Sunday, April 02, 2017

Ye Ke Gegar Vaganza Bawa Hiburan Islamik? Tunggu..


Peserta Gegar Vaganza Bawa Hiburan Islamik?
HALAMAN HIBURAN
BERDAKWAH sememangnya mempunyai pelbagai medium. Salah satunya termasuklah menerusi muzik. Atas dasar itu jugalah, buat julung-julung kalinya, sebuah program realiti nyanyian, Gema Gegar Vaganza bakal bertemu penonton.
Mengangkat tema Gema Irama Terindah, program realiti yang diinspirasikan daripada Gegar Vaganza itu akan menjadi medium dalam menyuntik nafas baharu dalam persada hiburan Islamik tanah air. Seramai 10 peserta bakal menggegarkan pentas tersebut yang akan bersiaran secara langsung bermula 8 April ini di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.
Bagi penganjuran pertama ini, pentas Gema Gegar Vaganza menampilkan barisan penyanyi yang sudah mempunyai portfolionya tersendiri dalam industri muzik.
Mereka terdiri daripada peserta individu dan berkumpulan.
Empat kumpulan yang bertanding ialah Hijjaz, Saujana, Mirwana dan UNIC, manakala bagi peserta solo pula termasuklah Hafiz Hamidun, Ana Rafali, Bienda, Azmi Caliph Buskers, Izam EYE dan penyanyi muda, Wani.
Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, biarpun program tersebut merupakan satu bentuk pertandingan nyanyian, seleksi lagu yang bakal dipersembahkan adalah daripada lagu-lagu berunsurkan ketuhanan dan mengandungi mesej-mesej positif.
Katanya, pihaknya mendapati, persembahan nyanyian merupakan salah satu kaedah penyampaian mesej dakwah yang berkesan pada masa kini.
“Kami menyahut cabaran dengan memperkenalkan satu program pertandingan nyanyian yang berkonsepkan realiti dan berbentuk kerohanian. Pada masa sama, ia bersifat lebih terbuka dan kontemporari bersesuaian dengan kehendak masa kini.
“Secara tidak langsung, ia terus memperkukuhkan matlamat kami dalam merevolusikan cara penyampaian mesej kebaikan berunsur Islamik kepada masyarakat di luar sana. Kami mahu mengadaptasi setiap perubahan yang berlaku agar corak pendekatan kami ambil dalam mencapai sesuatu matlamat itu kekal relevan dan menepati cita rasa penonton,” katanya.
Menurutnya lagi, konsep dan format program juga tidak jauh beza dengan Gegar Vaganza. Justeru, sepanjang bersiaran, elemen-elemen seperti persembahan hos dan unsur kejutan yang cukup sinonim dengan program itu akan turut diguna pakai dalam Gema Gegar Vaganza.
“Meskipun begitu, pendekatan kandungan program yang kita bawakan lebih bersifat Islamik. Sebagai contoh, lirik lagu haruslah mengandungi unsur nasihat, tidak semestinya lagu nasyid sahaja. Pada masa sama, kita akan menitikberatkan aspek pemakaian dalam kalangan peserta dan hos yang selari dengan ajaran Islam,” katanya.
Katanya, program selama lapan minggu itu mengetengahkan komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah dan pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi selaku juri tetap, manakala seorang lagi juri jemputan akan diundang pada setiap minggu.
Menariknya, program yang bersiaran di saluran Astro Oasis itu akan dikendalikan oleh penyanyi Siti Nordiana, pelawak Achey dan Fikri selaku pengacara.
Juara Gema Gegar Vaganza bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
Lapor Kosmo! Online.
Ye ke gema Gegar Vagansa bawa hiburan Islamik? Sila tunggu dan lihat. (IH)

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.


klik di sini....

1 comment:

Anonymous said...

Adakah Rasulullah saw menggunakan metod hiburan ketika baginda berdakwah menyampaikan islam dahulu. Jika benar kita jadikan rasulullan saw sebagai qudwah hasanah iaitu contoh teladan yg baik,,,maka kaedah hiburan untuk berdakwah adalah tidak sesuai. Kerap kali hiburan tersasar. Niat baik, tetapi natijahnya setupa dgn program hiburan yg lain. Islam membenarkan hiburan, tetapi ada prosedur dan kriteria. Bercampur aduk lelaki dan perempuan, pakaian yg tidak menepati syariat, dialog peserta dan juri serta pengacara yg keterlaluan, nyanyian dgn iringan alat2 muzik tertentu yg melalaikan,,, semuanya menjurus ke arah mencemarkan agama islam saja. Tidak setuju....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails