Thursday, April 06, 2017

‘Find my iPhone’ Boleh Cari Teman Wanita Dirogol..


JOM KREATIF

SEORANG lelaki di Singapura berjaya mengesan teman wanitanya yang didakwa dirogol dengan menggunakan aplikasi carian lokasi ‘Find my iPhone’ selepas wanita itu tidak balas mesej lelaki itu.

Menurut media tempatan, Mahkamah Tinggi di Singapura mendengar kes pada Khamis di mana seorang lelaki berjaya mengenal pasti lokasi teman wanitanya dengan menggunakan aplikasi berkenaan.
Dengan mengunakan aplikasi ‘Find my iPhone’ untuk mengesan teman wanitanya itu selepas wanita tersebut berhenti membalas mesej ketika dia berhibur bersama rakan sekerjanya di sebuah kelab malam.
Aplikasi itu asalnya ditawarkan Apple sebagai usaha membantu pengguna untuk mendapatkan  kembali sebarang peranti iOS yang hilang. Ia berfungsi melalui pengguna akaun Apple Id yang secara automatik didaftar ke iCloud
Berbalik kepada kes tersebut, lelaki itu memberitahu pihak mahkamah bahawa dia berjaya menemui wanita itu dalam keadaan pengsan, berbaring di atas tilam dengan lelaki lain di Hume Height.
Suspek terbabit yang berusia 40 tahun, kini dalam perbicaraan atas tuduhan melarikan dan merogol wanita pada 24 Julai 2014 lalu. 

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails