Wednesday, March 01, 2017

Mahershala Pelakon Islam Pertama Raih Oscar. Baikkah Untuk Islam?


 
Mahershala pelakon Islam pertama raih Oscar Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my MAHERSHALA Ali. 

HALAMAN HIBURAN

LOS ANGELES: Bintang Moonlight, Mahershala Ali, 42, yang merangkul gelaran Aktor Pembantu Terbaik pada Anugerah Akademi Ke-89 mencipta sejarah sebagai penerima Oscar pertama beragama Islam. 

Mahershala yang menonjolkan lakonan mantap sebagai Juan dalam filem arahan Barry Jenkins itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan padu. 

"Terima kasih kepada guru dan profesor yang sentiasa mengingatkan saya bahawa semua ini bukan mengenai diri saya. 
"Ia adalah karektor dan saya diamanahkan untuk menceritakan kisah ini menerusi watak dan perwatakan Juan," katanya ketika berucap menerima trofi. 

Mahershala turut mengucapkan terima kasih kepada isteri dan bayi mereka yang baru lahir empat hari lalu atas kejayaan itu. 

"Isteri sayalah yang memberi kekuatan sepanjang proses ini sekali gus meletakkan saya di sini," katanya. 

Mahershala yang pertama kali dicalonkan menewaskan Dev Patel yang membintangi filem Lion, Michael Shannon (Nocturnal Animals) dan Jeff Bridges (Hell or High Water). 

Menceburi arena lakonan sejak tahun 2001, Mahershala merangkul trofi kategori sama pada Anugerah Screen Actors Guild menewaskan Patel.


Anugerah Akademi ke-89 PENGACARA Anugerah Akademi ke -89, Jimmy Kimmel beraksi di Panggung Dolby, Los Angeles. - Foto AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah ia memberi manfaat untuk agama Islam atau dapat mmbantu perjuangan Islam? Apakah sanggup kita melihat, sebelah tangan kita membangunkan agama Allah dan yang sebelah tangan lagi meracun, membunuh dan memusnahkannya melalui kegiatan penyebaran budaya barat yangg bertentangan dengan Islam?

Lihat juga..
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

2 comments:

  1. PAN pula pertubuhan pertama yg mengaku Islam tapi menolak pembaikan Mahkamah Syariah melalui RUU355.

    Adakah ini baik. Mai baca komen Isma

    http://www.ismaweb.net/2016/10/pan-nak-jadi-jaguh-ruu-355-dap-sebagai-tukang-sorak/

    PAN Nak Jadi Jaguh RUU 355, DAP Sebagai Tukang Sorak

    PERKARA ini amat ajaib sekali. Tidak ada langsung desas desus sebelum ini yang melaporkan bahawa PAS akan membuat kertas cadangan atau memberi alternatif kepada cadangan pindaan yang dibawa oleh Tuan Guru Abdul Hadi. Tidak ada juga khabar berkenaan PAN mengadakan perjumpaan dengan pihak-pihak berkepentingan mahupun rakan politiknya, DAP dan PKR. Sedar-sedar sudah ada cadangan, malah sudah dipersetujui oleh DAP. Menakjubkan!

    Jika tidak, manakan MCA mahu meminta penjelasan di atas kesenyapan DAP terhadap pengumuman Amanah berkenaan cadangan pindaan oleh parti Islamis harmonis ini yang juga dikatakan oleh MCA akan membawa kepada perlaksanaan hudud di Malaysia.

    Ini juga merupakan satu keanehan yang mana pada awalnya Amanah begitu menentang cadangan pindaan Tuan Guru Abdul Hadi kononnya ia akan bercanggah dengan Perlembagaan dan juga kerana cadangan TGAH tersebut hanya tertumpu kepada hukuman. Oleh itu, PAN bercadang mengemukakan pindaan yang bukan sahaja menyebut tentang hukuman bahkan penambahbaikan sistem kehakiman secara menyeluruh.

    Pertama, mengapa tidak dibahaskan sahaja cadangan pindaan TGAH dan ditambah baik cadangan tersebut dan mengapa perlu mengemukakan cadangan berasingan?

    Ini mungkin disebabkan oleh ketaatan kepada pakatan pembangkang baru iaitu Pakatan Harapan yang mana sekiranya PAN menyokong TGAH yang juga Presiden PAS, maka pakatan tersebut tidak akan mempunyai maksud tersendiri bagi PAN dan lebih malang lagi PAN akan dikutuk sebagai pengkhianat, seperti yang telah dilalui PAS sebelum ini.

    Di sini, umat Islam mampu menyedari betapa PAN cenderung untuk mementingkan politik kepartian berbanding manfaat keseluruhan untuk Islam dan kesepakatan merentas parti mahupun organisasi Islam yang lain.

    Apakah terlalu taksub untuk tampak jaguh dalam isu RUU355 ini sehinggakan tidak mahu bersama bahkan sanggup menolak terus menerus cadangan TGAH?

    Kedua, mengapa DAP yang begitu keras menolak RUU355 sedari awal yang kononnya RUU hudud boleh pula dengan pantas dan mudah menerima cadangan pindaan oleh PAN?

    TGAH telah mengemukakan cadangan dan perbahasan mengenainya bermula sedari Mei 2016 di media sosial serta portal berita pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang namun DAP serta MCA dan Persatuan Hokkien Malaysia masih sukar menerima cadangan TGAH.

    ReplyDelete
  2. Tiap2 tahun di Malaysia juga pemenang pelakon terbaik adalah seorang muslim. Adakah ia baik untuk Islam?

    ReplyDelete