KLANG – Nasib malang 172 pekerja wanita yang diperlakukan seperti hamba abdi apabila dipaksa bekerja sehingga 17 jam sehari di sebuah kilang pemprosesan dan pemasaran sarang burung walet di Lorong Gedung Nenas 1 di sini berakhir selepas mereka diselamatkan pihak berkuasa semalam.
Dalam operasi serbuan pukul 11 pagi itu, kesemua pekerja terbabit berusia 18 hingga 40 tahun.
Kesemua mangsa itu terdiri daripada 152 warga Indonesia, tiga warga Myanmar dan selebihnya 17 orang ialah wanita Malaysia yang dipaksa bekerja bermula dari pukul 9 pagi hingga 3 pagi setiap hari.
Mereka diperlakukan sedemikian oleh seorang lelaki berusia 29 tahun bergelar Datuk yang difahamkan hanya mengejar keuntungan semata-mata.
Ketua Pasukan Petugas Khas Majlis Antipemerdagangan Orang (MAPO), Kementerian Dalam Negeri, Deputi Superintendan Hadzwan Zulkefle berkata, siasatan mendapati, para pekerja telah dikerah kudratnya sehabis mungkin dengan gaji tidak setimpal serendah RM200 sebulan.
Katanya, pekerja mendapat gaji yang sangat rendah berikutan majikan mereka mengenakan pelbagai potongan terhadap gaji sebenar sebanyak RM1,000 sebulan.
“Setiap pekerja akan diberikan sehingga 25 sarang burung walet setiap hari untuk diproses dan dibersihkan.
“Sepatutnya mereka turut mendapat komisen sebanyak RM1 bagi setiap sarang burung, namun hanya dibayar RM0.50. Pada masa yang sama dipotong pula gaji sekiranya sarang tersebut rosak,” katanya kepada pemberita di sini semalam. (IH)
PERHATIAN:
Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.
klik di sini....
3 comments:
Wah .... sifu roket lagi hebat memperbodohkan dan memperhambakan keldai-keldai kuali dan lembu-lembu PK* dengan upah dedak roket sahaja untuk menghina, memfitnah dan memusuhi ajaran Islam, ulama Islam, umat Islam dan parti Islam.
Keldai dan lembu ini tidak akan menyokong Islam sebab sifu roket telah membuat banyak 'fatwa' menentang Islam. Sebagai keldai dan lembu ternakan roket, sudah pasti keldai dan lembu terpaksa akur dengan 'fatwa' sifu roket! Jika lawan sifu roket, tak akan dapat dedak dan amoi roket !
Eloklah si sifu buta membimbing keldai dan lembu buta ! Pengikut pula buta, pekak, bisu dan dungu !
Aku pun merasa hairan bagaimana tokoh-tokon penjenayah dan penindas manusia boleh mendapat gelaran 'datuk'. Gelaran 'datuk' untuk siapa sebenarnya?
Maka lahirla sifu hj hadi awang...yg bedal berbillion senyap...pas pukimak lu la brader
Post a Comment