Majikan berhak untuk mengharamkan kakitangan mereka dari mengenakan pakaian melambangkan simbol agama termasuk pemakaian hijab bagi pekerja Muslim.Demikian laporan terbaru yang diputuskan pada Selasa, 15 Mac oleh mahkamah undang-undang tertinggi Kesatuan Eropah.
Laporan tersebut dipetik melalui sumber agensi berita AFP dan Al-Jazeera semalam.
Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) berkata, sekatan itu tidak bermaksud menimbulkan diskriminasi kepada mana-mana pihak.
AFP berkata, isu penggunaan simbol-simbol agama, terutama hijab telah menjadi isu kontroversi di Eropah sejak beberapa tahun lalu. Sebelum ini ulas AFP, Samira Achbita, seorag pekerja Muslim diterima bekerja di sebuah syarikat d Belgium.
Pada tahun 2006, Achbita memakumkan beliau akan mengenakan hijab ditempat kerja namun dihalang. Ekoran kejadian itu syarikat tersebut telah mengenakan undang-undang larangan pemakaian hijab dan Achbita memaklumkan ianya satu tindakan yang menjurus kepada diskriminasi agama.
Dalam perkembangan lain di Perancis, pereka grafik, Asma Bougnaoui turut dikenakan larangan sama. Bougnaoui merupakan pekerja sepenuh masa di syarikat swata sejak tahun 2008 diberi amaran utuk tidak berhijab dengan alasan ianya boleh mengakibatkan masalah terhadap pelanggang mereka.
Sumber: http://aje.io/upab.
PERHATIAN:
2 comments:
Eropah adalah bapa hipokrit yang berpura-pura memperjuangkan hak kebebasan beragama sedangkan Eropah sendiri menindas hak umat Islam mengamalkan ajaran agama Islam.
Pemimpin kafir Eropah adalah pemimpin hipokrit yang mempunyai lidah bercabang ! Mereka adalah sama seperti segelintir pemimpin Melayu yang menjadi barua sifu parti DA-Pig yang amat memusuhi agama Islam dan umat Islam !
Ptuiiii !!!!!!
Dalam isu ini sebenarnya agak rumit. Kalau mempertimbangkan secara keseluruhan.kadang2 kita nampak mereka hipokrit tapi kadang2 kita tunjuk diri kita hipokrit....pendirian saya isu hijab bleh kita usahakan agar diterima masyarakat sana dgn menunjukkan hakikat islam sebenar dan menyingkirkan pandangan negatif terhadap islam krn islam byk di burukkan ileh mereka yg memusuhi islam baik luar dan dalam secara licik.namun apapun jauhkanlah sifat iblis dalam beragama dalam diri saya dan semua muslim.
Post a Comment