Wednesday, April 12, 2017

Usul G/Eng Letak Jawatan. ADUN DAP Ini Akan Sokong?


Lain yang ditembak, lain yang kena, bila tengok lain yang mati... al kisah di Pulau Pinang hasrat kerajaan DAP untuk menggunakan sidang DUN mengecam Ahli Parlimen BN bakal bertukar sebaliknya selepas BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Lebih menarik lagi, ada ADUN DAP yang bakal menyokong usul tersebut.
Adun DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu berkata, cadangan itu adalah "perkara betul" yang perlu dilakukan dan menyatakan pendiriannya dari awal bahawa Guan Eng perlu berundur berikutan dakwaan rasuah terhadapnya.
"Sekurang-kurangnya beliau perlu bercuti sementara sehingga kes selesai," kata Yee Chew ketika diminta mengulas kenyataan usul yang dicadangkan oleh Ketua Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
"Ketua Menteri telah didakwa atas tuduhan rasuah dan oleh itu beliau perlu berundur agar siasatan berjalan lancar," katanya.
Ini bukan kali pertama Yee Chew melangkaui pangkat ketika persidangan DUN.
Pada bulan November 2015, dia turut menyokong usul Adun UMNO Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad yang menggesa untuk mengadakan pendengaran awam bagi penambakan tanah dan penggantungan semua penambakan baru sehingga kajian impak lautan, alam sekitar dan sosial dijalankan.
Yee Chew kemudiannya meminta maaf kepada partinya kerana menyokong usul dari Barisan Nasional itu.
Pada persidangan Mei tahun lalu, dia  membangkitkan usul untuk meminda perlembagaan negeri bagi menghadkan tempoh ketua menteri Pulau Pinang kepada dua penggal tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Law Choo Kiang.
Yew Chew berkata dia tidak akan membentangkan usul itu lagi memandangkan UMNO  telah bercadang untuk berbuat demikian.-11/4/2017 (AD)

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

1 comment:

  1. Kita amat berharap pemimpin-pemimpin kafir harbi DA-Pig meletak jawatan kerana mereka telah menipu rakyat dengan pelbagai janji palsu dan skandal dan menghina agama Islam dan menindas umat Islam dan memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini!

    Hanya balaci-balaci ternakan DA-Pig sahaja menyokong parti kafir harbi DA-Pig kerana mereka mendapat upah seguni dedak cap roket setiap bulan. Seguni dedak menunjukkan betapa rendahnya (low class) taraf balaci DA-Pig yang suka memaki hamun dan memfitnah ulama Islam dan apa sahaja yang berlabel Islam!

    ReplyDelete