Fatma Betul Sayan Kaya.
ANKARA: Pihak berkuasa Turki menutup Kedutaan Belanda dan konsulatnya, kata sumber Kementerian Luar Turki semalam, ketika pertikaian antara dua negara berhubung kempennya di Eropah, memuncak.
Turki juga menutup kediaman Duta Belanda, wakil diplomatik dan ketua konsul ketika ketegangan antara rakan kongsi NATO itu memuncak selepas kerajaan Belanda melarang Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu daripada terbang ke Rotterdam.
Terdahulu, NOS News melaporkan, Menteri Keluarga Turki Fatma Betul Sayan Kaya dihalang polis Belanda daripada memasuki konsulatnya di Rotterdam.
Lapor Reuters.
Semenara itu, di Rotterdam, Menteri Keluarga Turki, Fatma Betul Sayan Kaya dilapor telah ditahan pihak berkuasa Belanda dan diisytiharkan sebagai 'individu tidak dikehendaki'.
Fatma ditahan bagi menghalang beliau daripada melakukan demonstrasi sebagai tanda solidariti terhadap Presiden Turki Tayyip Erdogan di Rotterdam.
Penahanan Fatma sekali gus mengeruhkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Fatma berlepas ke Belanda dari Jerman dengan menaiki kereta selepas Menteri Luar Turki tidak dibenarkan memasuki negara itu pada Sabtu. Menurut stesen TV Belanda, Fatma akan diiringi polis negara itu ke sempadan Jerman.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas Turki! Terus pertahankan hak kamu!
PENDUDUK Turki di Belanda mengibarkan bendera ketika berarak di luar Konsulat Turki di Rotterdam. - Foto AFP
POLIS anti rusuhan Belanda mengadakan kawalan di konsulat Turki di Rotterdam. - Foto AP
PERHATIAN:
No comments:
Post a Comment