"PENGANUT Islam yang peka terhadap hubungannya dengan aqidah, dan kaitannya dengan kepercayaan kepada Syariat Islamnya, serta akhlaknya terhadap anutannya, pasti merasa terpanggil tanpa bahas dan debat, apabila kedudukan Islam dihina atau direndahkan, lalu bangkit berusaha dan berjuang bagi meninggikan kedudukan Islam di setiap kemampuan, kedudukan dan mengambil setiap peluang."
Demikian kata Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, gerakan Islam Malaysia, melalui HARAKAHDAILY 9/3/2017 semalam.
Begitu juga kalangan yang berjati diri dengan moral, merasa risau dengan kegagalan undang-undang ciptaan manusia yang serba kelemahan, lalu bermuhasabah kembali kepada hukum Allah. Menurut beliau lagi.
Terhina Dengan Perlembagaan Malaysia.
Kecuali mereka yang hilang kemanisan iman dan akhlak luhur, menegakkan kepentingan dunia dan nikmatnya, terus memandang serong terhadap Syariat Allah dengan berbagai dalih. Kepada sesiapa sahaja yang bencikan kemungkaran selemah imannya, apabila membaca Perlembagaan Malaysia dan huraiannya dengan bahasa kebangsaan, walaupun dia tidak berilmu tinggi dalam ajaran agamanya, pasti merasa terhina apabila membaca kedudukan Islam di dalam Perlembagaan itu.
Prof Ahmad Ibrahim menegaskan dalam tulisannya: Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan, dalam ulasan beberapa muka surat, mafhumnya,

- “Perlunya Pindaan 355 bagi mengangkat kuasa Mahkamah Syariah yang sangat direndahkan kedudukannya, sehingga Mahkamah Tinggi Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret di daerah-daerah.”
Generasi terdahulu telah meminda sebanyak dua kali mengikut kemampuan mereka, namun mengangkatnya dalam keadaan masih rendah dan hina. Jelas Abdul Hadi lagi.
Dalam Tafsir Al-Manar melaporkan Fatwa Sheikh Muhammad Abduh R.A. kepada soalan Maulawi Noruddin Mufti Panjab India, betapa seseorang Islam boleh menjadi hakim dan apa-apa jawatan di bawah Kerajaan Penjajah Inggeris yang memaksa undang-undangnya menghukum rakyat dengan undang-undang ciptaannya.
"Tujuannya mengambil setiap peluang melaksanakan Syariat Islam sekadar kemampuan, walaupun hanya undang-undang keluarga dan meringankan bebanan kezaliman." Jelas Abdul Hadi.
Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Al-Qayyim yang menjadi rujukan penting golongan Wahabi juga memberi fatwa di zaman keganasan kaum Tartar supaya mengambil setiap peluang, bersama perjuangan menegakkan Syariat dan mempertahankannya, bukannya meninggalkan Syariat dan mendiamkannya, menyerah diri kepada musuh Islam kerana berlunak.

Oleh itu,
"RUU 355 adalah mencegah kemungkaran warisan penjajah terhadap Hukum Allah di zaman kita sudah merdeka secara berperingkat dengan wajib disokong dan didukung oleh penganut Islam dan bukan Islam yang peka berkenaan hak umat Islam dan tidak menghalang untuk melihat ruang Islam dilaksanakan walaupun pada kadarnya yang masih terhad.
"Kalau undang-undang ciptaan manusia daripada berbagai negara dan bangsa diizinkan untuk dilihat pelaksanaannya walaupun terus menerus gagal dan mendera rakyat, tanpa kejayaan mengurangkan jenayah termasuk yang paling berat, mengapa usaha kembali semula kepada Syariat Islam dihalang dan dihina?
"Hukuman seperti bunuh menggunakan tali gantung, mencekik dan menyeksa yang diamalkan sejak dahulu kala masih diamalkan sehingga kini di seluruh dunia. Adapun hukum Islam apabila menjatuhkan hukuman mati, Rasulullah S.A.W bersabda:

إن الله كتب الإحسان على كل شئ فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته . رواه مسلم.
- “Sesungguhnya Allah menetapkan pahala amal kepada tiap-tiap sesuatu (berlaku baik). Maka apabila kamu melakukan hukuman membunuh, lakukanlah secara yang baik dan apabila kamu menyembelih, lakukanlah juga secara yang baik. Tajamkankan pisau dan rehatkan binatang sembelihannya.”
"Begitu juga hukuman sebatan Syariat Islam berbeza dengan sebatan undang-undang manusia terkini, kerana hukuman sebatan Islam bersifat mendidik. Ada pun sebatan undang-undang ciptaan manusia lebih bersifat menyeksa bukannya mendidik.
"Rasulullah S.A.W bersabda apabila diberitahu bahawa penjenayah yang dihukum sebatan seratus sebatan kerana berzina itu seorang yang uzur dan lemah:
"RUU 355 hanya sebahagian daripada pelaksanaan sistem kehakiman dan membolehkan pelaksanaan hukuman sebahagian hukum Syariat di peringkat negeri. Juga untuk memberi ruang kepada masyarakat umum menyaksikan ruang diberi kepada undang-undang di bawah bidang kuasa negeri masing-masing.
"Malangnya kalangan bukan Islam mencampuri urusan umat Islam walaupun sudah dinyatakan sempadannya oleh Perlembagaan terhadap bukan Islam bahawa Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa dalam urusan bukan Islam. Lebih malang pula terdapat segelintir penganut Islam juga menentang. Adakah kerana kejahilan atau sengaja berdolak dalih terhadap Islam yang diketahui kedudukannya? Mungkin di belakang mereka dalang penjajah?
"Rasulullah S.A.W bersabda apabila diberitahu bahawa penjenayah yang dihukum sebatan seratus sebatan kerana berzina itu seorang yang uzur dan lemah:
- “Ambilah seberkas seratus ranting, pukulkan dia satu kali sahaja.”
"RUU 355 hanya sebahagian daripada pelaksanaan sistem kehakiman dan membolehkan pelaksanaan hukuman sebahagian hukum Syariat di peringkat negeri. Juga untuk memberi ruang kepada masyarakat umum menyaksikan ruang diberi kepada undang-undang di bawah bidang kuasa negeri masing-masing.
"Malangnya kalangan bukan Islam mencampuri urusan umat Islam walaupun sudah dinyatakan sempadannya oleh Perlembagaan terhadap bukan Islam bahawa Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa dalam urusan bukan Islam. Lebih malang pula terdapat segelintir penganut Islam juga menentang. Adakah kerana kejahilan atau sengaja berdolak dalih terhadap Islam yang diketahui kedudukannya? Mungkin di belakang mereka dalang penjajah?
"Mereka yang menentang itu memang menyedari hukuman yang terlalu ringan terhadap penjenayah Syariah pada hari ini tidak mendidik dan tidak mencapai hikmahnya yang sebenar, tidak mampu menunjukkan kehebatan Syariat Islam. Inilah kehendak penjajah dahulu dan barangkali inilah sebenarnya perjuangan mereka bagi meneruskan kehendak penjajah itu." Jelas Abdul Hadi lagi.
Kepada penganut Islam
Kepada penganut Islam
Kepada penganut Islam beliau menyarankan, bacalah peringatan Allah:
وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَمُهَيۡمِنًا عَلَيۡهِۖ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ لِكُلّٖ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةٗ وَمِنۡهَاجٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَلَٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِي مَآ ءَاتَىٰكُمۡۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ ٤٨ وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ ٤٩ أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ ٥٠ المائدة .
- 48. Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
- 49. Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
- 50. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.(Al-Ma’idah: 48-50)
Para ulama Siyasah Syariyyah menyebut peranan kerajaan atau pemerintah mencegah kemungkaran dalam perkara yang tidak ada nas di dalam Al-Quran juga mendukung pelaksanaan Hukum Al-Quran:
الله يزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن
(الطرق الحكمية ابن القيم )
(الطرق الحكمية ابن القيم )
- “Allah (memerintah) mencegah dengan kuasa pemerintah dalam apa-apa yang (tidak disebut) cegahannya dengan nas Al Quran.” (kitab At-Turuq Al Hukmiyyah – Ibn Al Qayyim)
Saya mengingatkan mereka yang menentang RUU 355 dengan amaran Allah:
ٱلَّذِينَ يَسۡتَحِبُّونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا عَلَى ٱلۡأٓخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَهَا عِوَجًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ فِي ضَلَٰلِۢ بَعِيدٖ ٣ إبراهيم .
- Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.(Ibrahim: 3)
Bagi penganut Islam bukan sahaja mempelajari ilmu agama, hendaklah juga bertafaquh (memahaminya), kerana sabda Rasulullah S.A.W:
مَنْ يُرِدِ اللّهُ بِهِ خَيْراً يُفَقّهْهُ فِي الدّينِ. وَإِنّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَيُعْطِي اللّهُ"
(متفق عليه)
(متفق عليه)
- Sesiapa yang Allah kehendaki yang terbaik kepadanya, maka dijadikannya memahami dalam perkara agama Islam. Aku yang membahagi Allah sahaja yang memberi kurnia.
Betapa perlunya berilmu dan bertafaquh (faham) sehingga Rasulullah S.A.W bersabda:
خِيَارُهُمْ في الجَاهِليَّةِ خِيَارُهُمْ في الإِسْلامِ إِذَا فقُهُوا. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
- Mereka yang terbaik (akhlak dan pengetahuannya) di masa jahiliyyah, menjadi terbaik juga apabila bersama Islam sekiranya memahami agama.
Maka Rasulullah S.A.W menerima segala sifat mulia di kalangan jahiliyyah sehingga mengenangkan mereka yang tidak sempat bersama Islam. Rasulullah S.A.W juga menerima ilmu dunia yang bermanfaat yang datang daripada kalangan bukan Islam.
Malangnya ada mereka yang jahil murakkab atau bersifat takabur dengan sedikit ilmunya, menutup pintu kepada Islam. Kononnya berniat baik. Janganlah termasuk kalangan mereka, Allah mendedahkan niat mereka:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ ١١ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ ١٢ البقرة.
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ ١١ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ ١٢ البقرة.
- 11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.
- 12. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.(Al-Baqarah: 11-12)
Kepada ahli PAS, ingatlah! Bahawa kemenangan di akhirat hanya bersama Islam walaupun siapa membawanya wajib disokong. Menang pilihan raya sahaja tanpa menang di akhirat jawapannya kosong. Tujuan kita menang kedua-duanya, namun kemenangan akhirat tetap menjadi pilihan.
“Inilah Penyelesaian Kita”
Demikian taklimat dari Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang. Amin..
(IH)
Demikian taklimat dari Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang. Amin..
(IH)
PERHATIAN:
No comments:
Post a Comment