Tuesday, April 04, 2017

Kisah Sebuah Kampung Di Hong Kong Akan Dirobohkan.. Di P.Pg?

 KAWASAN luar bandar di Hong Kong akan dirobohkan untuk projek pembangunan seperti perumahan awam.

TINGGAL di sebuah perkampungan yang sederhana di barat laut Hong Kong, kawasan rumah yang didiami oleh Ko Oi Sum dikelilingi pokok-pokok teh yang ditanam oleh mendiang ibunya.
Dia akan memetik dan mengeringkan daun teh itu untuk kegunaan sendiri jika ada kelapangan. Begitupun, Oi Sum dan masyarakat di perkampungan itu berdepan ancaman pengusiran.
Mereka telah diberi notis pengusiran oleh pemerintah dan perlu meninggalkan kawasan tersebut menjelang tahun 2018 bagi memberi laluan kepada projek pembangunan perumahan baharu.
Sesetengah ahli politik berkata, amat wajar pembangunan berkembang ke bahagian yang kurang penduduk dengan rumah mampu milik sukar untuk ditemui di kawasan yang padat serta kadar sewanya amat tinggi.
Kebanyakan wilayah di luar hab bandar utama adalah hutan, tanah ladang dan penempatan luar bandar.
Namun, pengkritik berkata, pendekatan yang diambil oleh kerajaan itu akan menguntungkan pemaju swasta dan golongan elit dalam masa sama mengorbankan hak orang awam.
 Hong Kong antara negara yang mempunyai nilai hartanah yang tinggi.
Roboh
Sebulan selepas keluarganya menerima notis pengusiran itu, ibu Oi Sum mengalami strok dan kemudiannya meninggal dunia setahun kemudian iaitu pada Disember lalu.
“Emosi ibu tidak bersedia untuk menerima notis itu.
“Dia tidak mahu hidup dalam perumahan awam di bangunan yang tinggi. Dia meletakkan hatinya di sini,” kata Oi Sum.
Oi Sum hidup dalam kelompok tiga buah kampung yang dikenali sebagai Wang Chau dan terdapat lebih 100 isi rumah di kawasan itu. Kampung-kampung di kawasan itu akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan 4,000 unit perumahan awam.
Beberapa penduduk telah tinggal lama di situ selepas ibu bapa mereka datang dari tanah besar China sekitar tahun 1950-an. Walaupun kebanyakan penduduk membina rumah sendiri, mereka masih menyewa tanah daripada individu tertentu.
Penduduk kampung percaya, pampasan yang dibayar kerajaan akan menjadi milik pemilik tanah dan bukannya kepada pemilik rumah. Pada masa sama, kerajaan telah berjanji akan membuat bayaran kepada beberapa penduduk kampung.
Namun, mereka enggan berunding mengenai projek itu.
“Asal usul saya di sini,” kata seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Lam.
Pemerintah Hong Kong berkata, penempatan semula tidak dapat dielakkan dan mereka akan menyediakan wang tunai atau rumah yang sesuai kepada penduduk.
Bagaimanapun, penduduk kampung menyalahkan pihak berkuasa tempatan dan di Wang Chau kini dipenuhi dengan sepanduk perbuatan rasuah.
Pemerintah mempertahankan langkah yang diambil itu dan mereka berkata, ia memerlukan lebih banyak masa untuk memikirkan cara untuk membangunkan kawasan tersebut yang mungkin boleh menghasilkan lebih 13,000 unit rumah pangsa.
Dalam pada itu, penggubal undang-undang Eddie Chu mempertikaikan tentang dasar perumahan di Hong Kong yang lebih mencerminkan kepentingan diri dan organisasi. Dia bersatu menyokong orang awam tentang isu pembangunan semula kawasan luar bandar itu.
Dia berkata, sistem yang digunakan agak kabur dan pemaju-pemaju menggunakan pengaruh luar yang lebih besar dalam rancangan pembangunan kawasan itu.
“Pemerintah hanya melakukan rundingan secara diam-diam dengan pemimpin luar bandar manakala mereka tinggal di sini diketepikan hak dan dihalau keluar seperti sampah,” kata seorang penduduk, Lo Kuen ketika bercakap di Parlimen, November lalu.
Wang Chau bukan satu-satunya kawasan luar bandar yang terdedah kepada ancaman pembangunan.
Bantahan
Satu lagi cadangan memajukan kawasan di bahagian timur laut Hong Kong juga telah mencetuskan bantahan yang melibatkan ribuan penunjuk perasaan memenuhi bangunan Parlimen negara itu.
Rancangan itu akan menjejaskan lebih 6,000 penduduk kampung termasuk bangunan dan rumah pangsa di kawasan itu.
“Kami tidak tahu hendak pindah di mana apabila kampung dan tanah ladang dibangunkan oleh pemerintah?” kata Becky Au, 31, seorang petani yang merupakan generasi ketiga di kampung Ma Shi Po.
Dalam pada itu, seorang aktivis dan penduduk kampung Wang Chau, Patrick Cheang, 29, berkata, kerajaan hanya mewujudkan keperluan perumahan yang berbeza dan menyisihkan masyarakat luar bandar.
“Kami tidak mempunyai banyak harapan, tetapi kami tidak mahu menyerah begitu awal,” katanya. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa beginikah juga nasib golongan miskin atau Melayu Pulau Pinang?

6 comments:

Anonymous said...

Kurang tepat tu Tuan Haji. Kes ni lebih tepat jika di bandingkan nasib orang asal Kuala Krai dan Gua Musang apabila menjadi mangsa akibat slogan " MEMBALAK BERSAMA ULAMAK ".

Nobody said...

Ada beberapa kampung di Kelantan sedang diambil-alih untuk tujuan industri pelancongan. Melayu Pulau Pinang akibat keputusan kerajaan Gerakan/BN korang heboh, di Kelantan sekarang apa halnya???

Jangan nak buat isu politik sangat mengadu domba sana-sini!!!

Insaflah sikit. Lebai walaun melabel dapigs akhirnya apa jadi???

Akhirnya Allah perdayakan hati pemimpin PAS pilih nama PIGS ( PAS+Ikatan = Gagasan Sejahtera). Lain kali jangan buat kerja mungkar menyalahi agama. Walaun yang bodoh bolehlah korang perdayakan.

Korang sendiri buat kerja maksiat mengaku pejuang Islam konon!!!

Pejuang Islam sejati takkan diam kalau duit rakyat 1mdb dirompak buat filem lucah the wolf of the wall street la!!!

IrWrWs said...

Sebelum tu MEMBALAK BERSAMA PENGKHIANAT.. tapi masa pengkhianat tu jadi EXCO, merompak balak belum lagi dikira sebagai RASUAH!

IrWrWs said...

Mujurlah Perak berjaya diselamatkan dari perjanjian Pangkor 2 yg dipersetujui oleh lebai tokong!

Anonymous said...

Siapa MB Kelantan dulu dan skrg? Perompak balak, penindas org asli. Kerajaan lebai hancing.

Anonymous said...

Badut PA$ sekor selalu persendakan Islam suka2 guna istilah lebai tokong..inilah hasil berguru dgn ketua lebai hancing Parti Ajaran Syaitan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails