Sunday, March 05, 2017

Bogel Keliling Bandar. Begini, Puak Jahiliah Sambut Kemenangan..


Atas: Sabrina Boing Boing seorang penari Samba dari sekolah Samba Tautape memegang poster yang bertulis "Juara" sambil keliling Jalan Paulista di Sao Paulo, Brazil (2/3).

Bawah: Aksi Sabrina ini untuk meraikan sekolahnya Samba Tautape yang memperoleh kemenangan dalam perarakan karnival Samba di Sao Paulo, Brazil (2/3).







RAYAKAN kemenangan, penari samba ini bogel keliling Bandar Sao Paulo. Tindakan nekad yang dilakukan Sabrina Boing Boing untuk merayakan kemenangan sekolah Samba Tautape ini sehingga mengganggu konsentrasi pejalan kaki dan penunggang di jalanan Bandar Sao Paulo.

Agak-agak di Malaysia ada tak puak-puak yang menyambut kemenangan dengan majlis tari-menari campur jantan betina, minum air kencing syaitan, jamah benda yang haram yang ditegah Allah SWT? 

Tak kiralah, parti politik atau depan menteri sekali pun. Mereka pun perlu didakwah dan di'islah' juga! Sampaikan walaupun satu ayat, itu tugas orang Islam.
(IH)


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.


2 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Dr Mujahid: Penghalang Atau Pembela LGBT?

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita sangat berharap agar Datuk Dr Mujahid jangan mudah terpengaruh dengan idea-idea Barat yang jelas bertentangan dengan Islam. LGBT sebagai satu jantina atau LGBT duduk di bawah kategori jantina ialah idea Barat. Ada sebab kenapa idea itu diasaskan dan diperjuangkan. Idea itu ternyata sekali bertentangan dengan Islam. Lalu kenapa Dr Mujahid sebagai seorang Islam malah seorang pejuang Islam sejati mesti menerima idea Barat yang bertentangan dengan Islam? Deen mereka untuk mereka dan deen kita untuk kita. Kita tidak mesti tunduk kepada idea songsang mereka jika benar kita mahu sebarkan Islam sebagai rahmat kepada mereka. Kitalah yang mesti menghalang kesalahan malah kefasadan mereka lalu membentangkan kebenaran Islam kepada mereka jika benar Islam itu rahmat untuk mereka.

Dr Mujahid sebagai seorang tokoh Islam yang hebat jangan terlalu lurus bendul menghadapi pencatur-pencatur agenda Barat yang jelas bertentangan Islam. Islam menyuruh kita bertoleransi dengan orang bukan Islam tetapi Islam tidak menyuruh kita menggadaikan prinsip dengan memaksa diri kita untuk menerima kebatilan yang kita tahu ia adalah batil dan salah di sisi Islam.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP Akan Sambut Kemenangan PAN Dengan Arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails