Tuesday, March 21, 2017

Hina PM: Bekas Ketua DAP Bahagian Direman 4 Hari


Otai DAP Akui LKS Perguna Tun M Untuk Guling BN
KULAI – Bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan, Hew Kuan Yau direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Hew bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dijalankan.
Sebelum itu Hew, 46, yang turut dikenali dengan gelaran ‘Superman’ tiba di Mahkamah Majisret di sini pada 8.20 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.
Beliau ditemani peguamnya, Chan Kheng Fai serta beberapa lagi anggota DAP termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Shu Qi; ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung; ADUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How dan ADUN Pekan Nanas, Yeo Tung Siong.
Hew ditahan polis di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang kira-kira 1 tengah hari semalam susulan satu laporan polis yang dibuat ke atasnya di sini pada 16 Mac.
Selain penangkapan itu, polis merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan oleh Hew untuk membuat kenyataan berkenaan di Facebook.
Hew didakwa membuat kenyataan tersebut dengan memuat naik poster parodi filem animasi Walt Disney, ‘Beauty and the Beast’ yang disertakan dengan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada 13 Mac. – BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Kejahatan, jenayah dan kezaliman pemimpin-pemimpin kafir harbi roket yang memusuhi agama Islam dan umat Islam semakin terdedah apabila sifu roket sedang didakwa di mahkamah, balaci-balaci roket ditangkap kerana menipu rakyat di Melaka dan menghina pemimpin negara.

Dalam kes terbaru, rejim roket telah merobohkan 10 gerai makan umat Islam tanpa sebarang ganti rugi sedangkan kaum roket bebas berniaga di negeri yang diperintah oleh diktator roket !

Cuba bayangkan apa akan berlaku kepada agama Islam dan umat Islam jika puak roket dan barua liberal mereka memerintah negara ini ! Puak munafik dan pengkhianat sahaja menyokong parti roket !

Mari kita semua menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRU14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam dan menolak semua parti politik sekular, liberal dan kafir harbi kerana mereka memusuhi Islam dan umat Islam!

Anonymous said...

Setuju dengan tindakan kerajaan. Budaya org cina sepatutnya menghormati pihak pemerintah. Kita boleh lihat di dalam siri cerita2 cina. Mereka saat mentaati pemerintah. Tetapi, kenapa mengutuk pm? Ya,,kerana racis,,. Selain drpd mengutuk pemerintah, dap juga lantang menghina islam. Sepatutnya kerajaan juga peka isu ini. Kenapa ambil tindakan hanya apabila dap kutuk pm sahaja? Bila dap kutuk ugama islam,,tak kesah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails