PULAU PINANG – Pas negeri telah mempersembahkan isu pewartaan fatwa di negeri ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V selaku Ketua Agama Islam kerana mendapati empat fatwa yang diluluskan masih belum diwartakan.
Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pihaknya percaya masalah itu berpunca daripada campur tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri yang tidak mewartakan fatwa atas alasan tidak bersesuaian dengan situasi politik semasa.
Jelas beliau, empat fatwa tersebut adalah larangan umat Islam memasuki pertandingan ratu cantik, hukum menghisap shisha, pengurusan tanah negeri serta pengurusan tanah wakaf.
“Dalam pertemuan bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa pada 2015, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim sendiri mengakui perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jelas Afnan Hamimi, Pas kini dalam rangka usaha meningkatkan kesedaran rakyat untuk sama-sama berjuang membantah campur tangan politik DAP dalam urusan pewartaan fatwa.
Dalam pada itu, beliau berkata, tiga perkara perlu dilakukan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memperbetulkan keadaan itu yang antaranya membatalkan pekeliling mengarahkan fatwa yang telah diluluskan perlu merujuk MMK.
Jelasnya, Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 perlu dirujuk seperti sebelum ini dengan hanya mempersembahkan setiap fatwa kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Kedua, fatwa yang diluluskan tidak boleh disimpan kerana setiap keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri melibatkan keperluan semasa.
“Terakhir, kita terus mendesak Abdul Malik meletakkan jawatan untuk membuktikan beliau seorang yang bertanggungjawab,” tegasnya sambil menjelaskan pengganti Abdul Malik perlu tegas dan berani mempertahankan prinsip Islam dan berkelulusan dalam bidang agama. –UTUSAN ONLINE
8 comments:
https://aidcnews.wordpress.com/2016/06/28/sokongan-kepada-mufti-pahang-semakin-meningkat-di-media-sosial/
Sokongan Kepada Mufti Pahang Semakin Meningkat Di Media Sosial
Mohd Sobri – DAP hina sultan dan Agong, sokong murtad, sokong seks songsang terbalik siap buat jawatankuasa, nak hapuskan tulisan jawi, nak senyapkan azan, pertikai sembelih korban, sindir fatwa Valentine, hina pakaian Islam, nak tukar nama kampung Melayu ke Cina, cakap Sekolah Agama hasilkan teroris, tolak RUU355 yang LANGSUNG TIADA KAITAN dengan depa, panggil Dr Zakir Naik syaitan, hasut rakyat Malaysia supaya buat balik 13 Mei, tolak Bahasa Kebangsaan (sebab depa pun cakap pelat kot), pow tanah rakyat termiskin, bagi projek kat bini, hina islam tapi tak malu melahap makanan orang islam, punnnnnnnn PAN IKRAM dan Melayu2 sewaktu dengannya boleh tolong bagi alasan DAP buat semua tu sebab nk ‘pertahankan’ Perlembagaan.
Tak tahu pulak aku DAP ni hormat sungguh kat Perlembagaan. Sejak bila la DAP pandai hormat Perlembagaan??
Dalam polisi kebangsaan depa terang2 nak HAPUSKAN Hak Melayu dan Bumiputera yg termaktub dlm Perlembagaan hasil persetujuan nenek moyang bukan Melayu sbg syarat bagi depa warganegara.
Seriously aku tatau apa lagi DAP perlu buat baru geng PAN IKRAM ni nak insaf.
http://sodaraliko.blogspot.my/2013/10/kenyataan-biadap-dap-terhadap-mufti.html
Kenyataan Biadap DAP terhadap Mufti Sarawak
Selain mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Mufti Sarawak, DAP juga sengaja mempersenda dengan mengajak "Kembali kepada ajaran Islam"
Berikut adalah kenyataan biadap DAP yang disiarkan FMT;
Kembali kepada ajaran Islam
Aziz juga mempertikai mengapa TBS menggunakan duit zakat untuk melabur.
“Di mana hukum Islam dalam Al-Quran dan Hadis yang membenarkan kita menggunakan duit zakat dilaburkan untuk tujuan kemegahan?
“Mufti negeri berkata pelaburan mengikut hukum, mana hukumnya? Dan berapa kos pembinaan KIS? Mengapa menggunakan duit zakat, dana baitulmal atau dana wakaf?”(sumber)
DAP sudah berulangkali mempersoal dan mempertikai urusan masyarakat Islam Sarawak, seolah DAP ingin mengambil bahagian dalam hak orang Islam. Jelas sekali DAP berhajat besar untuk memporak-porandakan institusi Islam di Sarawak.
Apakah orang Islam di Sarawak rela Mufti mereka dipersenda sedemikian rupa? sampai bila..
- See more at: http://sodaraliko.blogspot.my/2013/10/kenyataan-biadap-dap-terhadap-mufti.html#sthash.ZBMqN0TT.dpuf
https://utaranews.wordpress.com/2011/10/28/mufti-harussani-kecam-dap-dalam-isu-makanan-halal/
Mufti Harussani kecam DAP dalam isu makanan halal.
Golongan bukan Islam di negara ini digesakan untuk tidak bercakap mengenai soal hukum halal dan haram bagi sesuatu makanan bagi umat Islam di negara ini memandangkan ia mampu menyebabkan kekeliruan dan penghormatan kepada agama tersebut.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sama ada makanan itu halal atau haram dimakan oleh umat Islam, ia bukanlah ditentukan sesuka hati oleh sesiapa sahaja tanpa merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Tak boleh la letak hukum begitu saja, sepatutnya kenalah rujuk kepada JAKIM terlebih dahulu.
“Siapa mereka nak tentukan (makanan) tu halal atau haram? JAKIM saja yang berhak dan diberi kuasa dalam hal ini,” katanya
Mufti Perak itu dihubungi bagi mengulas mengenai sebuah restoran sayur-sayuran milik bukan Islam yang dikatakan ‘halal’ oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang mempromosikan ‘Menu Rakyat’nya yang lebih murah berbanding ‘Menu 1Malaysia’, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memperkenalkan dan mencuba ‘Menu 1Malaysia’ yang menawarkan harga yang murah dan berpatutan untuk semua golongan rakyat.
Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Don Daniyal Don Biyajid pula berkata, golongan bukan Islam perlu menghormati soal hukum hakam agama Islam sebagaimana umat Islam di negara ini yang menghormati agama mereka.
“Saya sendiri tidak berhak untuk menentukan soal halal atau haram di negara ini, yang berhak hanyalah satu badan kerajaan yang diberikan kuasa tersebut iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jadi tidak wajarlah Teresa Kok ‘halal’kan…
“Oleh itu, saya minta agar mereka yang bukan Islam jangan bercakap mengenai halal atau haram makanan tersebut, tanya, belajar dan fahami dahulu tentang soal itu, barulah bercakap,” katanya
Menurut Don Daniyal, Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam sebuah hadis di mana Baginda menegaskan bahawa makanan yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, serta terdapat perkara-perkara yang menimbulkan was-was di antara keduanya.
Lanjutan dari sabda Rasulullah SAW itu juga katanya meminta seluruh umat Islam untuk menjauhi makanan yang menimbulkan rasa was-was tersebut, termasuklah makanan yang disediakan oleh golongan bukan Islam.
Selepas melihat bagaimana macai2 PAN senyap maka terbuktiah mereka tak dapat dedak cap Bak Kut Teh
Blogger2 PAN pun ramai jadi sunyi. Kalau berjuang cari rahmat Allah, maka percayalah rahmat itu akan berterusan
Tapi kalau.berjuang kerana mahu dedak tauke Penang, lambat laun dedak.akan putus jua
90juta bila pas nk saman...jawab tu je...itu btul2 dedak...jawabla...
90juta bila pas nk saman...jawab tu je...itu btul2 dedak...jawabla...
Yaaaa setakat tuduhan Mr Who Sam power 10 mimpi 15 kali baik tak payah
Yaaaa setakat tuduhan Mr Who Sam power 10 mimpi 15 kali baik tak payah
Post a Comment