Monday, April 10, 2017

Fitnah PAS, Biawak Hidup. Siapa? Menurut Tuan Ibrahim.



Berdasarkan sikap dua parti pembangkang di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, PAS menegaskan - sekali lagi - bahawa mereka tidak akan menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).
Dalam kenyataannya hari ini Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata insiden di parlimen itu juga membuktikan dua parti pembangkang - DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) - umpama biawak hidup.

"Episod RUU355 juga membuktikan perumpamaan yang digunakan residen PAS (adalah) betul, di mana kedua-dua belah (parti) ibarat biawak hidup. Di satu (pihak) tidak berani membawa, dan satu (pihak lagi) bukan saja menentang, bahkan hak PAS untuk membentangkan RUU355 melalui saluran demokrasi yang sah pun cuba dihalang," katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian merujuk kepada usaha PAS membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 135 - atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.















Usul itu akhirnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 April lalu.
Ia kemudian isokong oleh Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan. Beliau juga adalah setiausaha agung PAS.

Bagaimanapun pembangkang lain - kecuali PAS - tidak berpuas hati kerana sidang itu ditangguhkan selepas Takyuddin selesai menyampaikan ucapan sokongannya. Sidang Dewan Rakyat dijangka akan disambug semula 24 Julai ini.

Kata Tuan Ibrahim, keputusan PAS untuk tidak menyertai HARAPAN adalah tepat berikutan sikap DAP dan AMANAH yang menentang agenda Islam dibawa PAS, termasuk berkaitan rang undang-undang Akta 355 (RUU355).

Kini kata bekas pensyarah itu, penentang PAS cuba mengalihkan perhatian dengan mengaitkan parti itu dengan pelbagai tuduhan.

"Mereka yang kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang presiden PAS dan setiausaha agung PAS di parlimen cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan pada PAS tanpa seurat bukti dan juga bermain saraf untuk melagakan pimpinan PAS," katanya.

Namun, kata Tuan Ibrahim lagi, "strategi lapuk" itu tidak akan berjaya kerana PAS yang ada hari ini telah menjadi lebih matang dan kukuh ekoran perpecahan pada 2015.

"Kepada yang membuat tuduhan, laporlah kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tindakan dapat diambil terhadap PAS sekiranya ada. PAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
"PAS akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ketiga," katanya. (TKO)

2 comments:

  1. PAS dari dulu mmg terkenal dgn nama parti menabur fitnah..lama betul PAS nak berambus dari kerajaan rakyat PH di Selangor yg ada kerjasama PKR, DAP dan Amanah.

    PAS jd biawak hidup di Selangor. Walaun2 kesipuan.

    ReplyDelete
  2. Biawak-biawak ternakan DA-Pig seperti biawak 8:44 AM yang dipimpin oleh biawak komodo roket kafir harbi dari dulu memang terkenal dengan nama Pakatun Haprak yang suka mencipta dan menyebarkan fitnah untuk menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Komen-komen yang ditulis oleh biawak-biawak Pakatun Haprak dalam website ini penuh dengan fitnah dan kebencian terhadap ajaran Islam dan ulama Islam. Biawak-biawak ini melakukan penudstaan kerana upah seguni dedak babi cap roket !

    Maka jelaslah biawak-biawak ini adalah makhluk yang amat hina, keji dan tidak bermoral.

    ReplyDelete