Wednesday, March 01, 2017

Lagi Bukti Dasar Pelajaran M'sia Gagal. 2 Peristiwa Terbaru..


Video: Guru Tendang, Sepak Dan Pukul Kepala Pelajar


LAGI bukti dasar pelajaran dan pendidikan di negara ini gagal..

Satu:Kes Belasah Murid, Kedua-Dua Pihak Berdamai

SUSULAN kes seorang pelajar pusat latihan perindustrian di Jitra, Kedah dikasari tenaga pengajar sehingga tersebar di media sosial, kedua-dua pihak mengambil keputusan menyelesaikan kes itu secara berdamai di antara pihak yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, mangsa dan bapanya serta tenaga pengajar terbabit datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu jam 11.45 malam tadi bukan untuk membuat laporan berhubung kes tersebut, sebaliknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.
Saya dimaklumkan kes itu hanya salah faham kerana berlaku kecuaian ketika pemasangan pendingin hawa itu sehingga menimbulkan kemarahan tenaga pengajar berkenaan.
“Penuntut dan tenaga pengajar terbabit bagaimanapun bersepakat untuk berdamai dan menyelesaikan kes itu secara dalaman tanpa memanjangkan sehingga menjadi kes polis,” katanya memetik Harian Metro.
Beliau berkata, disebabkan kes itu tular di media sosial, pihaknya turut menghantar detektif ke pusat latihan itu semalam untuk mengambil keterangan mangsa.
Mangsa juga dibawa ke Hospital Jitra untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya mengadu pedih di bahagian pipi.
Walaupun begitu, mangsa boleh membuat laporan polis pada bila-bila masa sekiranya tidak berpuas hati atau ada sebarang masalah berhubung kes tersebut.
Justeru, Abd Hadi menasihatkan orang ramai tidak terus menyebarkan kejadian itu sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai kerana kes itu telah diselesaikan di antara kedua-dua pihak.
Terdahulu, rakaman seorang penuntut pusat latihan perindustrian ditendang dan dikasari tenaga pengajarnya ketika sedang memasukkan gas ke dalam kompresor pendingin hawa, mengundang kemarahan netizen yang mendakwa tindakan tenaga pengajar itu agak keterlaluan. -MYNEWSHUB.CC
DuaPelajar ‘Blonde’ Nafi Pijak Kepala Mangsa


PELAJAR rambut perang yang didakwa salah seorang suspek kes buli pelajar tingkatan satu di SMK Bandar Sri Damansara 2, menafikan dirinya memijak kepala mangsa sehingga ‘berlubang’ dalam kejadian dilaporkan pada 23 Februari lalu.


Menerusi sepucuk surat laporan yang dibuat di Balai Polis Bandar Sri Damansara, remaja itu mendakwa dia tidak memijak kepala mangsa, Puteri Aleesya Maisarah Mohd Shukri, 13, sebaliknya rakannya yang berbuat demikian.
Saya dapati beberapa kecaman yang dibuat terhadap diri saya dan juga ibu saya, sedangkan yang memijak pelajar perempuan (mangsa) adalah bukan saya tetapi rakan saya yang bernama Nurul Huda,” katanya memetik laporan polis yang dibuatnya pada 24 Februari lalu.


Tambah remaja itu, dia mendakwa rakannya telah membuat pengakuan di hadapan guru sekolah berkenaan.
Menurutnya, dia membuat laporan polis ekoran tidak berpuas hati dan rasa terancam dengan segelintir netizen yang mengecam dia dan ibunya setelah gambar mereka menjadi tular di laman sosial.
Sebelum ini, ibu suspek ada memuat naik kenyataan mengatakan anaknya tidak bersalah dan hanya ‘tarik hidung mangsa sahaja‘. Bagaimanapun, semakan di laman Facebook mendapati kenyataan tersebut telah dipadamkan.
Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Shukri Sulaiman, 42, akan tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap enam pelajar yang terlibat mencederakan anak perempuannya itu.
Menceritakan semula kejadian itu, Puteri Aleesya Maisarah berkata dia mengenali pelajar tingkatan tiga yang terlibat, namun tidak berkawan dengan mereka.
Saya keluar kelas selepas waktu sekolah tamat untuk sertai aktiviti mengecat sekolah sebelum dua pelajar perempuan tingkatan tiga itu menarik saya masuk ke dalam sebuah kelas tingkatan dua. Mereka kemudian menarik tudung saya dan membelasah saya sehingga pengsan.
Saya tidak tahu apa motif saya dibelasah kerana saya tidak berdendam dengan sesiapa di sekolah,” katanya.
Difahamkan, Aleesya kini sudah semakin pulih namun masih menerima rawatan susulan di Hospital Sungai Buloh. – MYNEWSHUB.CC
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails