Sunday, April 02, 2017

Azmin, Bersiaplah! Turun Kerusi MB Lepas PRU14. -Kajian ZIL




BANGI, 1 Rejab 1438H, Rabu – Azmin Ali bakal kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Demikian hasil kajian yang dijalankan Zaaba Institute for Leadership (ZIL) terhadap 3,000 pengundi di lima kawasan di negeri itu baru-baru ini.


Lima kawasan tersebut meliputi Gombak, Shah Alam, Selayang, Ampang dan Hulu Langat.

Ketua Pegawai Eksekutif ZIL, Dr Ali Boerhanudin berkata, kaji selidik itu bertujuan mengenalpasti kecenderungan pengundi Melayu terhadap parti yang akan dipilih pada PRU14 serta mengetahui isu yang memberi kesan terhadap pengundian tersebut.

Beliau memberitahu bahawa kaji selidik itu dibuat bermula Oktober sehingga Disember 2016.

“Hasil soal selidik, apabila ditanya jika esok adalah pilihan raya, parti manakah yang anda akan undi, sebanyak 24.4 peratus responden berkata akan mengundi PAS, 9.3 peratus akan mengundi UMNO, 5.4 peratus akan mengundi BERSATU dan hanya 5.6 peratus akan mengundi pakatan harapan. Manakala bakinya “masih atas pagar”.

“5.6 peratus adalah undi kepada pakatan harapan, yakni bercampur antara DAP, PKR dan PAN. Jika diasingkan PKR sahaja, mungkin peratus itu akan semakin berkurangan. Kami asingkan antara pakatan harapan dan BERSATU kerana senario pada waktu itu mereka belum bergabung,” katanya.

Mengulas mengenai respon pengundi Melayu di kawasan kerusi Azmin Ali sekarang, iaitu Parlimen Gombak, Dr Ali berkata, hasil tinjauan menunjukkan 26 peratus akan mengundi untuk PAS, 9 peratus untuk UMNO, 9 peratus untuk pakatan harapan, 4 peratus untuk BERSATU manakala bakinya “di atas pagar”.

Dr Ali berkata, hasil dapatan kajian itu berkemungkinan berkait rapat dengan pengundi Melayu yang mahukan parti yang lebih berperanan dalam memartabatkan Islam.

“Antara 16 isu yang ditanya pada pengundi, yang manakah paling perlu diberikan perhatian oleh parti yang memerintah, isu ‘memartabatkan Islam dan memelihara kesuciannya’ menduduki tangga ke-3 selepas ‘turunkan kos sara hidup’ dan ‘basmi rasuah dengan berkesan’.

“Ini menunjukkan agama masih menjadi soal utama pada pengundi Melayu dan parti-parti yang bertanding harus memberi perhatian yang serius ke arah itu,” jelasnya.

11 comments:

Anonymous said...

Tidak pernah menjadi sebarang kesalahan di mana-mana tempat pun di atas muka bumi ini jika sesiapa hendak berangan-angan.

Anonymous said...

Isu cina nak buat jirat cina besar2an kat kawasan Melayu Puncak Alam apa cerita!!!! Bodoh punya MB!!!!!!

Anonymous said...

Saya, isteri dan anak insyallah undi pas switch from previously umno sebab keengganan Najib membentangkan RUU355. Alasan bodoh Najib sebab CONCENCUS dengan MIC MCA, bodoh apa Najib ni takkan nak upgrade rumah sendiri kena dapat approval dari kapir latnatullah...

mahligaiseni said...

Bagus ada kajian ini. Maka itu, MB Selangor PKR, DAP, Amanah, dan Bersatu perlu bersiap sedia memastikan mereka tidak ditolak oleh pengundi. Ambil positif akan dapatan kajian ini. Jangan gentar, sebaliknya teruskan kerja keras anda. Jangan memaki hamun pihak yang membuat kajian sebaliknya berterima kasihlah kepada mereka. Wassalam.

Anonymous said...

Key untuk PH menang adalah pengundi PAS, tiada PAS, PH tak kemana sebab MP2 PH adalah MP2 yg kecewa dan kecundang from their previous parties... Senario kini jauh berubah dari zaman peliwat dahulu... just my 2 cents idea dan pandangan only...

Anonymous said...

Key untuk PH menang adalah pengundi PAS, tiada PAS, PH tak kemana sebab MP2 PH adalah MP2 yg kecewa dan kecundang from their previous parties... Senario kini jauh berubah dari zaman peliwat dahulu... just my 2 cents idea dan pandangan only...

Anonymous said...

Berangan itu free..jaga2 kelantan tu ye parti lebai jual agama 90juta..

Anonymous said...

Berangan tu free. Tapi kalau usaha boleh menghampiri juga. Tapi kalau PH.. cuma mimpi... buat kot manapun tak kan ke mana hik3 ....

Anonymous said...

KUN FA YA KUN..utk org2 Islam yg beriman.

Asalkan tak peralat Islam dan jual agama utk kepentingan politik. Allah laknat puak2 spt ni.

IrWrWs said...

PAS tak perlu berangan.. kita tgk contoh keputusan Sg Besar dan Kuala Kangsar pun dah tahu sokongan org Melayu kpd PAS berbanding PAN.. terkincit PAN ni tanpa undi Cina. Sebab tu Cina kafir boleh jadi ketua belek fatwa utk org Islam Malaysia mcm di Penang jika PH memerintah Malaysia nanti..

Anonymous said...

PAS parti tua bangka dah 65thn kalah dgn undi Amanah di Sg Besar dan KK. Cakap besar habuk pun tarak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails