Friday, April 14, 2017

Siasat Datuk G, Guna Agama Untuk Skim Pelaburan. -NGO


Biro Aduan Masyarakat Selangor, Nazilah Idris (tiga kanan) bersama wakil NGO yang lain menunjukkan laporan dan bukti bergambar berkaitan kes pasangan suami isteri "elit" Datuk Seri G. Gnanaraja dan Datuk G. Geethanjali yang menggunakan agama Islam untuk menipu dan menghina di Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL


SHAH ALAM – Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini ‘menyerbu’ kaunter Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk melaporkan tindakan sepasang suami isteri bergelar ‘Datuk Seri’ dan Datuk yang didakwa menggunakan agama untuk melakukan penipuan.

Wakil Biro Aduan Masyarakat Selangor, Nazilah Idris menyifatkan tindakan dua individu terbabit sebagai satu penghinaan kepada agama Islam kerana menggunakan status Islam untuk memperdayakan orang Islam untuk menyertai skim pelaburan.

“Ia merupakan perkara serius dan kita tak boleh kompromi lebih-lebih lagi menghina agama Islam terutama berlakunya kekeliruan status agama individu, tak tahu dia agama apa. Kejap dia agama ini, kejap dia agama itu.

“Masyarakat Islam harus bangkit agar tiada lagi penyalahgunaan Islam yang menjadi virus dalam kalangan masyarakat Islam. Jangan guna kedudukan atau menunjukkan kewarakan bagi menipu orang lain demi kepentingan peribadi sendiri,” katanya selepas membuat laporan penyalahgunaan status Islam di ibu pejabat JAIS di sini petang tadi.

Beliau mengulas tindakan Datuk G dan isteri yang bukan sahaja status agama Islam diragui bahkan menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk melakukan penipuan dalam kalangan orang Islam.

Ahad lalu, laporan polis ke atas dua individu terbabit dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi oleh wakil sekumpulan 700 pelabur, Amy Salmiah Dahlan dan ditemani bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan bersama beberapa mangsa penipuan lagi.

Pada hujung Mac lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mendedahkan tangkapan enam suspek termasuk seorang wanita berusia antara 28 hingga 38 tahun selama 21 hari untuk disiasat bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) melibatkan penipuan wang pelaburan mata wang asing berjumlah antara RM80 hingga RM100 juta di bawah syarikat VenusFX.

Nazilah juga berkata, dia dimaklumkan dua individu terbabit didakwa memeluk Islam sejak 2013, bagaimanapun mereka dilihat kembali kepada agama asal iaitu Hindu apabila video aktiviti keagamaan Hindu tersebar di laman Youtube, baru-baru ini.

“Kami memohon perkara ini diambil serius oleh pihak berkuasa supaya individu yang menipu ini dikenakan tindakan yang sewajarnya dan sesuai dengan bidang kuasa Jais.

“Saya difahamkan dua individu ini memeluk Islam sejak 2013, ketika itu dia melafazkan dua kalimah syahadah tetapi 2015, 2016 sampai sekarang dia mengamal dan menganuti agama Hindu,” katanya.

Sementara itu, wakil mangsa penipuan itu, Amy Salmiah Dahlan pula berkata, dia membuat laporan sama apabila bekas Bendahari MIC, Datuk R.Ramanan menunjukkan bukti rakaman video sepasang suami isteri itu memeluk Islam.

“Saya terpanggil buat laporan pada hari ini disebabkan oleh sokongan daripada Datuk R.Ramanan yang menunjukkan akuan bersumpah orang yang merakam video ketika Datuk G dan isteri memeluk agama Islam,” jelasnya.

Dalam pada itu, wakil Persatuan Waris Malaya, Sheikh Akbar Sheikh Ahmad mendesak JAIS bekerjasama dengan NGO agar penghinaan agama demi mengaut keuntungan dapat diselesaikan dengan segera.

“Pihak JAIS perlu mengesahkan status sebenar sama ada dia benar-benar Islam atau hanya menggunakan Islam untuk menipu orang ramai yang telah melabur dengan beliau.

“Diharapkan JAIS dapat memastikan supaya tiada lagi individu-individu atau orang Islam lain yang tertipu dengan dua individu ini,” katanya lagi.

Datuk G juga didakwa membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah penasihat kepada Perdana Menteri dan diberikan tugas untuk menjalankan operasi bank pelaburan menerusi yayasan miliknya, Yayasan Usaha Ventures Malaysia.

Hasil daripada penipuan yang dilakukan mereka, Datuk G didakwa memiliki rumah agam mewah bernilai RM20 juta dan beberapa kereta mewah serta mengupah pengawal peribadi bagi melindungi diri mereka daripada diancam mangsa penipuan.- MalaysiaGazette.

INFO

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. Kira-kira RM2500 sebulan..

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. RM2500 sebulan..
Sila hubungi: 

Muaz Tel 0182018342 
Aziz   Tel 0172748255

2 comments:

  1. Balaci-balaci ternakan parti kafir harbi DA-Pig DA-Pig sentiasa memuliakan dan menjilat pemimpin-pemimpin kafir harbi seperti Lm Gone End dan pundek-pundek hitam yang berani memaki hamun, menghina dan memfitnah agama Islam, ulama Islam dan parti Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Jika pemimpin-pemimpin kafir harbi dan munafik liberal yang dipimpin oleh kepala tahi parti kafir harbi DA-Pig bergelumang dengan pelbagai skandal yang amat merugikan rakyat negara ini, maka kita tidak merasa hairan melihat perangai dan sikap balaci-balaci ternakan kafir harbi yang lebih buruk, hina dan menjijikkan melebihi kejahatan setan dan iblis dan dajjal.!

    Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang ditulis sendiri oleh balaci-balaci ternakan DA-Pig di bawah tajuk Ini, Rafizi Dedah Nasharudin Terima Dana 1MDB & PAS Jawab, maka kita semua tahu bahawa balaci-balaci ternakan DA-Pig dan pemimpin-pemimpin Pakatun Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig seperti Lm Gone End bersifat:

    seekor, hancin, Lencun, Bau hancing, anak butir taik, perasuah , songlap duit rakyat Msia ,Busuk, TAHI2, TAHI AYAM, maki hamun, kata kata lucah, sangat kecelaruan minda dan perasaan, kaki auta, makan dedak dan mulut asyik keluar butir taek, perasuah, perasuah, penyamun, rosak dan MAKIN KUAT SENGAL !

    ReplyDelete
  2. Orang kafir harbi semakin biadap berani menghina dan memfitnah agama Islam dengan menggunakan agama Islam untuk menipu orang ramai ! Orang bodoh sahaja sokong kafir harbi !

    ReplyDelete