AKTIVIS liberal, Siti Kasim mendedahkan dalam sebuah rancangan temubual media berbahasa Cina beberapa tahun lalu bahawa beliau pernah berfikir tentang asal usul kewujudan tuhan.
Beliau mengatakan sekiranya tuhan itu menciptakan segala-galanya, tentulah tuhan itu pun diciptakan oleh sesuatu.
“Tidak ada seorang pun yang mampu memberi jawapan yang memuaskan kepada saya sehinggalah pada suatu hari, seorang lelaki memberitahu kepada saya tentang apa yang dia faham tentang tuhan,” katanya kepada wartawan Pocketimes.
Menurut Siti Kasim, lelaki tersebut mendakwa bahawa tuhan itu wujud melalui ‘tenaga’ yang dihasilkan dalam diri manusia, iaitu setiap daripadanya bergantung sama ada ia mempunya aura tenaga positif ataupun negatif.
“Kita ada aura tenaga positif yang baik, oleh itu saya percaya tuhan yang ‘baik’ akan dihasilkan.
“Akan tetapi sekiranya terdapat kenegatifan di kalangan kamu, lalu kamu akan menghasilkan tuhan yang ‘jahat’,” katanya.
Tambah peguam kontroversi itu lagi, sekiranya golongan bukan Islam ini tidak wujud di sini, tentulah negara ini akan jatuh ke tangan ektremis Islam.
“Secara peribadi sebagai seorang Melayu saya ingin berkata, syukur kepada tuhan disebabkan ada golongan kafir di dalam negara ini! Syukur kepada Tuhan kerana orang-orang kafir, orang-orang bukan Melayu.
“Sekiranya tidak ada bukan Melayu di negara ini, oh tuhan, tentulah golongan ekstremis ini akan mengambil alih negara ini,” katanya.
Siti Kasim juga merayu kepada golongan bukan Islam untuk menghasilkan lebih ramai zuriat agar dapat mengimbangi masyarakat Melayu Muslim di Malaysia.
“Tolonglah, kaum Cina, kaum India, tolonglah hasilkan lebih ramai anak. Bukan sekadar seorang atau dua orang. Tolonglah, saya benar-benar merayu kamu semua untuk menghasilkan lebih anak.
“Kita harus menjadikannya seimbang. Ada ramai Melayu seperti saya, cukup ramai, akan tetapi mereka tidak berani untuk tampil ke hadapan,” katanya.
Demikian lapor MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang yang berfikiran begini termasuk kategori rosak dan sakit jiwa. Kasihan mereka, perlu diubati segera.
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..
5 comments:
Kesiannya.....
Bertaubatlah Minah Kartun,Siti Kashim cakap-cakap kamu boleh menyebabkan kamu tergelincir dari iman...Kalau nak tahu kewujudan Allah bacalah surah Al-ikhlas dan faham terjemahan atau Tanya para ustaz....Kewujudan Allah tidak mampu dan tidak boleh didasarkan oleh akal logik manusia semata-mata. Gaya dan perangai kamu,Siti Kasim mencerminkan seorang islam yang jahil dan sombong dengan Allah S.W.T
Getaran hasilkan tuhan....? Ya tuhan getaran itu dalam kekuasaan Allah macamana getaran menghasilkn tuhan..ayat al quran mana dia pakai kalau benar2 dia islam? Berfikirlan dgn iman dan minda yg cerdas...penuhilah akal sebaik2nya. Ingatlah jangan buat kesimpulan terlalu awal tanpa menguasai kefahaman sepenuhnya.
Moga allah swt memberi hidayah kepadanya. Ameeeeen
Tindakan CT jari tengah sengaja menghina, memfitnah dan menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam dan menghina bangsa Melayu dan cara hidupnya lebih mat salleh' dari 'mat salleh' sendiri telah memaksa kita semua berfikir sama ada CT jari tengah ini telah murtad secara senyap-senyap dan menjadi duri dalam daging umat Islam di negara ini.
Jika seseorang sengaja menghina, memfitnah dan menentang ajaran Islam, menghalalkan yang haram seperti arak, zina dll dan mengharamkan yang halal seperti poligami, Hudud dll, maka dia telah kafir, murtad atau kufur akidah.
Kita menyeru umat Islam supaya berhati-hati dengan para munafik dan kafir harbi kerana mereka sentiasa berusaha menyesatkan umat Islam dan melemahkan atau menghapuskan ajaran Islam.
Post a Comment