Friday, March 10, 2017

Lepas Nafi, Muncul Pula Video Menari Dg Pemimpin Wanita Melayu DAP..


Selepas Nafi, Muncul Pula Video Kedua Menari Zairil

BELUM reda dengan penyebaran video pertama yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, muncul pula video kedua yang memaparkan aksi menari dengan ghairah wakil rakyat itu dengan seorang wanita.

Video berdurasi 11 saat itu jelas memaparkan wajah lelaki itu yang kelihatan seiras dengan Zairil. Wajah wanita itu pula mirip dengan seorang bekas calon DAP pada pilihan raya kecil Teluk Intan, tiga tahun lalu.
Kedua-dua mereka kelihatan intim berpelukan dan menari sambil menghayati lagu di dalam sebuah kelab malam. Sebelum ini, Zairil menafikan individu di dalam video berkenaan adalah dirinya dan menganggap ianya adalah karut.
Jelasnya, kisah mengenai dirinya tidak pernah berhenti dan setiap hari pasti ada sahaja ‘gosip’ mengenai dirinya.
‘Gosip’ mengenai Zairil ini bukan pertama kali dilaporkan kerana pada Oktober 2014, Ahli Parlimen itu pernah dikaitkan dengan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud selepas gambar bercium dan berpeluk mereka tersebar di media sosial.
Bagaimanapun, kedua-dua individu berkenaan menafikan gambar berkenaan ada kaitan dengan mereka. 
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



4 comments:

Anonymous said...

Perghhh jauh hebat dari tragedi selfie mike sabu langgar. Ini baru betul2 langgar dada. Opocot Abang Mike, takkan tak teringin kut. Khadam dan hamba abdi pun ada nafsu tauuuuuu

Anonymous said...

Mike sabu selfie amoy langgar dada.dah jealous.

mohd shahran said...

bila parti islam dah jadi parti fitnah orang.. tapi takpe dah ada kad ahli dah dijamin syurgakan

mahligaiseni said...

Assalamualaikum wbt. Malang betul apabila orang Islam memberi ulasan bukan ke arah kebaikan sebaliknya menimbulkan kebencian sesama sendiri. Apa salahnya kalau beri nasihat dengan penuh tanggungjawab. Saya tidak mahu mempertahankan orang yang buat salah dalam video itu jika benar mereka orang Islam namun kita sebagai pengulas pun perlulah berakhlak juga. Jika kita mengulas seperti sesetengah komentator dalam laman ini, kita sekadar mencari dosa semata-mata.Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails