Tuesday, March 21, 2017

Lagi! Pemimpin Kanan DAP Ditahan Reman, Kes Tipu Pajakan Tanah.

Hasil carian imej untuk dap kes tipu
MELAKA — Seorang pemimpin kanan DAP dan seorang ahli perniagaan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan, melibatkan anggaran kerugian RM976,300.
Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan mahkamah majistret terhadap kedua-dua suspek berusia 29 dan 54 tahun, lapor Utusan Online.
Kedua-duanya yang memakai baju lokap berwarna oren hadir ke Mahkamah Ayer Keroh di sini pagi tadi disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pada 14 Disember lalu, laporan polis dibuat seorang pengadu yang juga pengusaha kebun sayur, mendakwa membuat transaksi pembayaran wang tunai ke dua akaun penama suspek berjumlah hampir RM1 juta untuk mendapatkan tanah pajak itu.
Isu itu sebelum ini didedahkan wakil rakyat Bebas dari Duyong, Goh Leong San dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 9 Mac lalu. – MalayMail

4 comments:

Anonymous said...

Err... Agak2 siapa?

http://msomelayu.blogspot.my/2017/03/nomini-seorang-exco-terima-rm448300.html?m=1

Anonymous said...

gila duit apa saja boleh buat tipu pun tipulah
semua puak terlibat
sama saja

Anonymous said...

exco tu huse muse ke??? patutlah huse muse marah mso semalam, mso up new tanpa cakap dengan huse yang membiayai.. mso dah diam bila orang tanya sekarang

Anonymous said...

Wah..... Selama ini puak roket dan barua-baruanya sibuk memfitnah parti Islam dan ulama Islam dan memusuhi agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

Allah Maha Berkuasa dan Maha Adil. Kejahatan, keburukan dan pendustaan puak puak roket dan barua-baruanya sedang terdedah sedikit demi sedikit !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails