Wednesday, March 08, 2017

Solat Jumaat.. Bangga YDP Agung Saya Begini.. -Ibnu Hasyim


agong


Muqaddimah
KL:  October 14, 2016 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mulai 13 Disember 2016 untuk tempoh 5 tahun, dalam satu pengumuman selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas ke-243 di Istana Negara, hari ini.

Sementara itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong mulai 13 Disember 2016 bagi tempoh 5 tahun. Tengku Muhammad Faris Petra, 47, putera sulung Sultan Ismail Petra sebelum ini dilantik sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 2011.

Perkhidmatan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong yang berkuat kuasa bermula 13 Disember 2011 lalu akan berakhir pada 12 Disember ini. Mesyuarat yang berlangsung selama sejam itu dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Selain Raja Perlis, mesyuarat itu turut dihadiri Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Muhammad V mempunyai 3 adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin Aishah Putri, 27. Baginda menggunakan gelaran Sultan Muhammad V selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Sultan Muhammad V ialah Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan gemar membaca, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak. Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda juga Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) dan turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Pemilihan Sultan Perak Nazrin Shah, 60, sebagai timbalan agong pula amat bertepatan dengan latar belakang pendidikan yang hebat. 

Kisah Agung Solat Jumaat.

Diangkat dari blog 'CELAH GELEGAR' Friday, December 16, 2016

VIDEO, 15 GAMBAR: YDP Agong ke-15 SOLAT Jumaat di Masjid Negara Hari Ini, Sejuk Mata Memandang.

Sultan Muhammad V yang baharu melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 Selasa lalu, hari ini berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara. Ia diimamkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut bertindak sebagai khatib.

Turut menyertai Sultan Muhammad V menunaikan solat ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta kira-kira 10,000 jemaah yang lain.





13 comments:

wijaya kezumaDecember 16, 2016 at 8:33 PM
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
  1. 1) Sejak Sultan Muhammad ke-5, ramai orang puji macam-macam. Islamik, bagus, disayangi dan sebagainya. OK lah. Tapi jangan terlalu mengagung sangat kebagusan beliau. Saya yakin dia pun tak suka jika anda semua puji lebih-lebih. Sampai dia pakai selipar getah pun orang puji. Apehal.


    2) Kita tahu rakyat Kelantan sayangkan beliau. Tapi sekarang beliau sudah menjadi YDP Agong. Jadikan rakyat Malaysia juga sayangkan beliau, bukan bikin orang lain menyampah kepada beliau akibat daripada sikap anda sendiri yang lebih-lebih memuji.



    3) Pujian lebih-lebih akan mendatangkan banyak keburukan jangka masa panjang. Cukup sekadar kita bersyukur ada YDP Agong yang baik. Kuasa beliau pun tak menyeluruh untuk mengawal segala benda. Ada had. Malah pemerintahannya hanya dalam tempoh lima tahun.



    4) Jika kita bersyukur dengan nikmat adanya YDP Agong yang baik seperti beliau, inshaAllah next agong juga akan baik. Mungkin akan jadi lebih baik. Bukanlah Allah sudah kata jika kamu bersyukur, akan Kami tambah lagi nikmat itu?



    5) Memuji secara berlebih memungkinkan cerita tokok tambah sehingga mendewakan kebaikan beliau, menyebabkan rakyat negeri lain meyampah secara tidak sedar, malah mesti diingat, kumpulan ultra liberal pasti menangguk di air keruh. Mereka ini bukan suka sangat dengan imej Islamisasi. Buka minda. Jangan merepek bukan-bukan.



    6) Pakai selipar getah pun anda kecoh. Solat subuh berjamaah pun anda kecoh. Lepak dengan rakyat jelata pun anda kecoh. Ya, kita faham anda bangga. Tapi bersederhana. Beliau bukan maksum. Bukan dewa. Jangan pujian anda merosakkan beliau samada diri beliau ataupun persepsi terhadap beliau.



    7) Untuk tempoh lima tahun ini, biar seluruh rakyat Malaysia rasa bangga dengan YDP Agong. Bukan budak-budak Kelantan sahaja yang bangga. Methodnya, anda sendiri lah fikir. Beliau adalah Agong Malaysia. Biar semua lapisan masyarakat bangga, tanpa mengira latar belakang kenegerian, bangsa dan agama.



    Sekian
    Reply

    Replies







    1. aku tak rasa YDP Agong dipuji2 berlebihan, cuma rakyat teruja dapat YDP Agong seperti Sultan Muhammad V, kalau menteri cabuk umno boleh jd mcm tuanku pon dah cukup bagus, apatah lagi sorang sultan dan agong.


      Cuma kita ni yang tada apa pangkat, tak boleh buat mcm tuanku, tu yg kita pon jadi cemburu dan terus menuduh pakai selipar tu perkara kecil. kalau ko tahu perangai rosmah dan najib dan menteri2 umno ko akan respect sangat2 dgn YDP Agong ke15 ni
    2. Sultan lain mana yg baik mcm Tuanku, semua hidup mewah, itu ko jeles.


      YDP Agong yg baik pon ko nak jeles nape? orang mcm ko ni penjilat Najib je sesuai.
    3. MEMANG BABI LAH KO NI, JAHAT SANGAT2, KO NI KAFIR KE MUSLIM, KO NI DAH HINA SULTAN AKU TAU TAK,CELAKA KO
    4. Saya bkn org kelantan. Sikap YDA boleh dijadikan contoh. Betul 5 tahun je.. tp dia tetap sultan. bkn 5 tahun diundi. X salah ambil teladan... bkn kita memuja tp sekadar contoh n bangga ada pemimpin mcm YDP.

  2. aku perasan ramai yg cemburu dengan perwatakan Sultan Muhammad V sebab sultan kitaorang tak ada yg baik mcm YDP Agong 15


    Sultan kitaorag semua ............(tulis sendiri)
    Reply
  3. KEWARAKAN YANG DIPERTUAN AGONG 15 SEBENARNYA TELAH MERENDAHKAN MARTABAR SULTAN2 LAIN, JADI KITA FAHAM MEREKA RASA TIDAK SELESA SBB RASA LEBIH JAHIL


    YANG PALING TERASA ADALAH ORANG MCM KITA SEMUA, YG PANGKAT PON TADA TAPI SOLAT SUBUH BERJEMAAH PON TAK PERNAH, TU YG TERASA TU



    AKU FAHAM LAH KO TU JELES
    Reply

    Replies







    1. Rasanya bab solat subuh yng jeles sgt tu..

  4. daripada aku dok upload gambar pemimpin politik bangang dan penyamun, lebih baik aku up gambar Tuanku, aku juga bukan orang kelantan, aku orang Johor tapi aku bangga Yang di-pertuan Agong ke15 seorang yg warak
    Reply
  5. Udah..udah...jangan gadoh. Org buat baik pun nak gaduh, org buat tak perduli kat korang pun korang gaduh, korang je yg bagus sampai org lain buat baik korang komen negatif. padan muka korang bila ada pemimpin yg songlap duit rakyat masuk akaun peribadi.
    Reply
  6. anak tiri najib songlap bilion ringgit korang tak jeles pulak, pelik aku, orang jahat ni rupanya benci tengok orang warak tapi seronok sama2 geng jahat
    Reply
  7. DYMM YDP Agong pakai sempoi dan simple je, tak payah bersampin, berprotokol bagai. 
    Walau pakai jubah tak sedikit pun menjatuhkan kedudukan baginda sebagai DYMM YDP Agong.
    Malah kita semua tahu memakai jubah memang sunnah Rasulullah saw. Ada ganjaran pahala bonus di situ.
    Tak payah nak berstyle bagai sebab cantiknya pakaian belum tentu cantiknya iman.
    Daulat Tuanku.

    Reply
Syukur kepada Allah diatas taufik dan hidayahNya
Reply

Al-hamdulillah, akan bersmbung insya Allah.. 

Lihat sebelum ini..
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

3 comments:

Anonymous said...

melayu hari ini sedang melindungi harga diri yang sudah merundum ke paras paling rendah ... usaha di tumpukan untuk mencari dan menampilkan kegahan, kehebatan, glemor yang artifisal...melayu bangga dengan orang bangsawannya di salut emas bertatahkan intan berlian, beristana besar tersergam, berkenderaan yang paling mahal didunia, bangga bila pemimpinnya memilik jet peribadi sendiri, bercuti diluar negara ke tempat-tempat yang hebat, duduk dihotel yang mahal-mahal dengan bayaran ratusan ribu RM semalaman, berbelanja di pusat belibelah kenamaan dunia ...... walaupun ia mengguakan duit kerajaan iaitu duit rakyat jelata....

Anonymous said...

Saya amat menghormati dan mencintai Sultan Kelantan Sultan Muhammad V kerana baginda adalah sultan berjiwa rakyat dan berakhlak mulia dan cintakan Allah dan RasulNya maka rakyat di seluruh negara amat mencintai dan menghormati baginda. Kita berharap semua pemimpin akan mencontohi akhlak dan kebaikan baginda.

Jika terdapat segolongan manusia yang mempertikai kebaikan baginda sebagai sultan dan Yang DiPertuan Agong, manusia-manusia tersebut mempunyai masalah mental dan mereka perlu mendapatkan rawatan segera !

Anonymous said...

pekara pelik dan ajaib diakhir zaman ORANG ISLAM DAN BERIMAN SOLAT raja ke sultan ka sapasapa ke dah nama islam dan beriman wajib lah solat cuba jangan dibesarkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails