HALAMAN HIBURAN
BELUM pun lagi ditayangkan di mana-mana pawagam, filem baharu arahan pengarah terkenal; Ahmad Idham Ahmad Nadzzri mengundang kritikan pedas daripada netizen tempatan.
Seorang pengguna laman mikro Twitter; dengan rujukan nama Faisal Anwar @lati0s_ ada berkongsi sekeping gambar poster filem Minah Motor arahan Ahmad Idham.
Menerusi status yang dikongsi itu, Faisal seolah-olah bengang dengan hasil karya pelakon dan sutradara terkenal itu yang dirasakan sebagai sampah kerana cuba mengangkat taraf golongan Minah rempit.
“Hari-hari dok cakap pandai dekat twitter, taik lembu hybrid babi hutan ni ka hasil usaha keras pelakon ‘senior’ @Ahmad_Idham?,” tulisnya sebagai mengulas filem tersebut.
Luahan itu ‘disampaikan’ Faisal kerana dia berasa kecewa dengan Ahmad Idham yang seolah-olah ‘hanya mampu’ menghasilkan filem seperti itu sedangkan di status-status Twitternya banyak mengetengahkan isu-isu semasa dan dilihat seperti seorang selebriti yang sedang membela nasib warga tempatan yang ‘tertindas.’
Kehebatan kandungan Tweet Ahmad Idham tidak dapat dilihat dalam jenis filem yang dihasilkan.
Selain Faisal, beberapa pengguna laman Twitter lain turut mengecam filem terbaharu karya Pengarah Terbaik dalam Anugerah Skrin 2003 dan kini berusia 43 tahun itu.
Pengguna Twitter RASHIDANASOFFICIAL @acbyacid melabel Ahamd Idham sebagai pengarah yang sudah kekeringan idea apabila tampil dengan filem disifatkan sebagai mendatangkan pengaruh buruk kepada masyarakat.
Namun berbeza pula dengan Adib Khalid @adibkhld yang menasihatkan sutradara terkenal itu untuk memanfaatkan bakat dan kelebihan yang dimiliki untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat melalui filem-filem yang dihasilkan.
Untuk rekod, filem Minah Motor itu diterajui oleh Dayana Roza sebagai tonggak utamanya bergandingan dengan Ariz Lufias yang merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan penyanyi Forteen.
Menerusi laman Instagram milik Ahmad Idham, filem baharunya itu akan menemui penonton pada tahun ini namun tarikh sebenar tayangannya belum didedahkan lagi.
Sebelum Minah Motor, Ahmad Idham pernah menerbitkan sebuah filem berjudulMat Motor Otai pada tahun lalu yang turut menampilkan Dayana dengan memegang watak sampingan sebagai minah motor.
Secara tidak langsung, filem Minah Motor turut dianggap sebagai kesinambungan kepada watak Dayana menerusi filem Mat Motor Otai.
Lapor MYNEWSHUB.CC
PERHATIAN:
6 comments:
Hmm... agak2nya kisah PAS, siapa pulak pengarahnya?
Anon 10:20pm
Kalau dibuat filem 'Penyamun Aku Sokong' mesti dapat box office, kah kah kah...
Kisah PAS pulak Najib jadi penerbit.. Pengarahnya Hj Hadi.. Penontonnya walaunn.. Kehkehkehh..
Filem komedi arahan Jibby lakonan haji hadi dan hashim jasin bertajuk Pas + Pis - Pus = Pussy akan berada di pawagam awal bulan Mei nanti. Walaunta2 sekalian jangan lupa menonton filem tersebut ok....
Jom sokong filem baru PLURALISMA arahan LKS!
filem minah moto arahan ahmad idham memang taraf sampah..bodoh. pengaruh buruk kat budak skolah..
cukup2 la buat sampah.susah orang nk bersihkan nanti
Post a Comment