Sunday, March 05, 2017

Buang Bayi, Rupa-rupa Bayinya. Mengapa Masih Tiada Kaedah Penyelesaian?



Kata terjumpa, rupa-rupanya bayi dia sendiri

HULU SELANGOR - Polis menahan seorang remaja perempuan 19 tahun yang dipercayai cuba membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di belakang kediamannya di Bandar Utama, Batang Kali, awal pagi semalam, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, pada awalnya remaja berkenaan mendakwa menemui bayi lelaki yang masih bertali pusat dibalut dengan kain hitam itu tergantung pada jeriji tingkap biliknya selepas mendengar tangisan bayi itu pada jam 7.30 pagi.



Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati remaja berkenaan yang merupakan anak perempuan kepada pemilik rumah berada dalam keadaan yang mencurigakan dan lemah menyebabkan polis menahannya untuk membantu siasatan. 

"Ketika disoal-siasat, remaja itu akhirnya mengakui melahirkan bayi itu di dalam biliknya pada jam 6.45 pagi. Kelahiran itu hasil hubungan dengan teman lelaki.
"Remaja itu menipu ibunya dengan menyatakan bahawa dia menemui bayi itu pada jeriji tingkap di belakang rumahnya," katanya.

Susulan pengakuan mangsa, polis turut menahan seorang lelaki berusia 17 tahun, teman lelaki remaja berkenaan untuk membantu siasatan. Remaja perempuan itu turut ditahan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan dan rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. - The Reporter.
Hasil carian imej untuk buang bayi
Hasil carian imej untuk buang bayi

Hasil carian imej untuk buang bayi

Buang Bayi, Apa Kata Nik Aziz
Hasil carian imej untuk buang bayi, hudud penyelesaian
August 19, 2010 19:55 PM

Hukum Hudud Dilihat Jalan Penyelesaian Untuk Jenayah, Buang Bayi

KOTA BAHARU, 19 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nit Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.


Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata, undang-undang yang sedia di negara ini dilihat gagal menangani sebarang bentuk gejala jenayah dan sosial kerana ia tidak disertakan dengan didikan agama.

Katanya undang-undang bukanlah jawapan sebenar ke arah penyelesaian kepada jenayah dan gejala sosial, seperti kes rasuah, pembuangan bayi yang sedang melanda negara sekarang.

"Polis dan menggari pesalah adalah perkara kedua, yang penting dan utama ialah didikan agama supaya dapat ditanam roh takwa di kalangan umat manusia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Hududullah dan Seminar Hukuman Sebat Syariah di Kompleks Balai Islam, di sini, pada Khamis.

Tiga kertas kerja dibentangkan dalam seminar itu, iaitu "Hukuman Sebat Daripada Perspektif Islam" oleh Felo Kanan Jabatan Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Mohd Saleh Ahmad; "Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Realiti Pelaksanaan" oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan Pelaksanaan Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah" oleh Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.

Kelantan dan Terengganu merupakan dua negeri yang sudah mempunyai Undang-Undang Hudud dan Qisas untuk orang Islam ketika di bawah pentadbiran PAS tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Antara percanggahan itu termasuk pelaksanaan terhadap prosedur, kesalahan dan hukuman jenayah termasuk mencuri dan membunuh yang telah mempunyai peruntukan undang-undang Persekutuan di negara ini.

Nik Abdul Aziz berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup mengawal manusia tanpa disertai didikan dan tarbiyah syariat Islam dari peringkat ibu bapa, guru hingga pentadbir kerajaan negeri dan pusat.

Justeru itu, katanya, kerajaan negeri tetap berusaha untuk melaksanakan hukum hudud yang tidak harus dilihat sebagai suatu hukuman potong tangan terhadap pencuri semata-mata.

Hukum itu sendiri bertindak untuk mengajar umat manusia supaya tidak melanggar perkara yang dilarang tuhan kerana kelak ia akan membawa satu penyakit kanser moral kepada manusia, yang akhirnya menjatuhkan ketamadunan manusia sendiri, katanya.

"Hudud adalah garis sempadan yang ditentukan Allah menghadkan sesuatu yang termasuk dalam apa yang dilarang dan diperintah dan bukan semata-mata hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," tegas beliau. - BERNAMA

Imej yang berkaitan


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buang bayi, mengapa hingga kini tiada kaedah penyelesaian? Sebenarnya bukan tiada kaedah, tetapi pemimpin-pemimpin negara ini masih 'tuli' dan 'telinga kuali' dari segala sesuatu yang datangnya dari agama. Apa lagi bila melihat Islam sebagai kaedah penyelesaian kepada penyakit-penyakit sosial masa kini.. puak-puak jahiliah itu bagaikan kelawar di siang hari!


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



No comments:

Post a Comment