HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA – Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan, Mohammad Azri Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua belah tangan kanak-kanak itu ke dalam air panas pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Mohammad Azri, 30, yang juga suami kepada bekas juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.
Mengikut pertuduhan, Mohammad Azri yang kini membantu ibunya berniaga didakwa melakukan penganiayaan terhadap anak tiri perempuannya yang kini berumur 10 tahun dengan cara mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas. (Kosmo!)
INFO
1 comment:
Kesian melihat manusia jahil memuja dan memuji artis-artis yang melakukan kemungkaran dan kesesatan tanpa merasa malu dan segan.
Mereka lupa Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebaik-baik role model untuk diikuti.
Post a Comment