food Flotilla for (Arakan) Myanmar.

Terang mereka, NGO diwakili telah ditubuhkan dan mula beroperasi secara aktif sejak Mei 2015 dengan sejumlah sukarelawan yang komited.

Mereka bertindak sebagai penyampai maklumat dengan membangkitkan keprihatinan dalam kalangan rakyat di negara itu khusus terhadap isu dan permasalahan Rohingya.

Dengan menggunakan media sosial terutama aplikasi WeChat, pihak NGO mereka berjaya mengumpulkan pelbagai sumbangan daripada rakyat di negara tersebut.

Kumpulan mereka turut berperanan memperjuangkan nasib Rohingya di mana telah beberapa kali melakukan kerja-kerja amal di kem pelarian terutama di Teknaf, Bangladesh menerusi hubungan bersama Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM).

Harakah dimaklumkan, NGO mereka menerima dana dari orang awam di China dan menyalurkan sumbangan berbentuk makanan, pendidikan, keperluan hidup dan perubatan kepada para pelarian.

"Kami harap hentikan pembunuhan ini. Bebaskan Rohingya dan pulangkan tanah, kehidupan serta segala hak mereka. Berikan mereka peluang mengakses dunia luar dengan aman.

"Berikan mereka peluang pekerjaan, menerima pendidikan dan rawatan perubatan. Juga duduk berunding bersama mereka selesaikan masalah ini," rayuan yang menjadi harapan mereka.

Mereka berdua memuji usaha Malaysia yang dianggap sebagai negara Islam contoh dan sentiasa terkehadapan dalam membantu umat Islam di seluruh dunia.

Tambah mereka juga, Malaysia diharap terus menjayakan usaha membantu umat manusia yang memerlukan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. – HARAKAHDAILY 7/2/2017

Jam 8 malam tadi, Isnin 6 Februari, kapal Nautical Aliya berada di Laut Burma dan dipacu dengan kelajuan antara 8.6 - 8.9 knot di bawah Kapten Mohd Firdaus Faisal Mohamad.



PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails