Sunday, March 12, 2017

Penang Institute Sarang Penyebar Islam Liberal?


Penang Institute Sarang Penyebar Islam Liberal..

Apabila Bukan Islam Mengajar Umat Islam Berkenaan Maqasid Syariah


Menurut portal AIDCNews, Projek berjenama Islam yang dinamakan ‘Maqasid Syariah’ direstui Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Ia digerakkan oleh badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute dengan kerjasama dua badan liberal Islamic Renaissance Front (IRF) dan G25 Malaysia.

Penggeraknya, Zairil Khir Johari (Christopher Lim) yang merupakan Pengarah Eksekutif Penang Institute dan Dr Wong Chin Huat, Penganalisis Politik dan Sosial Penang Institute.
Zairil berkata mengapa Penang Institute bekerjasama dengan kumpulan moderate seperti G25 adalah untuk membawa idea-idea dan perbincangan yang lebih berfikiran terbuka mengenai Islam.

“Islam adalah agama keamanan dan sekarang ia dikaitkan dengan keganasan jadi kami perlu membawa pandangan yang berbeza mengenai Islam,” katanya kepada The Malay Mail.
zairil
zairil1
zairil2
Laman bangkit.info mempertikaikan kelayakan dan agenda bukan Islam seperti Dr Wong Chin Huat dan tokoh-tokoh liberal dalam mengupas berkenaan Maqasid Syariah kepada umat Islam di negara ini.

Maqasid asy-Syariah juga kerap dibincangkan oleh tokoh-tokoh bukan Islam, terutamanya Wong Chin Huat daripada Penang Institute, sebuah badan pemikir DAP. Namun apa yang lebih menghairankan ialah bagaimana seseorang yang tidak beragama Islam dan secara terbuka pernah menggelarkan diri sendiri sebagai ‘kafir’ di depan khalayak begitu terkedepan sekali membawa agenda ‘Maqasid asy-Syariah’?

Tambahan pula dia tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik yang ada kena mengena dengan Pengajian Islam untuk berbicara mengenai Maqasid asy-Syariah. Kita bimbang pemahaman salah beliau tentang konsep tersebut bakal membawa kepada kekeliruan yang lebih besar?

Persoalannya adakah pemegang ijazah PhD dalam bidang Sains Politik seperti beliau mempunyai agenda tersendiri untuk mempolitikkan ‘Maqasid As-Syariah’ semata-mata?

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Konvensyen Al-Islam Rahmatun Lil Alamin 2 dan pada satu forum Wong Chin Huat telah dilantik sebagai moderator.

Masalahnya dia telah dilihat cuba memaksa masuk naratifnya sendiri dengan lambakan soalan dan tambahan maklumat hanya kerana naratif selewengnya gagal diketengahkan. Sikapnya pada hari itu yang degil bertegas mahu mewar-warkan kefahaman mengenai perundangan syariah Islam versinya yang tersendiri adalah amat mencurigakan. Apakah niatnya yang sebenar?

Begitu juga kumpulan G25 yang aktif membincangkan mengenai Maqasid asy-Syariah sedangkan mereka bukanlah orang yang mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam bidang tersebut. Kejahilan mereka terserlah apabila salah seorang ahli G25, mendakwa kesalahan khalwat tidak perlu didakwa memandangkan kesalahan itu tidak lebih hanyalah sebagai ‘personal sin’ sahaja.

Pandangan itu mungkin disebabkan natijah pengaruh budaya dan kefahaman orang Barat memandangkan dia pernah bertugas sebagai Duta Malaysia di Belanda. Mungkin dalam keghairahan mereka yang kononnya cuba mengekang ‘creeping Islamization’, tanpa disedari mereka sebaliknya membawa ‘creeping westernization’ di dalam masyarakat negara ini.

wo1wo2wongwong1wong3



1 comment:

Anonymous said...

p://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-Bukti DAP Anti-Islam Semakin Viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails