HALAMAN HIBURAN
SEORANG pelajar Jepun lebih suka sekiranya penyanyi Yuna menggayakan tudung lebih labuh kerana ingin melihatnya sebagai ikon Islam di Barat.
Menurut ProjekMMO, Masaya Ono, 21, berkata tudung tradisi muslimah mampu mengurangkan sindrom membenci Islam atau Islamofobia di negara bukan Islam, terutamanya di Amerika Syarikat.
“Saya rasa Yuna imejnya dulu cantik [bertudung], dia boleh kembali pakai sebegitu. Mungkin dulu fesyen unik untuk pemasaran, tetapi inilah masanya dia menggunakan imejnya.
“Sekarang dia sudah membawa Islam dan dia ada kedudukan dalam industri muzik. Dia sudah popular,” kata mahasiswa Universiti Bunkyo Gakuin itu.
Menurut Masaya lagi, sekiranya Yuna memakai hijab [sepenuhnya], dia boleh jadi ikon terbesar bagi wanita Islam. Ia sangat berkesan untuk menangani Islamofobia di Amerika.”
Masaya, peserta pertukaran mahasiswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak Julai lalu, membanding dua gaya bertudung Yuna seperti ditunjukkan ketika diwawancara.
Yuna, atau Yunalis Zarai, 31, dengan imej bertudung lengkap mula dikenali selepas lagu Dan Sebenarnya menarik perhatian pendengar pada 2009. Imejnya bertukar pada 2011 sewaktu mengeluarkan album Terukir di Bintang pada 2012.
Lihat berita ini..
Lagi Insiden Yuna Dicium, Dipeluk Artis Barat
KEHEBATAN penyanyi Yuna yang kini mengorak langkah sebagai artis antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi. Namun, sebagai seorang artis popular, setiap pergerakan dan kehidupan sosialnya sudah menjadi perhatian peminat di dalam negara.
Terbaharu, kecoh di media sosial apabila video Yuna dipeluk dan dicium rakan artis barat ketika menghadiri Soul Train Music Awards di Las Vegas tersebar, baru -baru ini.
Dalam video tersebut, penyanyi yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya ini sedang diwawancara sebelum didatangi rakan artis lelaki, Anderson Paak dengan memeluk bahagian bahunya.
Turut kedengaran suara pengacara yang menyatakan Anderson mahu menciumnya di mulut sambil dia turut memuji penyanyi kelahiran Sungai Petani itu.
Yuna kemudiannya mengucapkan terima kasih dan memeluk rakan artis tersebut sebelum lelaki itu mencium pipinya. Tindakan Yuna dan rakan artis itu mendapat kritikan netizen kerana dianggap kurang sopan dan menjatuhkan imej wanita bertudung.
Ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan Yuna yang seakan-akan ‘merelakan’ dirinya diperlakukan sedemikian kerana sudah tentu penyanyi itu tidak akan membiarkan artis di dalam negara malakukan perkara yang sama terhadapnya.
Insiden ‘pelukan’ membabitkan penyanyi ini bukan perkara baharu kerana sebelum ini sekeping foto dia bersama Pharrell Williams tersebar di media sosial sehingga mendapat kritikan netizen.
Pada Julai tahun ini juga, Yuna turut dipeluk erat oleh Usher ketika menyanyikan lagu duet mereka Crush yang juga mendapat kritikan peminat.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yuna yang pernah dipelukcium oleh artis barat redha meredhai, diminta memakai tudung labuh? Wajarkah? (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
5 comments:
Perempuan-perempuan yang baik dan mentaati perintah Allah dan RasulNya pasti akan menutup aurat mereka dengan sempurna kecuali dua tapak tangan dan muka dan mereka tidak akan membenarkan jantan-jantan keparat menyentuh atau memeluk mereka. Orang lelaki yang baik dan beriman sudah pasti akan mengambil perempuan yang baik dan beriman sebagai isteri mereka dan ibu yang baik untuk anak-anak mereka. Keluarga yang beriman, bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat.
ttp://www.ismaweb.net/2016/04/gelar-dr-zakir-naik-setan-dap-serlah-wajah-sebenar-musuhi-islam/
Gelar Dr Zakir Naik ‘Setan’, DAP Serlah Wajah Sebenar Musuhi Islam
BANGI, Isnin – Tindakan Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’ telah menunjukkan sikap dan wajah sebenar parti itu yang sangat memusuhi Islam.
Menyifatkannya sebagai terlalu keterlaluan, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Omar Kassim berkata, beliau pelik dengan tindakan orang bukan Islam termasuk Ramasamy yang beria-ia menghalang Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ceramahnya di negara ini.
“Seperti Ramasamy, dalam status Facebooknya mengatakan ‘peace loving Malaysian’. Mana yang ‘peace loving’nya. Apa hak dia nak panggil orang ‘setan’. Nampak tak ada agenda jahat di situ. Bila tidak mengganggu kepentingan mereka, mereka sanggup berpeluk mesra dan tertawa bersama.
“Tapi bila bertembung, mereka menampilkan wajah sebenar. Orang seperti ini tak layak dapat satu undi dari mana-mana Muslim, bahkan tak layak dapat sokongan dari mana-mana kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas tulisan Ramasamy di Facebooknya dengan ayat ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.
Ramasamy juga turut menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam. Ini berikutan Dr Zakir dijadualkan berada di Terengganu selama lima hari untuk menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.
Susulan itu Ustaz Omar berkata, sepatutnya kita semua orang Islam tidak lagi boleh mempercayai dan memberi muka kepada orang seperti itu, termasuk konco-konco dalam parti mereka.
“Dia telah mencampuri urusan umat Islam. Siapa dia mahu halang pendakwah Islam masuk ke negara ini?
“Hakikatnya, mereka sebenarnya takut dengan hujah kuat Dr Zakir tentang kebenaran Islam, sebagaimana takutnya Quraisy kepada Rasulullah,” katanya.
Sementara itu, Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai pula menyeru kepada semua pihak termasuk ahli pilitik Islam untuk sama-sama mempertahankan Dr Zakir Naik.
“Apakah para politikus Muslim sanggup melihat saudara seIslam seperti Dr Zakir Naik dihina sebegini?
“Adakah ini apa yang anda sebagai seorang ahli akademik anjurkan dan ajarkan dengan mengelar orang lain sebagai “Satan” dan kemudian edit status anda?
http://www.ismaweb.net/2016/04/gelar-dr-zakir-naik-setan-dap-serlah-wajah-sebenar-musuhi-islam/

http://www.ismaweb.net/2017/02/kebergantungan-dap-pada-bersatu-semakin-tinggi/
Kebergantungan DAP Pada Bersatu Semakin Tinggi
KUALA LUMPUR, 15 Jamadilawal 1438, Ahad – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebergantungan parti rasis dan cauvinis, DAP terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat semakin tinggi muktahir ini.
Menurutnya, Kit Siang seolah-olah terdesak dan seakan lupa tragedi beliau dan anaknya dipenjara suatu ketika dahulu.
“Baik Kit Siang mahupun anaknya, Lim Guan Eng, mereka sangat takut jika akan disumbatkan ke penjara semula.
“Kerana itu, mereka berdua sangat bergantung pada Mahathir. Mereka berdua mungkin lupa dengan kenyataan mereka dan juga tulisan-tulisan mereka sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Katanya, penasihat veteran DAP tersebut sering membuat pusingan U terutama isu yang melibatkan zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri itu.
Malah, katanya, Kit Siang kini semakin ligat mempertahankan Mahathir lebih-lebih lagi mengenai skandal BMF dan Forex hingga negara mengalami kerugian besar ketika itu.
“Ini semua permainan politik dua dinasti iaitu dari keluarga Mahathir dan juga Kit Siang. Kit Siang berharap untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri manakala Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjadi Perdana Menteri jika pembangkang yang diketuai DAP menang pada PRU14 akan datang,” katanya
“Dua dinasti keluarga yang membuat pusingan-U dan kembali kepada apa yang mereka pernah katakan sebelum ini.
“Selama beberapa dekad, mereka bermusuh demi kepentingan politik peribadi dan mereka tidak pernah memikirkan keperluan dan kebajikan rakyat,” katanya sambil menyifatkan situasi ini sebagai hipokrit tahap tertinggi.
Perlu lihat Maqasid syariah disebalik pelukan tu. Kena rujuk Ustaz Wan Ji untuk huraian lanjut
Post a Comment