Oleh:BayangDiAir
Penulis mahu merumus bahawa satu sebab saja mengapa DAP berani sanggah Islam. Tak lain tak bukan puncanya adalah kerana umat Islam tidak bersatu, bercerai-berai dan asyik bertelingkah dalam hal agama mereka sendiri. Bukanlah kerana DAP ada kuasa. Bukanlah kerana DAP ada suara. DAP hanya umpama tikus melihat besi jika umat ini kuat dan bersatu. Berikut adalah sumber-sumber kekuatan a.k.a kebiadapan DAP.
1. PAN
Parti yang kononnya membawa tema ‘rahmatan lil alamin’ ini menjadi galang-ganti bagi DAP dalam menghadapi isu-isu yang berkait dengan umat Islam. DAP tak setuju hudud, PAN kata hudud tak perlu kerana negara belum kondusif. DAP lawan RUU355, PAN kata dia ada RUU alternatif. DAP serang ulama, PAN tepuk tangan. PAS serang balas, PAN bangkit, DAP duduk diam. Pernahkan ditemukan berita PAN kontradik dengan DAP yang biadap terhadap Islam?
2. PKR
Ini rakan yang boleh bertolak-ansur dengan kehendak DAP dalam hal agama. Sebab itu mereka boleh sebantal sejak Pakatan Rakyat hingga Pakatan Harapan. PKR tak ada agenda negara Islam yang DAP marah. PKR tak bersedia untuk hudud. PKR ada pendapat sendiri dengan RUU355. PKR tak pernah bising andai DAP nak buat pesta mabuk arak. PKR sendiri pun suka konsert-konsert jemput artis lucah internasional. Pendek kata, citarasa PKR sama sahaja dengan nafsu sekarah DAP.
3. UMNO
Benar DAP dengan UMNO macam kutub utara dengan kutub selatan. Tapi DAP tahu UMNO berfahaman nasionalis. Sebelum ada PAN dan PKR , UMNO-lah nombor wahid dalam menentang agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Siapa yang mula-mula tentang hudud kalau bukan UMNO? Siapa yang by hook or by crook tentang agenda negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS? Hingga kini, DAP yakin UMNO tak pernah sealiran dengan PAS dalam bab hudud dan negara Islam ini.
4. ULAMA WAHABI
Ulama yang membawa agenda baru di tanah air kita. Golongan ini gemar menjadikan hal-hal cabang sebagai barang dagangan dan perdebatan. Selagi orang ramai tak ikut kata dan pendapat mereka, selagi itulah mereka membebel. Pandangan-pandangan mereka menjadi punca kekeliruan dalam kalangan umat di negara kita. DAP pantas menyedari dan mengambil kesempatan dari wahabi bertaraf mufti.
5. GOLONGAN ISLAM LIBERAL
Fahaman golongan ini amat sesuai benar dengan selera DAP. DAP selalu mendakwa bahawa mereka tak menentang Islam. DAP hanya mahu Islam tanpa kuasa. DAP hanya tak suka hudud. DAP hanya tak mahu negara ditadbir ikut jalur Islam. DAP hanya mahu Islam yang tak memusuhi LGBT. DAP mahu kebebasan hak asasi. Maka DAP ada Siti Kassim. DAP ada Zaid Ibrahim. DAP ada golongan liberal lagi munafik yang sealiran dengan mereka.
DAP amat sedar 60% umat Islam ada dalam UMNO, PKR, PAN dan parti-parti kecil yang lain di Sabah dan Sarawak. Mereka ini sedia melanyak PAS jika PAS bersikap tegar dengan perjuangan Islamnya. Justeru DAP tahu, apabila mereka menentang agenda negara Islam, hudud dan RUU355, umat Islam daripada lima golongan di atas akan bersama-sama mereka. Paling tidaknya golongan tersebut akan menutup mulut dan membiarkan PAS keseorangan memalu gendang. Senyap-senyap mereka menanti saat untuk menari lenggang.
Mendiang Karpal Singh pernah berkata jika PAS nak buat hudud dan negara Islam langkah mayat dia dulu. Rupa-rupanya mendiang silap. PAS patut langkah mayat lima golongan di atas dulu.
(Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite) Oleh: BayangDiAir)
PERHATIAN:
ReplyDeletehttp://irfront.net/post/opinion-features/lingga/
ReplyDeletehttp://www.ismaweb.net/2017/02/ridhuan-tee-bawa-hujah-dap-anti-islam/
Ridhuan Tee bawa hujah DAP anti-Islam
BANGI, 15 Jamadilawal 1438H, Ahad – Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara hidup Islam akan dilawan parti rasis dan cauvinis DAP, kata pendakwah bebas, Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Meskipun parti itu berkali-kali menafikan tuduhan anti-Islam yang diberikan kepadanya, malah sehingga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah, bagaimanapun Ridhuan Tee berkata, tindak-tanduk parti tersebut tidak seiring dengan penafian mereka.
Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu turut mengimbau kembali sejarah ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO yang dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 29 September 2001.
Tidak senang dengan pengisytiharan itu, DAP lantang menentang kerana padanya, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular.
“Ini dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO mahupun pembangkang PAS.
“DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju telah membawa perkara ini ke mahkamah.
“Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. “Don’t turn Malaysia into an Islamic State.”
“Itulah kempen yang terus-menerus digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam,” katanya dalam artikel bertajuk “Benarkah DAP suka Islam?” yang disiarkan di Utusan Online, semalam.
Selain itu, DAP malah turut membuat andaian, sekiranya Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut dan menentang konsep negara Islam.
“Hebat DAP, seperti PAN juga boleh membaca pemikiran orang yang telah tiada.
“Meskipun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegaskan bahawa: “Malaysia is not a secular state or theology nation. It is an Islamic nation, governed by Islamic tenets but adhering closely to democratic principles in line with the highest laws of the land, the Federal Constitution” – New Straits Times 28.8.2007.
“Kenapa DAP sangat benci kepada negara Islam? Apakah sikap ini tidak anti-Islam? Tidakkah kita sedar dengan perisytiharan tersebut telah menjadikan keadaan bukan Islam menjadi lebih baik?.
“Amat pelik sekali apabila ada Melayu yang begitu buta menyertai parti anti-Islam ini. Malahan memuji bahawa parti ini adalah terbaik untuknya,” katanya.