Penang Institute Penggerak Anti-Islam – PAP
PADA 24hb Ogos 2016, Penang Institute, sebuah badan pendidikan di bawah kelolaan kerajaan negeri DAP Pulau-Pinang telah mengadakan sebuah forum bertajuk “ISLAM NUSANTARA – WHAT’s IN A NAME ?
Jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu ia bermakna – ISLAM NUSANTARA-ADA APA DENGAN NAMA ? Apa yang menjadi janggal dalam forum ini adalah, tidak ada ahli-ahli panel MUSLIM yang dijemput untuk hadir memberikan pandangan dalam forum yang membincangkan tentang ISLAM dan keganasan.
Jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu ia bermakna – ISLAM NUSANTARA-ADA APA DENGAN NAMA ? Apa yang menjadi janggal dalam forum ini adalah, tidak ada ahli-ahli panel MUSLIM yang dijemput untuk hadir memberikan pandangan dalam forum yang membincangkan tentang ISLAM dan keganasan.
Apakah tujuan di sebalik pengelolaan forum ini yang diadakan di Pulau Pinang yang dahulunya antara pusat penyebaran ISLAM tersohor di Nusantara ?
Tidakkah perbuatan seumpama ini bertujuan menghina MUSLIM di Pulau-Pinang apabila ajaran ISLAM dikupas dan dibincangkan oleh BUKAN ISLAM. Apakah tauliah yang diperlukan bagi bercakap tentang Islam tidak relevan di Pulau-Pinang dan tidak dikuatkuasakan oleh Majlis Agama Islam Pulau-Pinang?
Forum yang dianjurkan Penang Institute ini dengan menggunakan tajuk ISLAM NUSANTARA ini sebenarnya menghina Majlis Agama Islam Pulau-Pinang kerana tidak menetapi syarat tauliah yang tertera jelas dalam ENAKMEN PENTADBIRAN ISLAM PULAU-PINANG.
ISLAM adalah sebuah agama berlandaskan ilmu yang perlu dipelajari dan mempunyai asas-asas bagi mendalami dan memahami takrifan-takrifan dalam bahasa ARAB KLASIKAL yang merupakan kunci kepada memahami ISLAM.
Seorang sarjana ISLAM perlu mahir dalam setiap aspek asas-asas ilmu ISLAM sebelum boleh dibenarkan menjadi jurucakap bagi membincangkan di khalayak ramai tentang ISLAM.
Islam telah diHINA di Pulau-Pinang melalui Penang Institute pada malam 24hb Ogos 2016 apabila kebebasan diberikan kepada golongan BUKAN ISLAM mengupas dan membuat rumusan tentang tajuk ISLAM NUSANTARA-ADA APA DENGAN NAMA.
Tidakkah Penang Institute mempunyai sedikit rasa hormat kepada umat Islam di Pulau Pinang apabila mengadakan forum tentang ISLAM, tidakkah ada sarjana Islam dari pihak Majlis Agama Islam Pulau-Pinang atau badan-badan pertubuhan ISLAM dijemput bagi berkongsi platform yang membincangkan tentang ISLAM ?
Rakyat Pulau-Pinang sedar tentang agenda sebenar Penang Institute yang mempelopori agenda ISLAM LIBERAL.
Banyak forum-forum yang dianjurkan oleh Penang Institute sebenarnya bertujuan mengajak masyarakat ISLAM Malaysia untuk mempersoalkan ajaran Islam bagi meruntuhkan keyakinan mereka terhadap Islam terutama sekali golongan muda.
Perancangan ini dilaksanakan dengan begitu halus dalam forum-forum ilmiah tetapi agenda mempersoalkan Islam dilapik di latarbelakang forum ini.
Banyak forum-forum yang dianjurkan oleh Penang Institute sebenarnya bertujuan mengajak masyarakat ISLAM Malaysia untuk mempersoalkan ajaran Islam bagi meruntuhkan keyakinan mereka terhadap Islam terutama sekali golongan muda.
Perancangan ini dilaksanakan dengan begitu halus dalam forum-forum ilmiah tetapi agenda mempersoalkan Islam dilapik di latarbelakang forum ini.
Penang Institute cenderung kepada fahaman Islam Liberal yang berasaskan ajaran songsang oleh orientalis barat yang telah diberikan nafas baru oleh golongan anti hadith yang antara lain di pelopori oleh pertubuhan seperti Sisters in Islam.
Antara lain peguam bukan Islam – Andrew Khoo (juga figura utama dalam gerakan COMANGO, pertubuhan yang terkenal antara lain memperjuangkan isu homoseksual dan LGBT) dijemput membentangkan kertas kerja dalam sebuah forum Penang Institute pada 7hb Disember 2014 di Nottingham University, Level 2, Chulan Tower, Kuala Lumpur membincangkan tajuk ” IS ISLAM THE RELIGION OF PEACE” ?
Andrew Khoo yang dengan terang dan jelas menyebut bahawa beliau adalah seorang pengamal dan sarjana agama Kristian kemudian menyarankan agar ISLAM – DITAFSIRKAN DAN DIREFORMASIKAN SEMULA !
Beliau menyarankan juga agar semua orang bebas mentafsirkan AL-QURAN dan tidak perlu kepada rujukan kepada sarjana-sarjana Islam di dalam persoalan tafsiran agama Islam. Siapa yang memberi hak dan tauliah kepada Andrew Khoo untuk mengajak umat Islam memberi tafsiran baru kepada ajaran Islam supaya ia menjadi lebih relevan kepada kehidupan zaman moden ini?
Kita kesal kerana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan tidak menghalang forum yang dikelolakan oleh Penang Institute di Kuala Lumpur pada 7hb Disember 2014 yang terang-terang melanggar ENAKMEN PENTADBIRAN ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN dengan membenarkan individu yang tidak mempunyai pengkhususan kesarjanaan ilmu ISLAM berhujah dan memberi pandangan tentang ISLAM.
Ini satu penghinaan kepada sarjana-sarjana Islam serta institusi pendidikan ISLAM di Malaysia yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh Penang Institute.
Terbaru seorang pemimpin boneka Melayu DAP, Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Pengarah Eksekutif Penang Institute Zairil Khir Johari yang dikenali di Pulau-Pinang sebagai seorang yang sudah tidak mengamalkan ajaran Islam malah cenderung kepada fahaman atheist telah mempersoalkan kewajaran status agama ditulis dalam MYKAD.
Di dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA telah tertera AGAMA ISLAM sebagai agama RASMI Malaysia. Secara tidak langsung ia memperuntukkan bahawa masyarakat ISLAM dikenalpasti dan sekiranya seseorang itu bertindak untuk keluar ISLAM perkara tersebut perlu dibawa ke mahkamah Syariah sebagai satu proses kawalan supaya tindakan meninggalkan ISLAM tidak berlaku sewenang-wenangnya.
Ini bagi mencerminkan kerajaan yang dipilih rakyat sebagai penjaga (custodian) kepada agama Islam yang telah diwartakan dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA sebagai AGAMA RASMI.
Ini juga penting kepada penganut-penganut agama lain dikenalpasti agama mereka di dalam MYKAD sebagai satu cara mengenal pasti anutan masing-masing jika berlaku kematian, pendaftaran kelahiran, kemalangan dan lain-lain hal yang memerlukan pengesahan anutan bagi tujuan pengurusan individu tersebut.
Niat jahat di sebalik saranan Zairil Khir Johari tidak lain dan tidak bukan bagi menimbulkan kemarahan masyarakat Islam seluruh Malaysia dengan memperkecilkan status Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan secara langsung bagi menunjuk-nunjuk kepada orang-orang Cina yang menyokong DAP bahawa seorang bangsa Melayu dengan beraninya memperlekehkan agama saudara-saudara sebangsanya.
Betapa bangsatnya bangsa Melayu di bawah pimpinan DAP sehingga dipergunakan secukupnya untuk menghina ISLAM !
Saya dengan rasminya mencabar PENGARAH EKSEKUTIF – Penang Institute ZAIRIL KHIR JOHARI untuk berdebat atas tajuk – ISLAM DAN LIBERALISMA – SATU PEMBOHONGAN! pada bila-bila masa dan di mana sahaja bagi mendedahkan dakyah Penang Institute yang berselindung di sebalik forum ilmiah tetapi hakikatnya mempunyai agenda menghina dan menghancurkan ISLAM secara halus.
Noor Mohamed B. Mohd Yousof
Setiausaha Agung Nasional
PAP
Setiausaha Agung Nasional
PAP
PERHATIAN:
Assalamualaikum wbt. Judul artikel ini tidak menepati kandungannya. Berhati-hatilah apabila menulis. Wassalam.
ReplyDeletehttp://www.ismaweb.net/2017/02/ridhuan-tee-bawa-hujah-dap-anti-islam/
DeleteRidhuan Tee Bawa Hujah DAP Anti-Islam
BANGI, 15 Jamadilawal 1438H, Ahad – Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara hidup Islam akan dilawan parti rasis dan cauvinis DAP, kata pendakwah bebas, Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Meskipun parti itu berkali-kali menafikan tuduhan anti-Islam yang diberikan kepadanya, malah sehingga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah, bagaimanapun Ridhuan Tee berkata, tindak-tanduk parti tersebut tidak seiring dengan penafian mereka.
Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu turut mengimbau kembali sejarah ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO yang dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 29 September 2001.
Tidak senang dengan pengisytiharan itu, DAP lantang menentang kerana padanya, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular.
“Ini dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO mahupun pembangkang PAS.
“DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju telah membawa perkara ini ke mahkamah.
“Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. “Don’t turn Malaysia into an Islamic State.”
“Itulah kempen yang terus-menerus digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam,” katanya dalam artikel bertajuk “Benarkah DAP suka Islam?” yang disiarkan di Utusan Online, semalam.
Selain itu, DAP malah turut membuat andaian, sekiranya Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut dan menentang konsep negara Islam.
“Hebat DAP, seperti PAN juga boleh membaca pemikiran orang yang telah tiada.
“Meskipun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegaskan bahawa: “Malaysia is not a secular state or theology nation. It is an Islamic nation, governed by Islamic tenets but adhering closely to democratic principles in line with the highest laws of the land, the Federal Constitution” – New Straits Times 28.8.2007.
“Kenapa DAP sangat benci kepada negara Islam? Apakah sikap ini tidak anti-Islam? Tidakkah kita sedar dengan perisytiharan tersebut telah menjadikan keadaan bukan Islam menjadi lebih baik?.
“Amat pelik sekali apabila ada Melayu yang begitu buta menyertai parti anti-Islam ini. Malahan memuji bahawa parti ini adalah terbaik untuknya,” katanya.
Awat la hang takut sangat dgn cina.
ReplyDeleteSewel betoi la hang ni.
Kalau hang takut sangat, pi la perambat depa balik negara depa.
Buat apa bising kat sini.
Hang nak pengaruh orang lain pulak ka?
Hang sakit hati, pandai2 la hang settel
Tak payah la nak libatkan orang lain
Apa punya ngapla hang ni.