Tuesday, March 07, 2017

Payudara Tiruan Terpakai Untuk Dijual, Ini..


Payudara
SEORANG wanita telah memuatkan iklan untuk menjual implan payu dara dalam eBay meskipun implan tersebut pernah berada di dalam tubuhnya selama 11 bulan.
Wanita yang hanya dikenali sebagai `Katt’ itu mendakwa implan payu dara terpakai itu masih berada dalam keadaan elok.
Dia berhasrat untuk menjual implan terpakai itu pada harga RM1,095. Katt memberitahu implan tersebut telah disterilkan dan amat bersih.
Dia mahu menjualnya kerana saiz tersebut tidak padan dengan payu daranya dan telah menukar implan yang baru.
Menurut Katt, payu dara palsu itu dihasilkan oleh syarikat Motiva dan mendakwa ia adalah generasi baru dalam industri implan. Setakat ini sudah ada lapan orang yang berminat untuk membelinya.
Bagaimana tindakan Katt itu dikecam oleh pengasas The Safety in Beauty, Antonia Mariconda yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak pernah terfikir olehnya.
“Kenapa pakar bedah menganggap ia sebagai idea yang baik dengan memberikan implan terbabit kepada wanita itu. Ia sepatutnya dimasukkan ke dalam tong sampah.
“Dengan menyentuh sebarang peralatan perubatan telah mengakibatkan ia tercemar. Hanya implan yang dikeluarkan oleh pengeluar kepada doktor sahaja boleh digunakan.
“Bahan terpakai ini diklasifikasikan sebagai tercemar dan sepatutnya dimusnahkan mengikut cara yang sepatutnya,’’ katanya. 

5 comments:

Anonymous said...

Err... Hj nak beli, ke?

Ibnu Hasyim said...

Kalau kamu minat pon boleh..

Anonymous said...

PAN pakai bird tiruan itu sebab Ahok Penang baru angkat kening Mike Sarbu, Din Pudu, Lid Smart semua ketarrt mujur ada Who Sam Powwr 10

mahligaiseni said...

Assalamualaikum wbt. Komenlah elok-elok agar kesucian agama kita tidak tercemar. Malulah sikit kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Wassalam.

Anonymous said...

Malu kat anak cucu Pak Aji oi. Kita hak tua2 ni tunjuk la contoh hak elok. Jgn dok buat tak ketahuan hala lagu ni. Nak kata tak reti dah sampai Mekah dah pon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails