Tuesday, March 07, 2017

‘Auntie Siti Kassim Salah Faham’ – Fathul Bari



PEGAWAI Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari menegaskan pertemuan antara aktivis liberal, Siti Kasim dengan pendakwah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik bukan melibatkan perdebatan.

Menurut Fathul Bari, terpulang kepada Siti Kasim, yang digelar sebagai ‘auntie’ sama ada mahu menjadikan pertemuan tersebut sebagai sesi dialog, pertanyaan soalan ataupun perdebatan.
Berulangkali saya sebutkan dalam kenyataan saya bahawa saya boleh aturkan pertemuan ‘auntie’ dgn Dr Zakir Naik. Pertemuan bukan perdebatan.
Cuma setelah bertemu terpulanglah kepada auntie sama ada hendak dialog, nak tanya soalan atau hendak debat.
Itu terpulang kepada ‘auntie’,” kata Fathul Bari menjawab status Siti Kasim di Facebook yang menolak untuk berdebat dengan Zakir.
Hasil carian imej untuk siti  kasim

Hasil carian imej untuk siti  kasim
Siti mengenakan T-shirt yang tertera “Allah Rabb Al-Alamin, Allah Tuhan Seluruh Alam” pada persidangan tersebut.
Fathul Bari juga menolak isu ‘sub judice’ dalam cadangan pertemuan antara Siti Kasim dan Zakir.
Sub judice punya isu, apa hubung kait saman auntie terhadap kerajaan dengan pertemuan Dr Zakir Naik serta implikasi undang-undang.
Saya berpendapat tiada isu auntie. Bahkan jika pertemuan dilaksanakan dengan berhemah serta harmoni, insya-Allah kebaikannya lebih besar,” katanya.
Beliau juga membidas Siti Kasim kerana mendakwa cadangan pertemuan itu sebagai “membuang masa.”
Adakah ketika Auntie membuat tuduhan tidak berasas kepada Dr Zakir Naik itu dikira memanfaatkan masa?
Bagi saya itu tidak adil Auntie. Bahkan menyanggahi prinsip hak asasi yang Auntie perjuangkan. Auntie seolah-olah tak nak beri ruang untuk Dr Zakir mempertahankan diri beliau,” katanya.
Fathul Bari juga mengalurkan tiga sebab mengapa tawaran itu dikemukakan kepada Siti Kasim dan Asiah Jalil daripada 19 individu atau aktivis yang memfailkan tuntutan mahkamah menuntut antara lain, satu perintah penangkapan dan pengusiran Zakir.
Sebab Auntie dan akak Asiah Jalil adalah Muslimah. Kalau ada lagi muslim atau muslimah dari kalangan 19 tu, sila datang sekali.
Sebab Auntie dan akak Asiah popular lagi terkenal. Sebab saya difahamkan Auntie dan akak
Asiah Jalil adalah lawyer yang hebat,” katanya.
Fathul Bari juga menolak dakwaan Siti Kasim kononnya beliau dan Asiah Jalil menjadi sasaran disebabkan mereka adalah wanita.
Anak bekas mufti Perlis itu juga membidas perkataan bodoh dan keldai yang digunakan Siti Kasim dalam status Facebook beliau.
Lain kali kalau hendak menyatakan tidak setuju atau bantahan, auntie tidak perlulah keluarkan kata-kata yang tidak baik.
Melabelkan orang sebagai bodoh, keldai, tidak sedar diri adalah tidak baik auntie. Silakan membantah tetapi jaga akhlak,” katanya.
Siti Kasim dan Asiah Jalil adalah antara 19 aktivis yang pada 1 Mac lalu memfailkan tuntutan mahkamah menuntutsatu perintah penangkapan dan pengusiran Zakir.
Mereka juga memohon satu perintah bagi ketua Polis Negara (IGP) untuk segera menangkap pendakwah itu.
Plaintif juga memohon deklarasi bahawa Zakir adalah ancaman kepada keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara ini.
Dalam dokumen mahkamah itu, mereka mendakwa bahawa ajaran Zakir menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan berbilang kaum dan keamanan di Malaysia.
Defendan yang dinamakan dalam saman itu adalah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan Malaysia. 

Lapor MYNEWSHUB.CC 

Sementara itu, mengenai isu halangan ke atas penganjuran majlis ilmu bersama Dr. Zakir Naik kecoh selepas pihak yang tidak berpuas hati mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Malaysia. Peguam Siti Kasim dan satu Pertubuhan Hindu baru-baru ini mengeluarkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana dikatakan melindungi pendakwah Dr. Zakir Naik.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kesal terhadap apa yang berlaku. Hal ini tidak sepatutnya timbul memandangkan kita mengamalkan budaya hormat-menghormati dan bersikap toleransi atas setiap perkara. Mana mungkin majlis ilmu dihalang oleh orang Islam sendiri sedangkan masih banyak program lain yang lebih berunsur negatif dan tidak sepatutnya diadakan di Malaysia selaku negara Islam yang perlu dihalang.
"Solusi terbaik untuk mengatasi hal ini bukanlah melalui emosi yang membuta tuli. Pendekatan berhemah dengan bersemuka adalah lebih baik dan harmoni.
Islam mengajar hambaNya menggunakan pendekatan terbaik dalam menyelesaikan masalah.
"Allah berfirman yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" [An-Nahl 16:125]
"Setakat ini, kita tidak mendengar sebarang kekecohan semasa program-program bersama Dr Zakir. Bahkan program-program bersama beliau sentiasa mendapat sambutan yang meriah dan memuaskan hati peserta. Oleh itu, sesiapa pun tidak perlu merasa tidak senang selagi program bersama Dr Zakir dapat dilaksanakan dengan baik.
"Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua dan terus berpihak kepada kebenaran. Sesungguhnya balasan Allah itu cukup pedih khususnya di akhirat bagi mereka yang menghalang usaha-usaha dakwah di jalan Allah. Marilah kita bersama-sama hidup dalam keadaan hormat- menghormati antara satu sama lain." Menurut Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia. (IH)

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

2 comments:

Unknown said...

Butoh la umno...yg mcm siti kasim ni dibela...sepatutnya da kene pota pasal mempermainkn sentimen agama..jika pm najib ank halal tangkap n humbankn la dlm penjara wanita mcm ni...pas tu b agama skt2...

Anonymous said...

Puak kafir harbi dan liberal sentiasa berusaha untuk melemahkan atau memusnahkan agama Islam dan menyesatkan umat Islam.

Maka tidak hairanlah puak kafir ini sentiasa campurtangan dalam hal ehwal agama Islam dan menghina, mempertikai, memfitnah dan menentang ajaran Islam dan menindas dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti negara ini untuk mengamalkan ajaran Islam.

Mereka akan menentang apa sahaja yang berlabel Islam dan mereka mencipta pelbagai fitnah untuk menghalang Pindaan RUU355 dan Dr Zakir Naik.

Malangnya, puak munafik liberal sedang bekerjasama dan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam ini menghina, memfitnah dan menentang ajaran Islam, ulama Islam seperti Dr Zakir Naik, mufti, undang-undangg Syariah, mahkamah Syariah, jabatan agama Islam dan menindas hak umat Islam.

Dan paling memalukan ialah puak kafir harbi dan munafik liberal, yang sedang mencipta pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan agama Islam dan umat Islam, adalah pengecut tahap longkang kerana mereka takut bersemuka dengan ulama Islam, mufti, pendakwah Islam seperti Dr Zakir Naik dll.

Singa betina yang bernama CT dan terkenal kerana kejahatan mulut dan jari tengahnya sekarang telah bertukar menjadi anak kucing kerana dia takut bersemuka dan berbahas dengan Dr Zakir Naik !

MEOW...MEOW....MEOW...MEOW....MEOW...MEOW....MEOW...MEOW....MEOW...MEOW.... !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails