Friday, March 10, 2017

Israel Lulus Undang-Undang Sekat Azan, Macam Di Singapura?

Israel

BAITULMAQDIS – Parlimen Israel memberi kelulusan peringkat awal terhadap dua langkah kontroversi yang bakal mengehadkan laungan azan dari masjid, termasuk larang sama sekali penggunaan pembesar suara sepanjang masa.

Rang undang-undang itu dengan yang keduanya akan mengharamkan penggunaan pembesar suara antara jam 11 malam dan 7 pagi akan dibahaskan lagi dengan tiga lagi bacaan sebelum ia menjadi undang-undang. 

Ia diluluskan pada peringkat awal lewat kelmarin selepas perbahasan hangat antara anggota parti pemerintah dan ahli Parlimen Arab yang sebahagian mereka mengoyakkan salinan rang undang-undang itu serta diusir dari Dewan.

Ia diluluskan 55 anggota menyokong dan 48 menentang selepas perdebatan hangat antara anggota perwakilan.
Anggota Parlimen Arab, Ahmed Tibi yang mengoyak salinan rang undang-undang itu dan dilarang meneruskan perbahasan berkata, undang-undang itu bersifat perkauman dan menegaskan, ia tidak akan berjaya mengekang umat Islam melaungkan azan di masjid.
Penyokong undang-undang itu mendakwa azan, khususnya pada waktu Subuh, mengganggu penduduk yang tinggal berhampiran masjid.
Undang-undang itu jika dikuatkuasakan akan menyaksikan mereka yang melanggarnya didenda sebanyak 10,000 shekel (RM12,000).
Pemimpin Parti Kesatuan Zionis yang berhaluan tengah dan juga bekas menteri luar, Tzipi Livina berkata, rakyat Israel sepatutnya menentang undang-undang itu yang menurutnya hanya menyebarkan kebencian dan meningkatkan ketegangan antara penduduk Islam dan Yahudi.
Kira-kira 20 peratus rakyat Israel keturunan Arab dan beragama Islam. 

Lapor Agensi/myMetro Online.

Macam di Singapura?

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

2 comments:

  1. http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/02/ajk-fatwa-pulau-pinang-sahkan-kerajaan.html?m=1

    AJK Fatwa Pulau Pinang sahkan kerajaan DAP campur tangan dalam fatwa isu "Kalimah Allah"

    Malik Kassim merupakan Exco Agama Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang
    *PENGAKUAN DATO' MD SALLEH HJ AHMAD (AJK FATWA PULAU PINANG) MENGENAI CAMPUR TANGAN POLITIK TERHADAP PROSES PEMFATWAAN DI PULAU PINANG*

    Saya mengikuti isu yang berbangkit di dalam akhbar mutakhir ini mengenai campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan. Sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang masih berkhidmat, saya menyokong penuh kenyataan bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Ust Afnan Hamimi, bahawa wujudnya campur tangan politik daripada Kerajaan Negeri terhadap proses pemfatwaan.



    Saya melahirkan dukacita terhadap Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana campur tangan beliau ke atas proses pemfatwaan. Ada arahan daripada beliau pada tahun 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dibincangkan semula agar keputusan Jawatankuasa Fatwa selari dengan pendirian Kerajaan Negeri pimpinan DAP ketika itu yang tidak bersetuju dengan fatwa kalimah Allah. Walau bagaimanapun, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada tahun 2010 tetap bertegas supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dikekalkan sebagai fatwa.

    Selain itu, terdapat beberapa fatwa yang ditangguhkan oleh Exco Agama untuk dibawa kepada Yang DiPertuan Agong. Perkara ini pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri. Saya kesal dengan tindakan ini, seolah-olah kuasa Exco Agama di dalam hal pemfatwaan ini lebih besar daripada kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri.

    Oleh itu, saya minta supaya tindakan campur tangan politik ini dihentikan. Semua fatwa yang diputuskan hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong, tidak perlu melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

    Saya berharap kenyataan ini dapat menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu yang timbul. Saya juga mengharapkan agar masyarakat Islam sama-sama bangkit mempertahankan institusi fatwa daripada sebarang campur tangan dan tekanan politik mana-mana pihak.

    Sekian, terima kasih.

    *DATO' MD SALLEH HAJI AHMAD*
    Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
    8 Februari 2017
    Anonymous at 10:25 AM

    ReplyDelete
  2. http://semuthitam80.blogspot.my/2017/03/kit-siang-nyanyuk-meroyan-ditanya-pasal.html?m=1


    KIT SIANG NYANYUK 'MEROYAN' DITANYA PASAL RUU355!!!


    Aduhai!!! Berapa kali nak diulang pekara yang sama? Kenapa masih ramai lagi orang yang tak boleh terima hakikat bahawa Punahsihat kepada DAPigs tu dah Nyanyuk? Dia dah tua sangat dah.

    Patutnya, Si Apek Kit Siang tu duduk kat rumah je. Main dengan anak cucu. Duduk dalam rumah banglow mewah Terlajak Murah yang telah dibeli oleh anak dia di Pulau Pinang sebelum ini.

    Tapi Si Apek Kit Siang ni tak sedar diri. Dia dah terlalu nyanyuk. Orang cakap apa pun dia bukannya nak terima. Maka sebab itu dia masih lagi sibuk nak selak kain orang dan hidup dengan Politik.

    Si Apek Kit Siang ni tak sedar bahawa waktu dia sudah berlalu. Zaman sekarang ni bukan lagi zaman dia. Sepatutnya Si Apek Kit Siang ni dah bersara dari Politik memandangkan kesihatan mental dia sering terganggu.

    Jadi, nak heran apa sangat bila dia tiba - tiba mengamuk dalam sidang media sewaktu ditanya mengenai cadangan pindaan Rang Undang - Undang Mahkamah Syariah (RUU 355) PAS?

    Tambahan pulak PAS sekarang ni dah dilabelkan sebagai 'Musuh Nombor Satu' kepada DAPigs. PAS buat apa sekali pun, semuanya buruk belaka dimata Si Apek Tua yang dah Nyanyuk ni.

    Apa yang jelas, reaksi Si Apek Kit Siang tu sewaktu menjawab soalan dari pihak wartawan membuktikan bahawa dia sememangnya sudah terlalu membenci PAS sehingga ke 'Tulang Hitam'. Jadi, jangan pelik la kalau dia meroyan tak tentu arah bila ditanya pasal RUU 355 tu!!!
    KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang melenting apabila ditanya media mengenai pendirian partinya yang menolak langkah PAS membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

    Ahli Parlimen Gelang Patah itu terdahulu ditanya samada DAP masih belum memahami penerangan PAS bersabit pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 itu.


    "Pendirian kita, PAS yang tidak faham penerangan yang diberikan oleh G25 dan lain-lain sarjana Islam bahawa ini bertentangan dengan perlembagaan," katanya dalam nada sedikit tegang ketika menjawab soalan pihak media sewaktu sidang medianya, sebentar tadi.

    Semut Hitam at Rabu, Mac 08, 2017

    ReplyDelete