Sunday, March 12, 2017

Bongkar! Penipuan Identiti Modus Operandi DAP..


Penyamaran & Penipuan Identiti Modus Operandi Utama DAP

AIDCNews – 11/03/17 –Pada Julai 2012, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman pernah mendedahkan bahawa modus operandi utama DAP adalah melakukan penyamaran dan penipuan identiti yang bertujuan untuk mengelabui mata pengundi.
Jika sebelum ini ramai pengundi menyangkakan identiti agama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah beragama Buddha berdasarkan identiti nama yang tertera di kad pengenalannya, namun Mohamad Razali mendedahkan sebaliknya.
“Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, hampir 90% kepimpinan DAP adalah beragama Kristian. Lim Guan Eng, nama penuh dia pun Joseph Lim Guan Eng. Lim Kit Siang ke, Ronnie Liu, Teresa Kok..mungkin banyak orang tahu.
“Ada setengah masih guna nama Cina tapi mereka adalah merupakan anutan Kristian,” dedah Mohamad Razali.
Dakwaan Mohamad Razali itu hampir sama dengan pendedahan yang dilakukan oleh bekas penulis Malaysiakini, Helen Ang.
Selain Guan Eng, Helen menamakan Teresa Kok, Tony Pua, Hannah Yeoh, Nga Kor Ming, Teo Nie Ching dan Ngeh Koo Ham sebagai orang kuat Kristian dalam DAP.
Helen turut menamakan ramai lagi aktivis Kristian dalam DAP termasuk Ong Kian Ming, Violet Yong, Yeo Bee Yin dan lain-lain.
Pada 2014, Teresa Kok pernah mendedahkan gambar Dr Wong Chin Huat berada dalam sebuah Gereja Our Lady of Lourdes di Klang.
Dr Wong Chin Huat merupakan pakar rujuk ‘Maqasid Syariah’ di Penang Institute.
Turut dipaparkan juga muka Zainah Anwar (Sister In Islam) dan Ivy Josiah, aktivis Kristian dari Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO).
Gambar aktivis Kristian, Jerald Joseph yang terlibat aktif dalam CAN (Community Action Network) dan KOMAS (Pusat Komunikasi Masyarakat) juga turut dipaparkan.
Penang Institute, Sister In Islam, WAO, CAN dan KOMAS merupakan pendokong utama pergerakan BERSIH.
“Gereja ini penuh dengan rakan-rakan Katolik dan beberapa ahli politik Kristian seperti Charles Santiago, Dr Xavier (Jayakumar), Yeo Bee Yin.
“Aktivis NGO-bukan (jenama) Kristian seperti Wong Chin Huat dan beberapa anggota kumpulan wanita yang diketuai oleh Ivy Josiah, Marina Mahathir, Zainah Anwar, Siti Kassim dan lain-lain juga berada di sana untuk menunjukkan sokongan,” tulis Teresa Kok dalamFacebooknya.

4 comments:

  1. AsSalam,

    1. Sudah selesai masalah rakyat Kelantan yang tiada rumah akibat banjir 2 tahun lepas?
    2. Sudah selesai masalah orang asli di Gua Musang?
    3. Sudah selesai isu Kampung Warisan di Kampung Laut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya la kerajaan kelantan..

      Delete
    2. Anon 1:10 salah rumah ni..atau cubaan utk belit..org citer pasal DAP ler....mesti geng husam si kaki fitnah ni

      Delete
  2. 1:10 pasal po mrh ko citer ttang Dap..tebakor ke..org citer len ko konar ke len
    tk rasa terancam ngan Dap ko..mkin ko ni mang penjilat Dap?

    ReplyDelete