Thursday, March 09, 2017

Sah Kerjasama Manchester United Dengan LGBT!


SUKAN

LONDON – Kelab gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United menandatangai memorandum persefahaman dan kerjasama dengan pergerakan hak Lesbian, Gay Bisexual dan Transgender (LGBT), Stonewall.

Perkara tersebut disahkan menerusi laman Twitter kelab itu hari ini yang mengatakan ia sebagai langkah pertama untuk memberikan tanda sokongan kelab di bawah pimpinan Jose Mourinho kepada badan pro-homoseksual.
Manchester United Sah Bekerjasama Dengan LGBT!
Menurut laman ManchesterUnited.com, kerjasama itu juga sebagai langkah untuk membasmi mentaliti buruk masyarakat di Britain terutamanya peminat bola sepak mengenai gerakan LGBT.
Hal ini kerana, kebanyakan peminat bola sepak di England tidak mengiktiraf kewujudan golongan tersebut.
Difahamkan, Manchester United menerusi stadiumnya di Old Trafford bakal menjadi tuan rumah kepada kempen Rainbow Laces Summit. Ia merupakan sidang mengenai LGBT yang akan diadakan pada 15 Mei nanti.
Manchester United Sah Bekerjasama Dengan LGBT!
Warna pelangi yang sinonim dengan gerakan LGBT pernah menjadi perhatian apabila semua pemain di Liga Premier memakai tali kasut berwarna pelangi pada kasut bola.
Bagi kapten pasukan pula, mereka bakal memakai lilitan lengan berwarna pelangi sebagai tanda yang menunjukkan sokongan kuat terhadap gerakan terkutuk ini.
Tujuan Manchester United menjalinkan kerjasama dengan pihak Stonewall adalah kerana organisasi tersebut merasakan kelab berkenaan mempunyai sokongan yang ramai.
Malah, Manchester United juga berasa bangga menjadi kelab pertama di United Kingdom yang menjalinkan kerjasama dengan gerakan itu.
“Dengan sokongan yang cukup ramai di seluruh dunia sebanyak 659 juta orang, kami yakin usaha antara Manchester United dan Stonewall dapat dicapai seluruh penyokong kami di seluruh dunia.
“Adalah penting kerjasama ini dilakukan kerana ia bukan tanda yang kami di Manchester United menerima kehadiran golongan LGBT. Tetapi dalam masa yang sama ia membawa perubahan kepada perspektif masyarakat mengenai golongan ini.
“Hal ini kerana mereka mahu menyertai sukan sama seperti orang lain tidak kisahlah sebagai pemain atau penyokong,” kata Pengarah Urusan Manchester United Group, Richard Arnold.
Manchester United juga sebenarnya sedang menjalankan sebuah kempen yang dipanggil #AllRedAllEqual.
Ia merupakan kempen untuk menyampaikan kesedaran di mana semua peminat Manchester United dilayan sama rata oleh kelab, tidak kira mereka LGBT atau tidak.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Stonewall, Ruth Hunt berkata sokongan Manchester United kepada LGBT akan membuka peluang kepada jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia untuk merasai sendiri diri mereka adalah dialu-alukan. 
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.


No comments:

Post a Comment