Friday, April 07, 2017

Rasuah: Kebun Haram Cameron Highlands.


KOK FONG (dua dari kiri) dan Hee Thiam (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Khas Rasuah Kuantan semalam selepas didakwa atas tuduhan menawar dan memberi rasuah kepada pegawai MKN.

KUANTAN – Dua pengusaha kebun di Cameron Highlands mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Kuantan semalam atas pertuduhan menawar dan memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa bagi melindungi kegiatan haram mereka dua tahun lalu.
Tertuduh, Law Hee Thiam, 38, dan Chan Kok Fong, 40, membuat pengakuan itu sebaik kesemua pertuduhan dibacakan berasingan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.
Mengikut kertas pertuduhan, Hee Thiam didakwa memberi suapan bernilai RM15,000 kepada seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN), Sanifah Yusof sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap kebun yang diusahakan secara haram dan tanpa permit di Hutan Simpan Gunung Siku, Cameron Highlands.
Kok Fong pula didakwa atas tiga pertuduhan menawar dan memberi suapan berjumlah RM24,000 juga kepada Sanifah sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap kebun yang diusahakan secara haram dan tanpa permit di Hutan Simpan Ringlet, Cameron Highlands. (IH)


Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

1 comment:

Anonymous said...

Syabas. Anda tidak gelap mata atas habuan Dunia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails