Thursday, March 23, 2017

Mengapa Turki Bantah AS/Britian Larang Alat Letronik Di Pesawat Turki, Asia Barat &Afrika Utara?


MEVLUT

Turki bantah larangan peralatan elektronik
ANKARA – Turki semalam membantah larangan peralatan elektronik AS melibatkan penerbangan dari lapangan terbang negara itu dan hab serantau lain kerana peratur­an tersebut didakwa menghukum penumpang dan bukannya menangani ancaman keganasan.
“Adalah lebih baik untuk melaksanakan tindakan terhadap mereka yang menjadi ancaman dan bukan menghukum penumpang biasa.
“Sekiranya wujud kebimbangan berkenaan ancaman keselamatan, jabatan-jabatan berkenaan perlu duduk semeja untuk mencari langkah berkesan untuk dilaksanakan,” kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu semasa lawatan beliau ke Washington.
“Usaha ini tidak dapat dilakukan melalui larangan,” tambahnya seperti dilaporkan agensi berita Anadolu.
Britain dan AS kelmarin melarang komputer riba dan tablet dibawa di dalam kabin penumpang melibatkan penerbangan dari Turki, beberapa negara Asia Barat dan Afrika Utara.
Menurut Mevlut, larangan sementara itu sepatutnya diganti dengan langkah efektif dan kekal tetapi beliau tidak mengulas lanjut.
“Kebimbangan AS dan sekutu-sekutu lain juga merupakan kebimbangan kami,” katanya.
Beliau membuat kenyataan itu selepas Menteri Pengangkutan Turki, Ahmet Arslan berkata, Ankara akan me­minta AS membatalkan larang­an tersebut.
Media tempatan melaporkan, Ahmed telah menghantar surat kepada rakan sejawatnya di AS, Elaine Cha untuk menggesa supaya lapangan terbang di Ankara dan Istanbul dikecualikan daripada larangan itu.
“Turki mematuhi undang-undang antarabangsa berhubung isu keselamatan,” katanya. – AFP

AFP - SEORANG penumpang membeli tiket di kaunter Emirates Airline di Los Angeles, California kelmarin.

AS, Britain larang alat elektronik dalam pesawat

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) dan Britain kelmarin melarang peralatan elektronik lebih besar daripada telefon pintar dibawa ke dalam kabin pesawat melibatkan pe­nerbangan dari lapangan terbang di Turki, Asia Barat dan Afrika Utara.
Pihak berkuasa AS berkata, larangan itu susulan kebimbangan bahawa pelampau-pelampau akan menggunakan kaedah ‘inovatif’ untuk menyerang pesawat de­ngan menyembunyikan bahan letupan kecil di dalam peralatan elektronik.
Washington memberi tempoh sehingga hujung minggu ini kepada syarikat pe­nerbangan dari lapan buah negara iaitu Mesir, Jordan, Kuwait, Maghribi, Qatar, Turki, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk memaklumkan kepada penumpang yang menaiki penerbangan ke AS supaya menyimpan komputer riba, tablet dan konsol permainan video mudah alih ke dalam bagasi mereka.
Britain turut menguatkuasakan lara­ngan serupa terhadap syarikat penerbangan enam negara terdiri daripada Turki, Lebanon, Jordan, Mesir, Tunisia dan Arab Saudi.
Syarikat penerbangan AS bagaimanapun dikecualikan daripada larangan tersebut.
Larangan itu perlu dipatuhi oleh penumpang yang menaiki sejumlah 50 penerbangan pada setiap hari dari hab penerbangan di seluruh dunia Arab dan turut melibatkan tiga syarikat penerbangan utama rantau Teluk iaitu Emirates, Etihad serta Qatar Airways.
Selain AS dan Britain, beberapa negara lain dijangka akan melaksanakan larangan serupa.
Setakat semalam, pihak berkuasa Perancis dan Kanada dikatakan sedang mempertimbangkan larangan itu, namun Jerman enggan berbuat demikian.
Pihak berkuasa AS tidak memaklumkan tempoh larangan tersebut tetapi Emirates menyatakan, ia diarah untuk menguatkuasakannya sehingga sekurang-kurang­nya 14 Oktober depan.
Syarikat penerbangan yang gagal mematuhi larangan itu akan hilang hak laluan penerbangan ke AS. – AFP
Komen Weblog Ibnu HasyimMengapa AS/Britian larang alat letronik dari pesawat Turki, Asia Barat  dan Afrika Utara?  Apakah ada rahsia lain disebalik larangan itu? Turki bantah pun, adakah kerana ada rahsia atau bahaya lain dibalik bantahan itu?
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

2 comments:

Hadi Kepala Taik said...

Mengapa Turki Bantah AS/Britian Larang Alat Letronik Di Pesawat Turki, Asia Barat &Afrika Utara?

Sebab Menteri Luar Turki adalah seorang yang bijak. Bukan tolol macam presiden pas pis pus hadi al-tahik.

Anonymous said...

Teruskan dan lepaskan kebencian kamu pada tghh sebab kamu akan rasa lega dan bebas naka lepas itu kamu akan mencari kebenaran dan moga allah memberi rahmat dan hidayah kepada kamu. Ameen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails