Wednesday, April 05, 2017

Cium Mulut Ala Gay, Trend Baru Sukan, Virus Burukkah?


sukan

SUKAN

TINDAKAN dua pemain bola tampar lelaki dari pasukan Jepun ini yang bercium mulut sewaktu di tengah gelanggang telah mendapat perhatian ramai. Ia dianggap pelik dan seolah-olah kedua-duanya adalah pasangan gay.

Ketika itu berlangsung perlawanan antara pasukan mereka Toyoda dan Sun Yamagata.
Disebabkan ketegangan yang berlaku, kedua-duanya iaitu Takuya Takamatsu dan Yu Yamamoto telah bergaduh dan saling menyalahkan satu sama lain.
Takuya dan Yu bertekak selama beberapa saat sebelum ia berakhir dengan ciuman di bibir. Ciuman itu kemudiannya memecahkan ketegangan dan Yu kembali semula ke kedudukannya dalam gelanggang.
Selepas perlawanan berakhir, Takuya memberitahu dia sayangkan Yu seperti adik sendiri. Aksi berkenaan telah menerima reaksi positif daripada peminat dan mereka digelar sebagai ahli sukan yang terbaik sepanjang masa. 
Lapor MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah ini trend baru yang sihat dalam dunia sukan? Atau sebagai muqaddimah ke arah perlakuan gay, homoseks dan sejenis dengannya? Awas sebelum virusnya menjadi parah di negara ini!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails