Friday, April 07, 2017

Rasuah: RM30,000, 3 Pemain Bola Sepak Pula Ditahan.


Harivarman (kiri), Aciar (menutup muka) dan Khairul Izzuwan (belakang) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman semalam.


PUTRAJAYA – Tiga pemain bola sepak pasukan Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah sebagai habuan untuk mengatur keputusan perlawanan Liga Premier musim ini.
Majistret A. Akhiruddin@Boy Acho membenarkan reman tersebut untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bermula semalam.
Pemain pertahanan, S. Harivarman, 27, dan Alan Aciar, 29, serta penjaga gol pasukan itu, Khairul Izzuwan Saari, 26, ditahan ketika hadir memberi ke­terangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, kelmarin.
Tambah sumber itu, kemungkinan lebih ramai lagi yang akan ditangkap berhubung siasatan kes tersebut pada masa terdekat.
Sementara itu, Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan yang boleh menjatuhkan reputasi sukan negara.
Dalam perkembangan lain, presiden pasukan itu, Datuk T. Mohan mendakwa pihaknya mempunyai bukti pemain tersebut pernah menemui bookie. 
Disebukan juga, SPRM menahan tiga pemain Persatuan Bola Sepak India Malaysia (Mifa) kerana disyaki mengambil rasuah daripada 'bookie' sehingga mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Perdana Malaysia. (IH)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails