Sunday, March 12, 2017

Indonesia Gegar!! Rasuah RM757 Juta Jokowi Terbabit..


Rasuah

JAKARTA – Tokoh politik yang memegang jawatan penting dalam kerajaan campuran Presiden Joko Widodo (Jokowi) antara dinamakan terbabit dalam skandal rasuah membabitkan wang milik kerajaan berjumlah lebih RM757 juta.

Menteri Kehakiman, Yasonna Laoly, bekas Menteri Dalam Negeri Gamawan Fauzidan dan speaker Parlimen Setya Novanto serta beberapa gabenor wilayah adalah antara mereka yang dinamakan dalam pendakwaan rasmi.
Ia dibentangkan di mahkamah khas yang ditubuhkan untuk membicarakan kes rasuah pada permulaan perbicaraan dua pegawai kementerian dalam negeri kelmarin.
Kes itu akan menjadi ujian kepada keupayaan Jokowi untuk bertindak tegas terhadap rasuah yang berada di tahap bahaya di Indonesia hingga menjejaskan pembangunan negara yang mempunyai lebih 250 juta penduduk itu.
Polis antirasuah mendakwa rangkaian kira-kira 80 orang dan beberapa syarikat menggunakan pengenalan sistem kad pengenalan diri elektronik berjumlah RM1.9 bilion untuk menggelapkan sepertiga daripada dana berkenaan.
Dua pegawai yang dibicarakan Irman dan Sugoharto dituduh menerima rasuah sebanyak RM19.6 juta. Pendakwa raya berkata, baki RM757 juta yang dicuri diagihkan antara puluhan orang yang terbabit.
Menteri kehakiman dan speaker parlimen terbabit adalah dari parti politik yang menyokong kerajaan Jokowi.
Indonesia berada di tangga ke-90 daripada 176 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun lalu dengan tempat pertama mewakili paling kurang rasuah. – Agensi/myMetro Online

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails