Wednesday, April 05, 2017

Program Sampah Tv S'pura, Bosan, Syok Sendiri, Propaganda, Bodoh, Biadap...


SELARAS dengan taraf Singapura yang sudah berstatus sebagai sebuah negara maju sejak awal tahun 2000-an lalu, menonton stesen penyiaran republik itu seolah-olah berada di Barat berbanding jirannya, Malaysia atau Indonesia. 
Begitulah lapor blog Mynewshub.cc, kononnya.
Apa yang menarik menurutnya lagi, sekadar rekod, warga Johor dianggap cukup bertuah kerana bukan sahaja dapat menonton atau mendengar dengan jelas semua stesen TV Singapura termasuk 20 saluran radionya, malah 12 saluran TV dan 22 saluran radio dari Indonesia.
Ini belum lagi dikira tujuh saluran TV percuma Malaysia dan 25 saluran radio teresterial tempatan. Pendek kata dengan puluhan stesen penyiaran tersebut, mereka tidak perlu melanggan perkhidmatan berbayar satelit Astro.
Video: Rancangan 'Ok Chope' Sindir Perdana Menteri?
Bosan, syok sendiri dan penuh propaganda pemerintah.
Namun di sebalik gah Singapura, lapor berita itu lagi, 
"..program TV di republik itu secara umumnya boleh dikatakan agak bosan, syok sendiri dan penuh propaganda pemerintah meskipun teknologi penyiarannya memang canggih dibandingkan stesen jirannya.
"Tidak hairanlah bagi yang jenis teliti, mungkin sedar tidak banyak iklan disiarkan oleh stesen Singapura kerana jumlah rating penonton sebenarnya tidaklah ramai mana dan lebih teruk semakin berkurangan saban tahun.
"Bayangkanlah daripada lebih sejuta orang menonton Channel 5 pada 2010, jumlah itu terus merosot sehingga hanya sekitar 600,0000 orang selepas tiga tahun, namun angka tersebut amat jarang diceritakan sangat pihak pemerintah.
"Lebih lucu, ketika banyak pihak merujuk kepada agensi penarafan antarabangsa AC Nielsen untuk rujukan kadar penonton semasa, MediaCorp dilaporkan menggunakan badan entah mana-mana untuk mengukur rating mereka.
"Justeru, bagi elak rakyat Singapura beralih kepada siaran negara jiran, semua unit rumah pangsa awam milik agensi pemerintah HDB, menyekat beberapa saluran tertentu dari Malaysia dan Indonesia termasuk stesen popular TV3."  Lapor berita itu lagi,
Maklumlah, antena televisyen dikawal berpusat dan sebagai alternatif, warga Singapura yang ‘kaki Tv’ menetap di flat terpaksa pasang sendiri antena dalaman secara haram untuk menonton siaran teresterial dari negara jiran.
Celupar ‘kosong’, merapu bahkan bodoh, biadap.
Lapor blog Mynewshub.cc lagi, d,emi memastikan stesen republik itu diterima rakyatnya, maka program terbitan MediaCorp sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan celupar atau terlalu terbuka waima selamba menyinggung sensitiviti negara tetangganya sendiri.
Ini termasuklah program bual bicara komedi Ok Chope menerusi Channel 5 yang sudah bersiaran sejak tahun lalu namun lucunya, rancangan itu turut dikritik teruk oleh rakyatnya sendiri sebagai ‘kosong’, merapu bahkan bodoh.
Entahlah apa niat atau agenda tersirat MediaCorp bebas menyiarkan program ‘sampah’ sedemikian konon hendak berlagak negara pulau kecil itu cukup hebat tetapi pada masa sama, menyerlahkan sikap biadab mereka pula.
Secara jujur, itulah imej ‘kiasu’ sebenar Singapura yang anggap hanya negara itu sahaja terbaik dan sentiasa suka memandang rendah jirannya sejak berpisah daripada Malaysia pada 1965 lalu. 
Lapor Mynewshub.cc
Apa komen pentaksub Singapura PAP Malaysia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails