SANDAKAN – Remaja berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi antara dalang mengurung dan memperdagangkan tiga gadis bawah umur dijadikan pelacur dicekup di sebuah hotel di Jalan Empat di sini kelmarin.
Siasatan awal mendapati, penjenayah warga asing itu ‘mempromosi’ tiga mangsa yang masing-masing berusia antara 15 hingga 17 tahun itu menggunakan aplikasi WeChat.
Melalui langganan secara online itu, setiap pelanggan yang berminat ke atas gadis-gadis itu perlu membayar RM180 untuk mendapatkan khidmat seks.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Azhar Hamin berkata, ketika operasi dijalankan, polis menemui tiga mangsa bersama suspek berkenaan.
“Ketiga-tiga mangsa yang merupakan warga tempatan merayu agar diselamatkan dan memberitahu polis yang mereka dipaksa untuk melakukan aktiviti seks,” katanya semalam. (Kosmo!)
Jika Hudud dilaksanakan, kita yakin bapa ayam dan ibu ayam akan memberhentikan aktiviti melacurkan wanita dan palacuran kerana Hudud adalah hukuman berat yang ditakuti oleh penjenayah.
ReplyDeleteMalangnya puak kafir harbi, munafik liberal, pendakwah agama kafir dan penjenayah, pengusaha dan taukeh industri dosa besar dan kaki botol, kaki judi , kaki betina dll menentang perlaksanaan hukum Allah seperti Hudud semata-mata kerana mereka menyembah hawa nafsu serakah dan bersikap prejudis, perkauman dan cauvinis dan tidak rasional terhadap agama Islam dan umat Islam.
Saya xnafikn hudud bleh kurangkn maksiat tp saya belum faham apakah hukuman keatas ibu ayam n bapak ayam ini mengikut hudud? Sekadar ingin menambah ilmu
Delete