LANGKAWI – Kira-kira 400 pengusaha teksi hari ini mengadakan demonstrasi membantah keras kemasukkan perkhidmatan ‘e-hailing’, Uber dan Grabcar ke pulau peranginan ini.
Demonstrasi selama sejam di Laman Marmar Langkawi di sini diketuai Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Teksi Langkawi, Ramli Ahmad dan Pengerusi Pertubuhan Teksi Malaysia Cawangan Langkawi, Saad Mahmud.
Ditemui media semasa demonstrasi itu, Ramli berkata kedua-dua persatuan turut menghantar memorandum bantahan kepada beberapa pihak berwajib termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan wakil rakyat di Langkawi.
“Persatuan-persatuan ini mewakili lebih 1,200 pengusaha teksi di Langkawi… janganlah cuba nak masukkan pasir dalam periuk nasi kami (dengan memperkenalkan Uber dan Grabcar di Langkawi),” katanya.
Sementara itu, Saad pula mendakwa perkhidmatan Uber dan Grabcar merupakan satu agenda asing yang dibawa masuk untuk mengganggu gugat perkhidmatan teksi yang beroperasi dalam keadaan harmoni di Langkawi selama ini. – BERNAMA
Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.
klik di sini....
Macam ni saja. Buat servey kepuas hatian pelanggan. Tgk adakah pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan teksi sedia ada atau tidak. Jika merrka puas hati maka elok saja kekalkan atau tambah baik sistem seperti buat aplikasi teksi utk langkawi area bagi memudahkan pelanggan mendapatkn khidmat teksi. Kalau pelangan xpuas hati maka elok perkenalkan uber atau grab car... Sbb persaingn dalam bisnes bleh meningktkn kualiti perkhidmatan...pasal tabur pasirbdlm periuk tu xtimbul rezeki Allah dah tetapkn masing2. Bukannya uber n grab car monopoli bisnes ni dgn cara xbetul atau mengunakan undang2 utk membolehkn dia saja yg pegang kuaa monopoli.
ReplyDelete