Thursday, March 16, 2017

Bogelkan Diri, Buktikan Tidak Mencuri.. Bagaimana Kes Curi Dalam Islam?

Dituduh Curi, Wanita India Nekad Bogel Bukti Tak Salah

GARA-GARA dituduh mencuri, seorang wanita India nekad membogelkan diri bagi membuktikan dirinya sebagai tidak bersalah.

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik oleh Wartawan Jalanan menerusi laman Facebook pada 12 Mac lalu, kejadian itu berlaku di sebuah pasar basah yang tidak dinyatakan lokasinya.
Di dalam klip berdurasi tiga minit lebih itu, seorang wanita berbangsa India yang tidak diketahui identitinya hanya bercoli dan skirt merayu untuk dilepaskan sambil menegaskan bahawa dia tidak mencuri.
Pun begitu, beberapa wanita dan lelaki warga Cina dilihat enggan melepaskannya lalu mangsa memberi alasan untuk kencing dan cuba berlalu dari situ namun ditahan. Oleh kerana helah yang digunakan tidak berjaya mangsa bertindak membuka skirt hingga mendedahkan seluar pendek hitam yang dipakainya.
Dituduh Curi, Wanita India Nekad Bogel Bukti Tak Salah
Malah kedengaran dua lelaki Cina di situ meminta mangsa mengeluarkan kad pengenalannya namun wanita itu tidak melakukannya malah cuba untuk melepaskan diri sekali lagi.
Tidak dapat dipastikan bagaimana kesudahan nasib wanita itu sama ada dihadapkan ke pihak berkuasa ataupun tidak. Pun begitu, rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasa kasihan dengan mangsa dan beranggapan dia sepatutnya tidak diperlakukan sedemikian rupa.
“Kesian..kesian…x nampak ke dia sendri buka skirt bagi nampak dia kesian kena aniaya… dia sendiri nak lari kalau betul x salah x payah teriak2 kot tunggu polissettle ne terang2 teriak2.
“Tarik perhatian…x kena batang hidung sendri boleh cakap ar kesian kan…orang tu x pukul apa pun kira baik da tu… tolong belikan dia barang2 dapur untuk dia makan kesian pula,” tulis Aiden Zil.
“Takat dia nak ambil makanan tu tak payah lah marah sampai ada yang tolak kepala dia. Jangan sampai macam tu sekali,” kata Fatin Rose pula.
“X payah la viralkan. Kesian dia. Halalkan jela apa dia curi tu. Makanan je kan? Ape la sangat,” tulis Sakinah Suyuto. 
Lapor MYNEWSHUB.CC

Hukum Mencuri Dalam Islam

Maksud mencuri dari segi syarak:
Mengambil harta milik orang lain secara sembunyi-sembunyi dari harta yang dijaga dengan syarat-syarat tertentu. 

Dari definisi mencuri di atas,mencuri adalah mengambil harta secara sembunyi-sembunyi. Oleh itu tidak dikatakan mencuri jika seseorang itu merompak,menggelap wang syarikat (pecah amanah),merampas dan meragut.

Dalil Wajib Potong Tangan Pencuri Firman Allah:

  • Lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri,potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah.Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.Maka barangsiapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri,maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (al-Mâidah ayat 38-39)
Syarat-syarat Pencuri:

1. Baligh : Jika pencuri itu kanak-kanak yang masih belum baligh maka dia tidak akan dikenakan hukum potong tangan.
2. Berakal : Jika yang mencuri itu adalah orang gila maka dia tidak akan dikenakan hukum potong tangan.
3. Tanpa paksaan : Jika dia mencuri kerana dipaksa oleh orang lain dengan ancaman yang membahayakan nyawanya maka dia tidak akan dikenakan hukum potong tangan.
4. Pencuri itu tahu hukum mencuri dalam islam adalah haram.Jika si pencuri tidak mengetahui kerana jahil dalam agama maka dia tidak akan dikenakan hukum potong tangan tapi akan dikenakan hukum takzir dan wajib ganti barang yang dicuri.

Syarat-Syarat Harta Yang Dicuri:

1. Barang yang dicuri mencukupi nisab
Menurut jumhur Ulama termasuk dalam mazhab as Syafie nisab pencurian itu adalah seperempat dinar atau 3 dirham.
Dalil:
Dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

  • “Tidak akan dipotomg tangan pencuri melainkan seperempat dinar atau lebih” “Rasulullah s.a.w memotong tangan seorang yang mencuri perisai yang nilainya sebesar 3 dirham (Muttafaqun ‘Alaihi)
Satu dinar adalah sama dengan 4.25 gram emas (24 karat).Perkiraan nisabnya adalah ¼ x 4.25g = 1.0625g.Katakanlah harga semasa emas sekarang ini ialah RM86.Jadi,1.0625g x RM86 = RM91.38.Maka,nisab kecurian adalah RM91.38. Pencuri yang mencuri barang-barang yang nilainya tidak sampai nisab dia tidak akan dikenakan potong tangan tapi dia akan dikenakan hukuman takzir.

2. Mencuri harta dari tempat penjagaan\simpanan
Harta yang dicuri itu mesti berada di dalam penjagaan,penyimpanan atau pengawasan pemiliknya.

Bentuk penjagaan ini terdiri dari dua kategori:
Pertama: Tempat penjagaan khas seperti peti besi untuk menyimpan perhiasan dan wang, kandang untuk menjaga binatang dan stor untuk menyimpan barang-barang.
Kedua: Bukan tempat penyimpanan khusus tetapi dia termasuk barang yang dijaga contoh seseorang duduk/tidur di dalam masjid dan meletakkan beg di sisinya.Ini termasuk dalam penjagaan.

Tidak akan dipotong tangan pencuri yang mencuri harta yang tidak dijaga.Menurut Ulama feqh jika satu pintu stor atau kandang terbuka,atau bahagian dindingnya rosak maka ini akan menghilangkan sifat penjagaan,maka pencuri itu tidak akan dipotong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman takzir.

3. Harta yang dicuri adalah harta yang ihtiram (layak dimiliki disisi syarak. Jika seseorang Muslim menyimpan arak atau Babi atau anjing atau kulit bangkai yang belum disamak di rumahnya kemudian dicuri,hal ini tidak akan menyebabkan pencuri dihukum potong tangan kerana harta tersebut bukanlah satu pemilikan yang layak untuk orang Islam. 

4. Harta yang dicuri itu adalah bukan miliknya. Tidak dikenakan hukum potong tangan ke atas orang yang mencuri hartanya sendiri seperti mencuri hartanya yang telah disewakan kepada orang lain atau mencuri hartanya yang dia beri pinjam kepada orang lain atau mencuri harta syarikat perkongsiannya.

Dalam erti lain,harta yang dicuri tidak ada bahagian hak pencuri atau yang membolehkan pencuri itu memakannya. 

Oleh itu tidak akan dipotong tangan hamba yang mencuri harta tuanya,ayah yang mecuri harta anaknya,anak yang mencuri harta ayahnya,salah seorang suami-isteri mencuri harta pasangannya, rakan kongsi yang mencuri harta syarikat dan Seorang yang mencuri harta dari Baitul Mal juga tidak akan dipotong tangan kerana Baitul Mal adalah harta bersama orang islam di mana di dalamnya terdapat hak si pencuri sebagai rakyat meskipun kecil bahagiannya.

Hudud akan tertolak(tidak akan dilaksanakan)jika berlaku syubhah..

Hikmah Had Potong Tangan Bagi Pencuri:

Untuk kita memahami hikmah dari pensyariatan hukum potong tangan bagi kesalahan mencuri,suka saya kongsikan di sini sejarah hukuman had mencuri di di Arab Saudi. Di Tanah Arab satu ketika dahulu,jenayah mencuri dan merompak jemaah haji lelaki dan wanita di Baitullah begitu berleluasa.

Dengan itu,sebahagian jemaah haji tidak lagi mahu kembali ke Makkah kecuali untuk menunaikan nazar yang kecil. Oleh itu Hijjaz (Kerajaan Saudi) telah melaksanakan hudud+qisas sehingga keamanan dapat distabilkan. Selepas itu,jenayah mencuri mula berkurangan dan kegiatan merompak lumpuh,sehingga negeri itu menjadi aman.

Kejayaan menangani jenayah ini melalui pelaksanaan hukum hudud sangat mengagumkan dan memeranjatkan banyak pihak. Namun perkara paling menakjubkan ialah sepanjang 24 tahun hukuman ini dijalankan,hanya 16 orang dikenakan hukuman potong tangan. Secara tersiratnya,Kerajaan Saudi berjaya menyelamatkan beribu-ribu ‘tangan’ yang tidak berdosa dengan 16 bilah tangan sahaja!

Jelaslah ketegasan ini adalah rahmat kepada masyarakat umum.Oleh itu,pengorbanan tangan dan kaki adalah terlalu sedikit bilangannya jika dinisbahkan kepada orang yang keluar dari hukum Allah s.w.t. yang melakukan jenayah melibatkan ribuan orang yang tidak berdosa kehilangan harta benda dan tubuh,malah nyawa mereka.

Malah kekerasan hukuman ini juga hakikatnya adalah rahmat kepada orang yang hendak melakukan jenayah,kerana ia menimbulkan ketakutan kepada orang lain untuk melakukannya. Justeru,apabila seorang pencuri dipotong tangan atau seorang perompak dibunuh,ia sebenarnya menyelamatkan beribu-ribu bakal penjenayah lain. 

Nah sekarang ini anda sudah jelaskan bagaimana untuk melaksanakan hukuman potong tangan ini..Islam melatakkan syarat yang amat ketat.. jadi apa yang hendak anda takut dan risaukan dengan hukuman hudud? Lagi pula anda bukannya pencuri.. Hukuman Allah ini telah terbukti berkesan berjaya mengurangkan kadar jenayah kecurian berdasarkan perlaksanaan di Arab saudi.. 

3 comments:

  1. kalau bawa ke mahkamah syariah, dikenakan hukum rotan di tapak tangan satu kali, denda RM10 atau dipenjara 2 hari makan free............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Itu kalau g mhkamah...soalnya x saman2 lg ni..sr tu...agak2 hukum apa ek..

    ReplyDelete
  3. Hmmm bagus juga...detail tentang hukum curi dlm islam. Rindu juga time blajar dulu masa blajar undang2 jenayah islam dlm 4 mazhad.moga ilmu pengetahuan soal ini trsebar luas

    ReplyDelete