Wednesday, March 01, 2017

Mat Sabu Disaman Bekas K/Menteri. 6 Mac Pengurusan Kes.



PETALING JAYA: Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik memfalkan saman fitnah RM1.5 juta terhadap Presiden Amanah Mohamed Sabu kerana mendakwa beliau merogol seorang perempuan bawah umur pada 1994.
Rahim, memfailkan saman awal bulan ini, berkata dakwaan itu tidak benar dan beliau tidak pernah didakwa untuk kesalahan itu.

Rahim, yang bersara dari jawatannya pada 1994, bagaimanapun, mengakui polis menjalankan siasatan tetapi peguam negara ketika itu mengumumkan perkara itu tidak akan diteruskan kerana kekurangan bukti.

Mohamed, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dikatakan membuat kenyataan memfitnah itu kepada orang ramai di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di Jalan Northam, 1 Julai tahun lepas.

Mat Sabu membuat ucapan itu di himpunan membantah penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atas dakwaan korupsi. Rahim berkata kenyataan itu berniat jahat dan bertujuan merendahkan kehormatan dirinya dalam kalangan masyarakat.

Rahim berkata kenyataan itu mengatakan atau membayangkan beliau seorang lelaki yang rendah moral dan pernah merogol seorang perempuan Melayu. Beliau berkata kenyataan itu juga bermakna siasatan tidak dijalankan dengan sewajarnya dan beliau mengatasi undang-undang.

Rahim berkata ucapan Mat Sabu itu tersebar secara meluas di media sosial seperti WhatsApp dan Youtube. Mahkamah menetapkan 6 Mac untuk pengurusan kes. (TKO)

2 comments:

Anonymous said...

Mari kita lawaaannm mike sabu bertempik sambil lempar mikrofon

Anonymous said...

Foto Mike Sabu Selfie Amoy langgar dada waktu Bershit pun tersebar luas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails